Tuesday, November 22, 2016

1001 MANFAAT KAIN GAM


Teks : Eryna Taylor

Foto :



Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk berkongsi satu topik berkenaan kain gam. Kain gam terbahagi kepada dua iaitu tebal dan nipis, kertas gam tebal digunakan biasanya pada koler baju melayu, koler jubah lelaki,koler  kurta, cuff perempuan atau lelaki, hiasan pada belakang kain kipas, dan sebagainya,bergantung pada permintaan pelanggan.  

Bagi seluar baju melayu atau seluar slek , terdapat satu jenis lagi kain gam iaitu kain keras tanpa gam. Kain ini dijahit di bahagian depan pinggang seluar dan disambung dengan getah lebar yang dipanggil getah seluar, ia agak lebar sedikit berbanding getah kain.

Kelebihan kain gam keras adalah ia punya gam yang dilekatkan pada fabrik ditekan dengan menggunakan seterika, dan ia mudah dijahit serta kemas. Berbanding dengan kain keras tanpa gam ia perlu dipin supaya jahitan tidak senget ketika dijahit. Ia berdasarkan jenis pakaian , samada koler , cuff, pinggang untuk gunakan yang ada gam atau tiada.

Bagi kain gam nipis pula ia biasanya ditampal pada bahagian poket jubah, poket seluar melayu, koler dan sebagainya, ia juga digunakan pada lapik leher jubah wanita, baju kurung,  blaus, dan kolar kemeja. Kelebihannya, ia agak tebal, senang dijahit dan pakaian nampak kemas apabila siap.

Next entri, saya akan kongsikan cara jahit bahagian pakaian menggunakan kain gam nipis dan tebal, sehingga berjumpa lagi, wassalam.

Tercari-cari cara jana pendapatan  online secara santai-santai? KLIK SINI YER.




No comments:

Post a Comment

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak