KEJAYAAN Impian Setiap Individu |
Terasa susah untuk berjaya? Memanglah. Kalau kejayaan itu mudah untuk dicapai pastinya semua orang dikeliling kita sudah berjaya mencapai matlamat mereka. Tetapi, itu bukanlah halnya. Ramai yang bergelut untuk berjaya dan terasa sukar untuk mencapainya.
Sebabnya? Berikut
adalah 5 sebab mengapa kita sukar berjaya dan penyelesaiannya…
1. Tidak mendapat sokongan
Untuk berjaya,
sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Tanpa sokongan, mood pun akan
hilang, tenaga pun akan berkurangan. Dalam keadaan tidak mendapat sokongan
orang dikeliling, kita akan merasakan umpama kita seorang diri sahaja yang
inginkan kejayaan. Amat sunyi akan terasa. Apatah lagi sekiranya bukan sahaja
tidak mendapat sokongan, tetapi pula mendapat kritikan dan kutukan untuk
berjaya.
Penyelesaian: Cari dan sertai kumpulan
atau kenalan yang sentiasa positif dalam bidang apa yang anda ingin capai.
2. Fikir ilmu sudah cukup
Kita fikir ilmu kita
sudah cukup untuk berjaya dan tidak memerlukan lagi ilmu tambahan. Adakalanya
kita tahu sesuatu ilmu tu, dan dalam hati terdetik “Eleh, aku pun tahu nak buat
camtu” tetapi, hakikatnya, TAHU dan LAKUkan adalah dua perkara yang berbeza.
Ilmu yang ada dalam diri sendiri sekiranya tidak diamalkan pastinya tidak
memberi pulangan apa-apa.
Penyelesaian: Jangan sombong pada ilmu.
Amalkan pembelajaran sepanjang hidup. Apa sahaja ilmu yang kita ada kini,
hanyalah satu titik dari lautan ilmu yang begitu luas.
3. Tidak mempunyai matlamat bermakna
Untuk mencapai
sesuatu, pastinya perlu mempunyai matlamat. Namun, matlamat yang akan memberi
motivasi kepada anda adalah matlamat yang bermakna pada diri anda- matlamat
yang benar-benar mempunyai manfaat kepada anda, keluarga atau orang tersayang.
Matlamat yang tidak bermakna tidak akan memberi sebarang motivasi untuk jangka
masa panjang. Hanya motivasi singkat bak kata, hangat-hangat tahi ayam.
Penyelesaian: Tanyakan soalan utama iaitu
mengapa anda ingin mencapai matlamat kejayaan anda. Apakah sebab utamanya yang
dapat memberi anda motivasi dan semangat yang berterusan?
4. Tidak yakin kejayaan boleh dicapai
Adakalanya kita sering
berasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri untuk melakukan perkara yang
hebat. Bukan sahaja tiada sokongan dari orang luar, ini kan pula tiada sokongan
dalam diri sendiri bila apa yang kita selalu fikirkan adalah kegagalan,
kesusahan, kejatuhan dan ketakutan! Apa yang kita lihat adalah orang lain
adalah lebih hebat dari kita dan mereka yang patut berjaya. Bukan kita.
Penyelesaian: Fikir positif sentiasa.
Jangan takut pada kegagalan kerana kegagalan akan memberi pengalaman dan ilmu
yang amat berharga. Penuhi fikiran dnegan kata-kata positif selalu.
5. Mudah putus asa
Kejayaan datang dengan
pelbagai cabaran. Adakalanya cabaran yang membuatkan kita terasa lemas dan
buntu. Ada masanya pula kita tidak tahu lagi apa perlu dilakukan dan hanya
memikirkan untuk putus asa oleh kerana tiada lagi jalan penyelesaian dan terasa
penat berusaha namun terus gagal.
Penyelesaian: Sering kali kejayaan akan
datang hanya sedikit sahaja lagi sebelum putus asa. Apabila dalam keadaan
tertekan, di situlah idea yang lebih baik akan datang dan usaha yang lebih
hebat akan dipaksa keluar dari diri anda. Jangan putus asa, tetapi cara
penyelesaiannya dengan cara yang lain.
Pelajari
bagaimana mengembangkan perniagaan SOLOPRENEUR ke arah GLOBALPRENEUR dengan
modal yang minima? KLIK SINI
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
Moga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment