Teks : Arina Hussin
Foto : Ihsan dari google
Kancing
Fungsi kancing digunakan untuk membuka dan menutup belah pada pakaian. Bahagian pakaian tersebut ialah pada leher, pergelangan tangan , pinggang, dan dada.
Berikut merupakan jenis- jenis kancing.
a) Butang katup (kurang kukuh jika dibanding cangkuk dan palang, terdiri daripada soket dan conet)
b) Butang lubang dua atau empat ( butang ini mempunyai aneka bentuk dan fesyen,
dikategori kepada dua jenis bulat dan leper,
pemilihan bergantung pada kesesuaian butang
dengan warna fabrik dan jenis fabrik yang
digunakan.
c) Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang. ( kancing teguh untuk baju ketat,
Juga sejenis kancing yang kukuh
dan sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang @ tali pinggang.
d) Butang dan gelungan fabric ( rulo)
e) Riben
f) Velcro ( pita nilon)
e) zip
Faktor pemilihan kancing mestilah mengikut jenis kain yang digunakan. Kain yang halus mestilah dijahit dengan halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain. Selain itu, kita tengok juga pada jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit. Contohnya, pakaian kanak- kanak biasanya tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanak - kanak yang lembut. Seterusnya jenis belah dan kedudukan kancing. Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skirt daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.
Sekian, moga bermanfaat, jumpa di entri yang lain.
Minat Menjahit? Ada Masalah Dengan Pakaian Kesayangan Anda?Dapatkan Tips , Toturial, Dan Video Percuma Jahitan Disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Teks : Eryna Taylor Foto : Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk berkongsi satu topik berkenaan kertas gam. Kertas gam t...
-
Teks : Eryna Taylor Foto : Ihsan Google Salam sejahtera pembaca blog Eryna Taylor, hari ni saya nak bincangkan satu topik simple...
No comments:
Post a Comment