Teks :Eryna Taylor
Konsep “Customers Always Right” pada asalnya dicipta oleh Harry Gordon Selfridge pada tahun 1909. Beliau merupakan pengasas kedai serbaneka Selfridge di London.
Ayat ini banyak digunakan oleh peniaga untuk meyakinkan pelanggan yang mereka akan mendapat perkhidmatan terbaik dan meyakinkan pekerja untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Sebenarnya, konsep ini perlu ditinggalkan.
Ini adalah sebab-sebabnya:
1. Pekerja Rasa Tak Gembira
Konsep “Customers Always Right” pasti akan menyebabkan konflik antara pelanggan dan pekerja. Seorang usahawan, Gordon Bethune yang bertanggungjawab mengembangkan Continental Airlines selalu menyebelahi stafnya sendiri apabila berlaku konflik.
Bagi beliau, kesetiaan pekerja sangat penting dan apabila pelanggan membeli tiket, tidak bermakna mereka berhak menyalahgunakan pekerja. Beliau lebih mempercayai pekerjanya berbanding pelanggan yang kadang kala mempunyai permintaan yang keterlaluan.
2. Memberi Kelebihan Kepada Pelanggan Yang Biadab
Penggunaan slogan “Customers Always Right” menyebabkan pelanggan boleh meminta apa sahaja yang mereka inginkan. Para pekerja menjadi lebih sukar untuk bekerja memenuhi permintaan mereka.
Permintaan untuk pelanggan biadab juga akan dipenuhi dan ini sangat tak masuk akal. Alangkah lebih baik jika hanya perlu memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan yang beradab dan sopan.
3. Ada Sesetengah Pelanggan Tak “Sihat” Untuk Perniagaan Kita
Banyak perniagaan yang menyangka lebih banyak pelanggan adalah lebih baik. Tetapi, ada sesetengah pelanggan tidak baik untuk perniagaan. Di luar negara, ada syarikat yang mengambil tindakan tegas jika pekerja mereka dilayan dengan biadab oleh pelanggan.
Mereka akan membatalkan kontrak dan memecat pelanggan tersebut. Mereka mengambil serius maruah pekerja dan bukannya kiraan rugi dan untung semata-mata.
4. Boleh Menjejaskan Perkhidmatan Pelanggan
Jika kita meletakkan pekerja sebagai keutamaan, nescaya para pekerja akan meletakkan pelanggan menjadi keutamaan. Pekerja juga akan berasa gembira dan seronok untuk bekerja apabila kepentingan mereka terjaga.
Apabila mereka gembira semasa bekerja, mereka akan memberikan layanan yang terbaik untuk pelanggan. Jika sebaliknya berlaku, apa yang pelanggan boleh harapkan hanyalah budi bahasa dan layanan baik yang penuh dengan kepura-puraan.
5. Ada Pelanggan Yang Memang Bersalah
Adakah pelanggan selalu betul? Pastinya tidak. Konsep ini boleh dianggap sebagai pengkhianatan terbesar kepada para pekerja. Ada pelanggan yang melampau sehingga mengganggu polisi syarikat dan peraturan.
Pelanggan sebegini sememangnya bersalah dan perlu disisihkan. Perniagaan akan menjadi lebih baik tanpa pelanggan yang biadab dan menyinggung perasaan pekerja.
Sumber Rujukan: https://www.huffpost.com @ majalahlabur.com
Semoga Bermanfaat.
" Saya kerja tukang cuci selama 2 tahun untuk membeli Laptop pertama saya." Dalam tempoh tersebut saya pernah dicaci dan dihina oleh majikan saya iaitu seorang Mat Salleh, atas satu insiden yang saya sendiri tak terduga". Nak tahu kisah lanjut KLIK SINI.
No comments:
Post a Comment