Friday, November 25, 2016

Hujan pagi..

Teks : Arina Hussin

Hari ni hujan pagi, lebat sangat hingga aku cancel nak ke kedai, puas juga aku tunggu sampai pukul 11 pagi tapi tak berenti juga, biarlah hujan rahmat, sekarang memang musim hujan, dan start nak masuk penghujung bulan 11 ni, aku masih ingat ketika banjir besar melanda tempatku pada penghujung 2014, start dari kelantan banjir besar melanda turun ke pahang  tempatku, dah memang boleh agak akan hadirnya banjir itu. Keadaan pada  mulanya normal, aku tak anggap air naik mendadak dan semua ahli keluargaku relaks, kami dah biasa sebab setiap tahun kebelakangan ni, air cuma naik sampai ke tebing, tak pernah sampai ke atas rumah. Waktu itu hujan masih berlarutan, kami masih tenang, tak berniat nak pindah kemana mana.Ayahku dah stanby bot berenjin berwarna biru yang dibelinya beberapa tahun dahulu, takut kami terpaksa berpindah memandangkan hujan masih tak berhenti dan bersedia menghadapj segala kemungkinan.

Nak dijadikan cerita , pagi ahad 26 disember 2014, air naik mendadak melepasi tebing, aku dah mula panik, ayahku segera menyuruh mengalihkan semua kenderaan ke rumah nenek belah emakku pada waktu juga, bimbang air melepasi tebing dan mengalir laju ke rumah, ternyata sangkaan bapaku benar, sampai ke waktu petang air sudah bergerak laju ke belakang, bertemu dengan air paya dan semuanya tenggelam. Aku bertawakal di rumah, semua adik beradikku berada dirumah, air mengalir deras selama tiga hari dari sungai pahang ke bawah rumahku menuju ke belakang. Bermacam perasaan aku rasa ketika itu, sedih, panik, bimbang dan takut. Dalam masa yang sama gembira kerana dapat menyaksikan fanemona yang sebelum ini tak pernah aku alami,kesian ayam peliharaan bapaku, diam terpaku dalam reban, tanpa makanan, cuma kelihatan air mengalir laju membuak -buak tanpa diketahui bila akan berhentinya. Ketika itu, aku diam saja di rumah , bersyukur rumah tak tenggelam, cuma air mengalir laju membawa segala sampah sarap ke belakang rumah.

Selama tiga hari air melimpahi kawasan rumah, setelah itu, air dah mula surut mendadak juga, mungkin turun ke pekan, ke kuantan dan kawasan lain selepas temerloh, aku masih lagi terpaksa bercuti pada minggu tersebut, temerloh lumpuh akibat fanemona banjir dasyat itu, perlukan masa untuk baik pulih dan kerja mencuci. Setelah empat hari berlalu, acik menghantar mesej menanyakan keadaan ku, aku balas semuanya ok, cuma jalan masih berlumpur tebal menyukarkan kenderaan kecil lalu lalang.

Hari kelima, sudah masuk tahun 2015, aku dah mula ke kedai, pakaian sekolah bertimbun tak di jahit, lantaran banjir besar tersebut, keadaan kedai semuanya baik, cuma bangunan bawah sahaja yang tenggelam , aku sambung kembali kerja rutinku, nanti dimarah pelanggan pula, pakaian mereka tak sempat siap.

Kejadian tersebut tak terduga sama sekali, kebanyakan rumah di kampung sebelah semuanya tenggelam, semua harta benda musnah sama sekali, bencana datang tak siapa boleh menghalang,mungkin ini adalah satu hikmah dan pengajaran bagi semua yang terlibat dengan banjir besar tersebut.

Banyak lagi sebenarnya yang ingin ku  coretkan, itu adalah sedikit sebanyak pengalaman yang menyedarkanku  akan kuasa dan kebesaran Allah swt, teruskan bersyukur walaupun kejadian itu sedikit perit untuk dilalui. Sekian coretan kali ini.

No comments:

Post a Comment

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak