Tingkatkan ILMU untuk kejayan, barulah anda rasa yakin |
Keyakinan diri memang
diperlukan dalam memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak
mempunyai pengalaman memulakaan perniagaan, atau yang pernah gagal dalam
perniagan.
Dalam apa sahaja buku
motivasi kejayaan, sering ditekankan untuk mempunyai keyakinan diri sebagai
langkah pertama. Tanpa keyakinan diri, semuanya tidak menjadi. Begitu juga
dengan perniagaan.
Berikut adalah 3 tip cara meningkatkan
keyakinan diri untuk memulakan perniagaan…
1. Jangan bandingkan diri anda dengan orang
lain
Sering kali kita
melihat kejayaan orang lain, dan kita merasa diri kita kecil dan tidak mampu
capai kejayaan seperti mereka. Mana taknya, tambahan di zaman media sosial
kini, pelbagai kisah kejayaan dipaparkan di media sosial.
Gaya hidup mereka yang
bergelar “usahawan” umpama gaya hidup yang hebat dan sempurna. Maklumah, resmi
media sosial, itulah yang sering di war-warkan dan ditunjukkan.
Kisah kegagalan,
kesedihan, kesusahan ketika menghadapi cabaran perniagaan sangat kurang
dikongsikan. Apa yang kita sering lihat adalah kejayaan, dan segalanya
sempurna.
Sekiranya ini memberi inspirasi kepada kita,
maka tidak mengapa.
Tetapi, sebaiknya,
jangan dibandingkan. Manusia mempunyai bakat, kebolehan, sumber yang berbeza.
Bandingkan diri kita dengan diri kita sendiri. Perbaiki diri kita supaya lebih
baik dari semalam, bulan lepas dan tahun lepas.
Usaha untuk perbaiki
diri sendiri sahaja. Sekiranya ingin
mulakan perniagaan, apa kata mulakan sahaja dan timba ilmu dan pengalaman untuk
diri sendiri. Usah dibandingkan dengan orang lain.
2. Sentiasa fikir positif!
Satu ketika dulu,
ketika saya masih lagi muda, saya TIDAK MAHU jadi kaya!
Ini kerana, saya
sering kaitkan orang “Kaya” sebagai sesuatu yang jahat, atau berdosa, atau
tidak baik. Maklumah, sejak kecil lagi sering menonton TV watak-watak jahat
semuanya orang kaya sahaja. Mana taknya, sedangkan filem P Ramlee juga,
watak-watak jahat adalah orang kaya.
Oleh kerana pemikiran negatif ini, membuatkan
saya tidak yakin dan tidak mahu memulakan perniagaan dan berjaya.
Sehingga saya mula
kaitkan perkara-perkara positif mengenai perniagaan, kejayaan, dan kekayaan,
ketika itulah baru saya mula berani dan yakin untuk mulakan perniagaan.
Fikirkan, apakah
perkara-perkara negatif yang menghalang anda dari mulakan perniagaan? Adakah
takut gagal? Takut tiada masa? Takut apa pula orang kata? Takut tidak mendapat
sokongan? Dan sebagainya…
Buangkan
fikiran-fikiran ini jauh-jauh. Berdamping bersama mereka yang lebih
positif dan mereka yang mempunyai matlamat yang sama, iaitu memulakan
perniagaan. Ini pasti akan memberi anda pemikiran yang lebih positif lagi untuk
bermula!
3. Punyai matlamat dan visi yang jelas
Sekiranya matlamat
anda samar-samar, keyakinan juga akan turut samar-samar.
Punyai matlamat dan
visi yang sangat jelas.
“Saya ingin mulakan perniagaan”
Matlamat ini tidak
cukup. Ianya tidak jelas dan agak subjektif.
Tetapi, cuba letakkan
matlamat dan visi yang lebih jelas seperti:
“Saya ingin mulakan perniagaan menjual produk
kesihatan melalui internet, dan selepas 6 bulan ingin menjana pendapatan
RM10,000 setiap bulan!”
Matlamat sebegini
adalah lebih tepat dan jelas!
Mempunyai matlamat
yang lebih jelas akan memberi keyakinan kepada diri kita sendiri sekiranya kita
sering fikirkan dan ulangkan matlamat tersebut dalam kepada kita.
Ianya seakan-akan
memberi hala tuju dan sasaran untuk kita fokus pada usaha kita. Apa yang kita
perlu lakukan seterusnya adalah…
BERMULA!
Keyakinan diri
bukanlah sesuatu yang dimiliki secara semulajadi pada semua orang. Sesetengah
kita memang sedia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mungkin dari cara kita
membesar.
Seperti saya, saya
seorang yang pemalu, pendiam, dan tidak mempunyai keyakinan diri satu ketika
dulu. Tetapi, apabila langkah demi langkah, dan sedikit demi sedikit
memperbaiki diri saya sendiri, keyakinan diri pun datang!
Banyak tips dan
strategi untuk membantu perniagaan kecil-kecilan berkembang DISINI
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
Semoga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment