Thursday, October 11, 2018

CARA MUDAH DRAF KEBAYA KELEPET KURANG DARI 10 MINIT


Teks : Eryna Taylor

Hujan rahmat pada pagi jumaat..sangat lama tak update blog atas masalah kekangan masa..byk belajar benda baru expecially marketing dan bidang jahitan baru..hoho..craft..mmg dari dlu minat craf..but tak tau nk bermentorkan sape..tapi atas minat kuatkan diri berguru dgn google & pinterest..

Basic dah ada, nak mahirkan diri perlu masa, tumpuan dn pengorbanan.. search2 hari ni dapat pic kebaya labuh.fesyen ni dh lama..yg sy suka kebaya ni longgar dan berstail..if ada masa sy akan share pattern di ruangan pola ye.

Struggle dalam maintainkan bisnes? Psstt... sebenarnya ada cara mudah nak jana pendapatan Online yang tak pelukan modal 1 sen pun.. Hnya Perlu komputer dan internet saja...nk tahu lebih lanjut?

 klik sini


Kebaya Kelepet Bukan Sahaja Cantik Bila digayakan ia tampak elegent, Kemas, Longgar Dan
Memberi banyak keselesaan pada si pemakai.




Saturday, March 24, 2018

TIPS JAHIT FESYEN PINGGANG YANG BUATKAN ANDA TAMPAK KURUS

Fesyen pantas berubah, mcm2 jahitan boleh kita hasilkan klau pandai, janji kreatif, bkn mudah sebenarnya utk hasilkn fesyen bermutu dan menjadi trend or nk puaskan hati org, apepun, percubaan tu sentiasa kna buat, klu tak kita tak tahu kn, yg pasti berani mencuba.
Apapun fesyen ni mmg Mis E suka sgt, hope akan dpt permintaan nnti.. apa pun slmt mncuba..try2 la jahit ye..
#erynatailor.

Saturday, February 10, 2018

INILAH PERISTIWA 2018 YG AWESOME

Teks: Arina Hussin


Dah lama tak menaip..nk tunggu laptop hantar repair punyalah lama.Hope tak lama lagi siap lah.. banyak benda nk buat dengan laptop tuh.. start  bulan 9 2017 ari tu.. rasmi aku meninggalkan KEDAI JAHIT ANIS..guruku itu ada hal peribadi yg memaksanya untuk berhenti berkedai..tinggal sejarah dan kenangan..dimana disitulah bakat jahitanku diasah dan aku berjaya menjadi mahir dlm jahitan smpi sekarang.. syukur alhamdulillah.. ..Mungkin Allah swt nk bagi rezeki lain lepas ni..

#alhamdulillah
#tipsjahitan
#love
#erynatailor



Friday, December 8, 2017

1 TEKNIK MUDAH BAGAIMANA MEMOTONG KAIN JENIS CHIFFON

Teks ; Eryna Taylor


Teknik memotong kain chiffon agak leceh kerana kerana kainnya nipis dan sgt lembut..bila tanda dgn kapur kain.. kena ambil kapur yang warna nya berbeza dgn kain ..disini tips dan cara mudah potong kain chiffon adalah dengan

* teknik tarik benang.. gunting sedikit dan tarik beberapa urat benang hingga ke hujung.. kemudian potong kain ikut urat benang  dan potonglah kain hingga selesai di bahagian yang dikehendaki..

Masih tercari-cari cara mudah nak jana pendapatan secara online tanpa modal? Seriuss.. takde modal satu sen pun..cuma daftar kat link ni je


http://bit.ly/2kkNEXq


P/S : pssttt...cepat klik ye..nnti ketinggalan..
Kain Chiffon agak sukar dijahit , perlukan kesabaran yang tinggi

BETUL KE BAJU KURUNG PAHANG DAN PESAK GANTUNG TU SAMA ??

Teks : Eryna Taylor






Ramai yang keliru apakah Baju kurung Pesak gantung dan Baju kurung Pahang sama.. sebenarnya tidak.. pengalaman saya apabila berhadapan dengan customer yang inginkan baju kurung pahang tapi letak poket sisi.. saya sarankan dia buat baju kurung pesak gantung kerana senang nk create dan jahit poket disisi.. kat sini ada sedikit kekeliruan kerana ramai yg beranggapan baju ni sama tapi sebenar nya tidak..

