Teks : Eryna Taylor
Pernah tak terjadi kepada korang tetiba mengantuk time menjahit? Banyak faktor yang menyebabkan mengantuk secara tetiba antaranya:
a) Makan terlalu kenyang
- Punca yang utama sekali, admin pun memang sering mengantuk bila perut dah kenyang.
- Cara atasinya, makan jangan terlalu kenyang, cukup untuk alas perut jika kita masih banyak jahitan, kain dan kerja yang sewaktu dengannya.
b) Tak cukup tidur.
- Biasanya jika kita terlalu risau akan sesuatu perkara contohnya, kain bertimbun tak siap lagi untuk potongan or kemasan, due date dah dekat, kastemer nak datang ambil, kita pun risau.Keadaan ini biasa juga admin alami kerana sikap kastemer, terlalu mendesak sehingga kita stress. So, waktu kita jahit tu, fokus dah makin kurang dan kita akan mengantuk dan penat kerana kurang tido.
- So kat sini tido kena cukup untuk pastikan badan sihat, tumpuan kerja kita lancar dan dapat fokus siapkan jahitan dengan cepat.
c) Penat.
- Penat uruskan kerja harian seperti kemas rumah,memasak, dan layan kerenah adik beradik,serta bermacam kerja harian kita yang perlu diuruskan, jadi kita sangat penat, nak menjahit lagi, keadaan nilah yang admin alami sekarang, dulu kerja dengan orang kita hanya tumpu terus pada kerja menjahit, bila dah duduk rumah dan menjahit, sebenarnya bukan mudah, kita kena berbahagi masa, admin sangat sayang pada karier jahitan ni, sangat minat, dan jika berdaya akan teruskan hingga akhir hayat.
- Cara nak atasi masalah ni, bangun awal pagi dalam area jam 5, settle dulu keje rumah, memasak dsbnya, pastu insyaallah kita akan ada masa untuk siapkan jahitan.
Ada tak faktor lain yang menyebabkan mengantuk ni? Jika ada sila tulis di ruangan komen ye,kongsikan pengalaman anda pula,.
Semoga bermanfaat.
Dulu dia ni tukang cuci je nak sara hidup, sekarang dah jadi jutawan tahap global. Nak tahu siapa dia ni? KLIK SINI
No comments:
Post a Comment