Pernah saya baca- semua matlamat
adalah realistik. Cuma masa untuk mencapainya sahaja yang tidak
realistik.
Ada
betulnya di situ.
Matlamat nak jadi jutawan dalam masa 1 tahun?
Mungkin kurang realistik untuk
ramai. Tetapi matlamat nak jadi jutawan dalam masa 10 tahun, ianya lebih
realistik!
Matlamat nak gandakan keuntungan perniagaan
2-3 kali ganda dalam masa seminggu?
Mungkin kurang realistik. Teapi, matlamat meningkatkan keuntungan perniagaan
20-30% dalam masa satu bulan adalah lebih realistik!
Dalam menetapkan
matlamat, ianya penting untuk anda tetapkan matlamat yang
realistik. Yang boleh diterima dek akal fikiran. Matlamat yang terlalu besar
dan terlalu singkat masa untuk mencapainya, akan menyukarkan proses untuk
mencapainya.
Ini akan terjadi…
1. Matlamat yang tidak realistik akan dilihat
terlalu besar dan sukar untuk
dicapai. Mungkin pada awalnya akan rasa seronok dan bermotivasi untuk
mencapainya, tetapi apabila nampak kesusahan dan cabaran untuk mencapainya, ia
akan menjatuhkan motivasi kita dan mudahkan kita untuk putus asa kerana ianya
terlalu sukar.
2. Matlamat yang terlalu besar akan membuatkan
kita rasa “overwhelmed” dan
terlalu banyak yang perlu difikirkan, seakan terlalu besar dan tidak tahu
bagaimana hendak bermula. Terlalu besar, tidak nampak langkah-langkah
seterusnya. Terlalu besar tak tak dapat gambarkan cabaran-cabaran yang bakal
dilalui.
3. Matlamat yang tidak realistik juga akan kurang
mendapat sokongan dari mereka
disekeliling anda. Memang tidak dapat dinafikan, dalam mencapai sesuatu
matlamat yang berbaloi, ia memerlukan bantuan dan sokongan pihak lain.
Sekiranya pihak lain melihat matlamat anda tidak realistik, dan tidak yakin
ianya boleh dicapai, mungkin anda tidak akan mendapat bantuan dan sokongan yang
anda perlukan.
Ada pepatah mengatakan “Shoot for the stars,
if you don’t reach it, you will still land on the moon”
Mengatakan bahawa kita
perlu meletakkan matlamat yang tinggi. Sekiranya tidak capai, pastinya
pencapaian itu masih tinggi.
Ada benarnya kata-kata
ini. Namun, pastikan apa yang dituju masih lagi matlamat yang tinggi untuk
dicapai, tetapi realistik dan boleh dicapai.
Dan inilah langkah anda seterusnya…
Satu soalan yang anda
boleh fikirkan dalam menetapkan matlamat yang realistik adalah:
Apakah matlamat yang paling besar yang anda
boleh tetapkan, yang anda rasakan anda tidak akan gagal mencapainya?
Mulakan dengan soalan
ini. Kemudian, beri masa yang cukup untuk mencapai matalamat ini.
Pecahkan matlamat yang
besar itu menjadi matlamat-matlamat yang lebih kecil dan bahagikan waktu untuk
mencapainya kepada jangka masa yang lebih singkat.
Sebagai contoh, untuk
mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 1 tahun, mungkin tidak realistik.
Tetapi, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000
dalam masa 10 tahun, bererti, menjana pendapatan RM100,000 setahun, bermaksud
perlu menjana RM8,333 sebulan dan ini dapat dicapai dengan cara menjana
pendapatan RM278 setiap hari!
Inilah yang
dimaksudkan dengan matlamat yang realistik dan bagaimana anda boleh
mencapainya. RM278 sehari adalah lebih mudah untuk dicapai bukan?
No comments:
Post a Comment