Kurung pahang pesaknya diambil dlm lipatan...basi cam biasa jahit ke badan .. ada teknik dia utk cantum bg cantik bersama kekeknya..next sy akan ajar camne..

Kurung Pesak gantung pula pesak dipotong tgh..basi cam biase dicantum kiri kanan dan kebadan..ia mudah dijahit poket kerana kita siap2 potong ditengah..next.sy akan ajar jahit camne..

Itu saja post kali ni moga bermanfaat..

Friday, December 9, 2016

[ TEKNIK 1] CARA KECILKAN PINGGANG JEANS

Teks : Eryna Taylor

Foto :
Kepitkan Kiri Atau Kanan Seluar Jeans Mengikut Saiz Pinggang Anda

Salam sejahtera pembaca blog Eryna Taylor, hari ni saya nak kongsikan cara mengecilkan pinggang seluar jeans yang besar, di mana ia mungkin tidak memberi keselesaan kepada pemakai akibat longgar. Mungkin semasa membeli, kita rasa pinggang seluar tersebut sudah selesa dengan kita, namun bila dipakai ia mungkin longgar sedikit dan kaki seluar agak panjang dan labuh, yang sememangnya tak selesa.

Foto di atas adalah seluar yang telah siap di ubah suai pinggang , asal ukuran seluar tersebut adalah 31 inchi, sedangkan ukuran pinggang pemakai adalah 29 shja.. saya ambil bahagian tepi pinggang kiri kanan sebanyak 1 inchi  kemudian jahit kepitkan sahaja , bahagian tepi seluar juga boleh dijahit membentuk sedikit di bahagian peha, jahit ikut keselesaan.

Begitulah cara mudah untuk mengecilkan pinggang seluar, Ada banyak cara lain lagi tapi ini adalah salah satu caranya untuk dapatkan hasil yang cepat.

Masih Tercari-cari cara jana pendapatan yang paling mudah tanpa sebarang modal? Meh la jenguk sini yer


Sunday, December 4, 2016

5 MANFAAT DAN KEGUNAAN KERTAS KARBON

Teks : Eryna Taylor

Foto :
Ihsan Google


Salam sejahtera pembaca blog Eryna Taylor, hari ni saya nak bincangkan satu topik simple iaitu kegunaan kertas karbon. Seperti sedia maklum, kertas karbon ada pelbagai warna dan ia digunakan bersama roda surih. Kegunaan utama kertas karbon ialah 

1) Untuk memudahkan jahitan, apabila fabrik digelek menggunakan kertas karbon, kita dapat lihat kesan gelekan, 

2) Untuk dapatkan berapa jarak ukuran yang hendak dijahit, serta ketepatan ukuran semasa menjahit. Gelekan kertas karbon biasanya digelak pada baju fesyen terutama kurung moden, baju melayu serta dress kanak kanak.Bahkan, jika baru belajar menjahit baju kurung pun, jika rajin nak gelek boleh je

3) Kertas karbon boleh didapati di semua kedai peralatan jahitan, dengan harga rendah. Selain digelek pada kain, kertas karbon juga boleh digunakan untuk menekap lukisan bagi tujuan melukis, kanak kanak , pelajar sekolah dan golongan dewasa juga boleh menggunakan kertas karbon ini untuk menyenangkan proses menekap objek
.

Alatan jahit yang biasa digunakan bersama kertas karbon adalah roda surih. Tekan saja garisan atas tempat yang ingin dijahit, maka bekas gelekan ada didapati di fabrik. Kita pun senang untuk menjahit dan mendapatkan hasil yang cantik dan kemas. 

Info ini berguna bagi mereka yang memang zero pasal jahitan, bagi yang dah otai atau yang expert mungkin sebagai reminder sahaja fungsi dan kegunaannya. 

Masih tercari-cari cara jana pendapatan mudah ?? FREE , tak payah bayar satu sen pun, jenguk sini ye


Pstttt... cepat daftar jika nak buat duit pantas, nanti makin ramai pesaing.

Monday, November 28, 2016

2 TEKNIK MUDAH JAHITAN JUBAH LELAKI


Teks : Eryna Taylor

Foto :
Koler Yang Lebar Memberi Kekemasan Pada Jubah Lelaki



Semalam hari jumaat , hari yang biasanya saya break kerana tiada pakaian untuk dijahit, rezeki semalam agak melimpah kerana ada pelanggan tetap hantar  ubahsuai pakaian dan uniform sekolah lelaki  berupa jubah, entri kali ini saya nak mengulas tentang topik jubah lelaki.

Jubah lelaki sama popular dengan jubah perempuan ketika ini, biasanya, jubah moden biasa juga dijahit ala- ala kurta, cuma yang berbeza kurta kebanyakan atas lutut dan jubah labuh.Pelajar sekolah agama khususnya sekarang lebih utamakan pakaian jubah dari uniform biasa. Tahun lepas pun, ada pelanggan saya yang menempah jubah moden  untuk akad nikah. Mungkin dah biasa di didik dari sekolah, ia selesa sampai ke majlis akad nikah . : )..

Jubah moden menjadi pilihan mungkin kerana ia mudah, ringkas dan elegant, mengikut peredaran masa, begitu juga dengan baju melayu moden yang biasanya zip besi dijahit di hadapan, juga menjadi fesyen pilihan ketika ini,.

Dientry berikutnya, saya akan kongsikan pola dan  cara jahit jubah lelaki.

Tercari-cari cara mudah nak jana pendapatan online tanpa sebarang modal? klik sini ye.

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq


Friday, November 25, 2016

Hujan pagi..

Teks : Arina Hussin

Hari ni hujan pagi, lebat sangat hingga aku cancel nak ke kedai, puas juga aku tunggu sampai pukul 11 pagi tapi tak berenti juga, biarlah hujan rahmat, sekarang memang musim hujan, dan start nak masuk penghujung bulan 11 ni, aku masih ingat ketika banjir besar melanda tempatku pada penghujung 2014, start dari kelantan banjir besar melanda turun ke pahang  tempatku, dah memang boleh agak akan hadirnya banjir itu. Keadaan pada  mulanya normal, aku tak anggap air naik mendadak dan semua ahli keluargaku relaks, kami dah biasa sebab setiap tahun kebelakangan ni, air cuma naik sampai ke tebing, tak pernah sampai ke atas rumah. Waktu itu hujan masih berlarutan, kami masih tenang, tak berniat nak pindah kemana mana.Ayahku dah stanby bot berenjin berwarna biru yang dibelinya beberapa tahun dahulu, takut kami terpaksa berpindah memandangkan hujan masih tak berhenti dan bersedia menghadapj segala kemungkinan.

Nak dijadikan cerita , pagi ahad 26 disember 2014, air naik mendadak melepasi tebing, aku dah mula panik, ayahku segera menyuruh mengalihkan semua kenderaan ke rumah nenek belah emakku pada waktu juga, bimbang air melepasi tebing dan mengalir laju ke rumah, ternyata sangkaan bapaku benar, sampai ke waktu petang air sudah bergerak laju ke belakang, bertemu dengan air paya dan semuanya tenggelam. Aku bertawakal di rumah, semua adik beradikku berada dirumah, air mengalir deras selama tiga hari dari sungai pahang ke bawah rumahku menuju ke belakang. Bermacam perasaan aku rasa ketika itu, sedih, panik, bimbang dan takut. Dalam masa yang sama gembira kerana dapat menyaksikan fanemona yang sebelum ini tak pernah aku alami,kesian ayam peliharaan bapaku, diam terpaku dalam reban, tanpa makanan, cuma kelihatan air mengalir laju membuak -buak tanpa diketahui bila akan berhentinya. Ketika itu, aku diam saja di rumah , bersyukur rumah tak tenggelam, cuma air mengalir laju membawa segala sampah sarap ke belakang rumah.

Selama tiga hari air melimpahi kawasan rumah, setelah itu, air dah mula surut mendadak juga, mungkin turun ke pekan, ke kuantan dan kawasan lain selepas temerloh, aku masih lagi terpaksa bercuti pada minggu tersebut, temerloh lumpuh akibat fanemona banjir dasyat itu, perlukan masa untuk baik pulih dan kerja mencuci. Setelah empat hari berlalu, acik menghantar mesej menanyakan keadaan ku, aku balas semuanya ok, cuma jalan masih berlumpur tebal menyukarkan kenderaan kecil lalu lalang.

Hari kelima, sudah masuk tahun 2015, aku dah mula ke kedai, pakaian sekolah bertimbun tak di jahit, lantaran banjir besar tersebut, keadaan kedai semuanya baik, cuma bangunan bawah sahaja yang tenggelam , aku sambung kembali kerja rutinku, nanti dimarah pelanggan pula, pakaian mereka tak sempat siap.

Kejadian tersebut tak terduga sama sekali, kebanyakan rumah di kampung sebelah semuanya tenggelam, semua harta benda musnah sama sekali, bencana datang tak siapa boleh menghalang,mungkin ini adalah satu hikmah dan pengajaran bagi semua yang terlibat dengan banjir besar tersebut.

Banyak lagi sebenarnya yang ingin ku  coretkan, itu adalah sedikit sebanyak pengalaman yang menyedarkanku  akan kuasa dan kebesaran Allah swt, teruskan bersyukur walaupun kejadian itu sedikit perit untuk dilalui. Sekian coretan kali ini.

Tuesday, November 22, 2016

1001 MANFAAT KAIN GAM


Teks : Eryna Taylor

Foto :



Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk berkongsi satu topik berkenaan kain gam. Kain gam terbahagi kepada dua iaitu tebal dan nipis, kertas gam tebal digunakan biasanya pada koler baju melayu, koler jubah lelaki,koler  kurta, cuff perempuan atau lelaki, hiasan pada belakang kain kipas, dan sebagainya,bergantung pada permintaan pelanggan.  

Bagi seluar baju melayu atau seluar slek , terdapat satu jenis lagi kain gam iaitu kain keras tanpa gam. Kain ini dijahit di bahagian depan pinggang seluar dan disambung dengan getah lebar yang dipanggil getah seluar, ia agak lebar sedikit berbanding getah kain.

Kelebihan kain gam keras adalah ia punya gam yang dilekatkan pada fabrik ditekan dengan menggunakan seterika, dan ia mudah dijahit serta kemas. Berbanding dengan kain keras tanpa gam ia perlu dipin supaya jahitan tidak senget ketika dijahit. Ia berdasarkan jenis pakaian , samada koler , cuff, pinggang untuk gunakan yang ada gam atau tiada.

Bagi kain gam nipis pula ia biasanya ditampal pada bahagian poket jubah, poket seluar melayu, koler dan sebagainya, ia juga digunakan pada lapik leher jubah wanita, baju kurung,  blaus, dan kolar kemeja. Kelebihannya, ia agak tebal, senang dijahit dan pakaian nampak kemas apabila siap.

Next entri, saya akan kongsikan cara jahit bahagian pakaian menggunakan kain gam nipis dan tebal, sehingga berjumpa lagi, wassalam.

Tercari-cari cara jana pendapatan  online secara santai-santai? KLIK SINI YER.




Sunday, November 20, 2016

Blaus wanita

Teks : Arina Hussin

Foto :
Blaus wanita. 

Selamat hujung minggu , moga sentiasa ceria dan sihat selalu, hari ni saya nk kongsikan sedikit tentang tempahan blaus wanita, blaus berikut merupakan blaus kakak yang saya ambil masa dua hari sahaja unyuk menyiapkannya. Blaus wanita sekarang sangat popular kerana ia sesuai dipakai kemana-mana dan juga sesuai dipadankan dengan skirt duyung, palazo, seluar panjang lembut, jeans dan seluar slek. Fesyen yang digemari sekarang adalah blaus zip didepan.

Jika kalian berminat untuk tempahan blaus, hubungi saya melalui whatapps, fb , or pm saya di talian 0179476881,  atau jika berminat untuk pembelian pola, dan kelas belajar juga pm no yang sama. Tq.

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak