Hari ni mungkin lari sikit dengan topik, admin ada soalan dari kastemer warna apa yang nak disesuaikan tudung pakaian yang kita nak pakai kan, pic di atas adalah sumber dari google, admin nak ulas sedikit.
jika warna pakaian kita adalah warna biru muda, maka tudung yang sesuai yang boleh kita pakai adalah biru tua, hitam, atau kelabu.
Jika pakaian kita warna biru tua pula , tudung yang sesuai untuk kita pakai adalah coklat, biru ,hijau lembut.
Kesimpulannya, jika warna pakaian kita warna lembut.Tudung pula elok warna terang, dan warna tua, begitulah sebaliknya, jika pakaian kita warna terang or tua warnanya, tudung elok warna lembut supaya ia berlawanan.
ok tak info ni, harap membantu, next admin will share pakaian warna lain pula, korang nak warna apa? sila komen dibawah.
Boothstrap adalah satu langkah penting untuk mulakan sesuatu perniagaan tanpa hutang. Nak tahu maklumat lanjut mengenai BOOTHSTRAP? APAKAH IA. KLIK SINI
ehemm, ehemm, gambar dia atas sekadar hiasan , hari ni admin nak bercerita kenapa admin memilih bidang pakaian berbanding jahitan lain, sedangkan persaingan punyalah ramai, dalam dunia online, itulah pentingnya membina BRANDING, sebab, dengan branding inilah orang akan bertumpu kepada hasil servis or produk kita.
Melalui branding pelanggan akan setia kerana diorang dah trust kepada kita, hasil servis kita dah memang bagus dan mereka akan puas hati.Bagi admin sendiri , kita mesti all outkan kita punya servis untuk mengukuhkan trust pelanggan dengan hasil jahitan or servis kita.
Sape suka kaf yang bentuk seperti diatas ? bagi admin kaf tersebut kemas dan cantik jika kena pada jahitannya. Maksudnya kat sini, kekadang kaf tu longgar dan nampak besar ia tak nampak kemas.
jika nak nampak kemas dan elegent dengan jenis kaf tangan begini,ia mesti padan dan fit dengan saiz lengan.
Ada yang suka lebar dan sebaliknya. Ukuran standard bagi kaf pakaian wanita hanyalah satu inchi sahaja,jika nak lagi lebar terpulang kepada si pemakai.
admin banyak dapat tempahan kaf sebegini. Next admin akan kongsikan bagaimana nak ambil kaf dan pakai pada hujung tangan ok.
Semoga bermanfaat.
Teknik kembangkan bisnes ke peringkat GLOBAL tanpa hutang? Nak tahu caranya? KLIK SINI
Hari ni admin nak sentuh sedikit topik pasal leher baju, terdapat pelbagai jenis leher baju yang sedikit sebanyak menjadi daya penarik bagi sehelai pakaian.
Bagi admin leher biasa yang dijahit pada baju kurung tradisional biasanya leher bulat, tapi ditambah 4 inchi bagi memuatkan kepala masuk, dan memang itulah leher standard baju kurung.
Bagi blause dan pakaian lain ia bebas, seperti gambar, ia satu daya penarik seperti garis leher U, garis leher segiempat, dah leher jenis hati.
Apa pun leher bulatlah pilihan hati admin kerana ia mudah, dan simple,customer pun tak kisah sangat pasal leher ni sebenarnya, janji pakaian tu selesa dan kemas.
Apa jenis leher pilihan anda dan mengapa?
Boleh komen kat bawah tak?
Bagaimana nak capai tahap jutawan tahap global? KLIK SINI
2,3 hari ni admin berminat ulas lanjut mengenai fesyen di lengan, bermula dengan kaf yang simple, yang susah, yang beropol, smoking sehingga sekarang fesyen lengan kembung , samada di bahu atau hujung tangan
Apa pun tujuan fesyen tangan ni nak nampak jenis pakaian tu cantik dan menarik, bila orang pandang, orang akan nampak fesyen di lengan baju kita. Betul kan,
Bagi admin, dah memadai fesyen lengan, tapi badan buat simple biasa je, tak nampak serabut.
Bagaimana pula pendangan anda , kongsikan..
Semoga bermanfaat.
Orang kata jika berjodoh muka kita ada seiras dengan pasangan, betul ke? nak tahu lebih lanjut KLIK SINI
Hari ni admin nak cerita sikit pengalaman semasa menjahit sepasang peplum di bawah. Al kisahnya semasa admin first year belajar jahit, admin nekad untuk belajar semua jenis pakaian, perempuan, lelaki dan kanak-kanak. The big Why time tu, aku nak jana pendapatan sendiri tanpa perlukan majikan.
So, time tu pakaian yang nak jahit adalah peplum.Kita masih blur katak, berapa meter nak kena beli kan, bila dah jahit, last2 tak cukup, beba baju fesyen.
The basic is my mentor said 4 meter untuk baju kurung.kita pun ingat, 4 meter untuk semua jenis baju tau, hehe, rupanya baju fesyen kena laa lebih sikit , nak best 5 meter.
Back to baju yang dah siap kat bawah kan, sebenarnya baju ni tak cukup kain, tapi dapat cover dengan perca dekat kedai guru jahitan saya.
so, semangat time tu kuat, kita berjaya gabungkan warna untuk menghasilkan sepasang kurung yang cantik tanpa memperlihatkan kecacatan sebenar pakaian tu tak cukup kain
Alhamdulillah, disebabkan pengalaman itu saya berjaya menjadi seorang taylor yang berkualiti.
Konsep “Customers Always Right” pada asalnya dicipta oleh Harry Gordon Selfridge pada tahun 1909. Beliau merupakan pengasas kedai serbaneka Selfridge di London.
Ayat ini banyak digunakan oleh peniaga untuk meyakinkan pelanggan yang mereka akan mendapat perkhidmatan terbaik dan meyakinkan pekerja untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Sebenarnya, konsep ini perlu ditinggalkan.
Ini adalah sebab-sebabnya:
1. Pekerja Rasa Tak Gembira
Konsep “Customers Always Right” pasti akan menyebabkan konflik antara pelanggan dan pekerja. Seorang usahawan, Gordon Bethune yang bertanggungjawab mengembangkan Continental Airlines selalu menyebelahi stafnya sendiri apabila berlaku konflik.
Bagi beliau, kesetiaan pekerja sangat penting dan apabila pelanggan membeli tiket, tidak bermakna mereka berhak menyalahgunakan pekerja. Beliau lebih mempercayai pekerjanya berbanding pelanggan yang kadang kala mempunyai permintaan yang keterlaluan.
2. Memberi Kelebihan Kepada Pelanggan Yang Biadab
Penggunaan slogan “Customers Always Right” menyebabkan pelanggan boleh meminta apa sahaja yang mereka inginkan. Para pekerja menjadi lebih sukar untuk bekerja memenuhi permintaan mereka.
Permintaan untuk pelanggan biadab juga akan dipenuhi dan ini sangat tak masuk akal. Alangkah lebih baik jika hanya perlu memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan yang beradab dan sopan.
3. Ada Sesetengah Pelanggan Tak “Sihat” Untuk Perniagaan Kita
Banyak perniagaan yang menyangka lebih banyak pelanggan adalah lebih baik. Tetapi, ada sesetengah pelanggan tidak baik untuk perniagaan. Di luar negara, ada syarikat yang mengambil tindakan tegas jika pekerja mereka dilayan dengan biadab oleh pelanggan.
Mereka akan membatalkan kontrak dan memecat pelanggan tersebut. Mereka mengambil serius maruah pekerja dan bukannya kiraan rugi dan untung semata-mata.
4. Boleh Menjejaskan Perkhidmatan Pelanggan
Jika kita meletakkan pekerja sebagai keutamaan, nescaya para pekerja akan meletakkan pelanggan menjadi keutamaan. Pekerja juga akan berasa gembira dan seronok untuk bekerja apabila kepentingan mereka terjaga.
Apabila mereka gembira semasa bekerja, mereka akan memberikan layanan yang terbaik untuk pelanggan. Jika sebaliknya berlaku, apa yang pelanggan boleh harapkan hanyalah budi bahasa dan layanan baik yang penuh dengan kepura-puraan.
5. Ada Pelanggan Yang Memang Bersalah
Adakah pelanggan selalu betul? Pastinya tidak. Konsep ini boleh dianggap sebagai pengkhianatan terbesar kepada para pekerja. Ada pelanggan yang melampau sehingga mengganggu polisi syarikat dan peraturan.
Pelanggan sebegini sememangnya bersalah dan perlu disisihkan. Perniagaan akan menjadi lebih baik tanpa pelanggan yang biadab dan menyinggung perasaan pekerja.
" Saya kerja tukang cuci selama 2 tahun untuk membeli Laptop pertama saya." Dalam tempoh tersebut saya pernah dicaci dan dihina oleh majikan saya iaitu seorang Mat Salleh, atas satu insiden yang saya sendiri tak terduga". Nak tahu kisah lanjut KLIK SINI.
Punca yang utama sekali, admin pun memang sering mengantuk bila perut dah kenyang.
Cara atasinya, makan jangan terlalu kenyang, cukup untuk alas perut jika kita masih banyak jahitan, kain dan kerja yang sewaktu dengannya.
b) Tak cukup tidur.
Biasanya jika kita terlalu risau akan sesuatu perkara contohnya, kain bertimbun tak siap lagi untuk potongan or kemasan, due date dah dekat, kastemer nak datang ambil, kita pun risau.Keadaan ini biasa juga admin alami kerana sikap kastemer, terlalu mendesak sehingga kita stress. So, waktu kita jahit tu, fokus dah makin kurang dan kita akan mengantuk dan penat kerana kurang tido.
So kat sini tido kena cukup untuk pastikan badan sihat, tumpuan kerja kita lancar dan dapat fokus siapkan jahitan dengan cepat.
c) Penat.
Penat uruskan kerja harian seperti kemas rumah,memasak, dan layan kerenah adik beradik,serta bermacam kerja harian kita yang perlu diuruskan, jadi kita sangat penat, nak menjahit lagi, keadaan nilah yang admin alami sekarang, dulu kerja dengan orang kita hanya tumpu terus pada kerja menjahit, bila dah duduk rumah dan menjahit, sebenarnya bukan mudah, kita kena berbahagi masa, admin sangat sayang pada karier jahitan ni, sangat minat, dan jika berdaya akan teruskan hingga akhir hayat.
Siapa kat sini yang suka dengan design baju kurung ni?, say "I" , hehe, admin pun suka pasal ia sangat berstail dan anggun gitu bila dipakai.
.
Rasa-rasa susah ke nak jahit sepasang kurung mawar ni? harga berapa nak letak? nak plak yang berlining. Tentu bsnysk kerenah kastemer yang nak tempah pakaian ni.
.
Mungkin ada yang nak berlining penuh, ada yang lining baju sahaja, kain tak nak, ada yang nak atas sahaja berling, baju bawah biar saja, dan macam-macam cara nak bergaya punya pasal.
.
Bagi admin itu ikut citarasa masing-masing, kita pun ikutkan saja citarasa pelanggan kan.
.
Ok, the key point is admin nak tumpu pada cara :
LAKAR POLA
POTONG KAIN
JAHIT SIAP
DAH BOLE PAKAI!.SIAP
Ok, tu pada next entry ok, stay tuned!
.
Dulu dia ni Tukang cuci je, tapi sekarang jutawan tahap global.. Nak tahu siapa dia KLIK SINI
Hai readers terutama bagi mereka yang masih tercari-cari cara cantum kekek baju kurung pesak gantung dengan kemas dan cantik, jom lihat bagaimana cara cantum tu.
Kredit : Google
Sediakan 2 keping kekek seperi gambar, ini adalah untuk satu bahagian baju ye, sebenarnya ada 4 keping kekek.
Kredit : Google
Kemudian, Jahit pada bahagian yang serong ye, tanda dengan kapur penanda untuk elakkan dari terbalik.Ramai yang failed bahagian ni,terutama yang baru belajar, jika salah jahit, baju tak menjadi nanti, kena tetas semula dan ia makan masa.
Kredit : Google
Dah siap jahit, cari bahagian pesak , temukan dibahagian tengah, tanda dengan kapur, Cantumkan, nak mudah start dari tengah.
Kredit : Google
Beginilah keadaan pesak dan kekek apabila bercantum.
Kredit : Google
Kemudian cari bahagian tangan, cantumkan seperti di dalam gambar dan jahit macam biasa.
Kredit : Google
Beginilah rupa selepas dijahit pada bahagian tangan, jika nak kemas, gosok setiap bahagian jahitan, buka basi, sembur air nak matikan lipatan untuk kelihatan kemas.
Semoga Bermanfaat.
Dulu tukang cuci je, sekarang jutawan tahap global. Nak tahu siapa dia ? KLIK SINI