Saturday, October 5, 2019

CARA MENETAPKAN MATLAMAT YANG REALISTIK


Teks : Eryna Taylor

Menetapkan MATLAMAT penting dalam mencapai sesutu KEJAYAAN




Pernah saya baca- semua matlamat adalah realistik. Cuma masa untuk mencapainya  sahaja yang tidak realistik.

Ada betulnya di situ.
Matlamat nak jadi jutawan dalam masa 1 tahun? Mungkin kurang realistik untuk
ramai. Tetapi matlamat nak jadi jutawan dalam masa 10 tahun, ianya lebih
realistik!

Matlamat nak gandakan keuntungan perniagaan 2-3 kali ganda dalam masa seminggu?
Mungkin kurang realistik. Teapi, matlamat meningkatkan keuntungan perniagaan
20-30% dalam masa satu bulan adalah lebih realistik!

Dalam menetapkan matlamat, ianya penting untuk anda tetapkan matlamat yang
realistik. Yang boleh diterima dek akal fikiran. Matlamat yang terlalu besar
dan terlalu singkat masa untuk mencapainya, akan menyukarkan proses untuk
mencapainya.

Ini akan terjadi…
1.      Matlamat yang tidak realistik akan dilihat terlalu besar dan sukar untuk
dicapai. Mungkin pada awalnya akan rasa seronok dan bermotivasi untuk
mencapainya, tetapi apabila nampak kesusahan dan cabaran untuk mencapainya, ia
akan menjatuhkan motivasi kita dan mudahkan kita untuk putus asa kerana ianya
terlalu sukar.


2.      Matlamat yang terlalu besar akan membuatkan kita rasa “overwhelmed” dan
terlalu banyak yang perlu difikirkan, seakan terlalu besar dan tidak tahu
bagaimana hendak bermula. Terlalu besar, tidak nampak langkah-langkah
seterusnya. Terlalu besar tak tak dapat gambarkan cabaran-cabaran yang bakal
dilalui.

3.      Matlamat yang tidak realistik juga akan kurang mendapat sokongan dari mereka
disekeliling anda. Memang tidak dapat dinafikan, dalam mencapai sesuatu
matlamat yang berbaloi, ia memerlukan bantuan dan sokongan pihak lain.
Sekiranya pihak lain melihat matlamat anda tidak realistik, dan tidak yakin
ianya boleh dicapai, mungkin anda tidak akan mendapat bantuan dan sokongan yang anda perlukan.

Ada pepatah mengatakan “Shoot for the stars, if you don’t reach it, you will still land on the moon”
Mengatakan bahawa kita perlu meletakkan matlamat yang tinggi. Sekiranya tidak capai, pastinya pencapaian itu masih tinggi.
Ada benarnya kata-kata ini. Namun, pastikan apa yang dituju masih lagi matlamat yang tinggi untuk dicapai, tetapi realistik dan boleh dicapai.
Dan inilah langkah anda seterusnya…
Satu soalan yang anda boleh fikirkan dalam menetapkan matlamat yang realistik adalah:
Apakah matlamat yang paling besar yang anda boleh tetapkan, yang anda rasakan anda tidak akan gagal mencapainya?
Mulakan dengan soalan ini. Kemudian, beri masa yang cukup untuk mencapai matalamat ini.
Pecahkan matlamat yang besar itu menjadi matlamat-matlamat yang lebih kecil dan bahagikan waktu untuk mencapainya kepada jangka masa yang lebih singkat.
Sebagai contoh, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 1 tahun, mungkin tidak realistik.
Tetapi, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 10 tahun, bererti, menjana pendapatan RM100,000 setahun, bermaksud perlu menjana RM8,333 sebulan dan ini dapat dicapai dengan cara menjana pendapatan RM278 setiap hari!
Inilah yang dimaksudkan dengan matlamat yang realistik dan bagaimana anda boleh mencapainya. RM278 sehari adalah lebih mudah untuk dicapai bukan?
Nak Tahu Kaedah Sebenar Menetapkan MATLAMAT REALISTIK? KLIK SINI


#erynataylor






Wednesday, October 2, 2019

5 SEBAB ANDA SUKAR BERJAYA

Teks : Eryna Taylor




KEJAYAAN  Impian Setiap Individu




Terasa susah untuk berjaya? Memanglah. Kalau kejayaan itu mudah untuk dicapai pastinya semua orang dikeliling kita sudah berjaya mencapai matlamat mereka. Tetapi, itu bukanlah halnya. Ramai yang bergelut untuk berjaya dan terasa sukar untuk mencapainya.
Sebabnya? Berikut adalah 5 sebab mengapa kita sukar berjaya dan penyelesaiannya…
1. Tidak mendapat sokongan
Untuk berjaya, sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Tanpa sokongan, mood pun akan hilang, tenaga pun akan berkurangan. Dalam keadaan tidak mendapat sokongan orang dikeliling, kita akan merasakan umpama kita seorang diri sahaja yang inginkan kejayaan. Amat sunyi akan terasa. Apatah lagi sekiranya bukan sahaja tidak mendapat sokongan, tetapi pula mendapat kritikan dan kutukan untuk berjaya.
Penyelesaian: Cari dan sertai kumpulan atau kenalan yang sentiasa positif dalam bidang apa yang anda ingin capai.
2. Fikir ilmu sudah cukup
Kita fikir ilmu kita sudah cukup untuk berjaya dan tidak memerlukan lagi ilmu tambahan. Adakalanya kita tahu sesuatu ilmu tu, dan dalam hati terdetik “Eleh, aku pun tahu nak buat camtu” tetapi, hakikatnya, TAHU dan LAKUkan adalah dua perkara yang berbeza. Ilmu yang ada dalam diri sendiri sekiranya tidak diamalkan pastinya tidak memberi pulangan apa-apa.
Penyelesaian: Jangan sombong pada ilmu. Amalkan pembelajaran sepanjang hidup. Apa sahaja ilmu yang kita ada kini, hanyalah satu titik dari lautan ilmu yang begitu luas.
3. Tidak mempunyai matlamat bermakna
Untuk mencapai sesuatu, pastinya perlu mempunyai matlamat. Namun, matlamat yang akan memberi motivasi kepada anda adalah matlamat yang bermakna pada diri anda- matlamat yang benar-benar mempunyai manfaat kepada anda, keluarga atau orang tersayang. Matlamat yang tidak bermakna tidak akan memberi sebarang motivasi untuk jangka masa panjang. Hanya motivasi singkat bak kata, hangat-hangat tahi ayam.
Penyelesaian: Tanyakan soalan utama iaitu mengapa anda ingin mencapai matlamat kejayaan anda. Apakah sebab utamanya yang dapat memberi anda motivasi dan semangat yang berterusan?
4. Tidak yakin kejayaan boleh dicapai
Adakalanya kita sering berasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri untuk melakukan perkara yang hebat. Bukan sahaja tiada sokongan dari orang luar, ini kan pula tiada sokongan dalam diri sendiri bila apa yang kita selalu fikirkan adalah kegagalan, kesusahan, kejatuhan dan ketakutan! Apa yang kita lihat adalah orang lain adalah lebih hebat dari kita dan mereka yang patut berjaya. Bukan kita.
Penyelesaian: Fikir positif sentiasa. Jangan takut pada kegagalan kerana kegagalan akan memberi pengalaman dan ilmu yang amat berharga. Penuhi fikiran dnegan kata-kata positif selalu.
5. Mudah putus asa
Kejayaan datang dengan pelbagai cabaran. Adakalanya cabaran yang membuatkan kita terasa lemas dan buntu. Ada masanya pula kita tidak tahu lagi apa perlu dilakukan dan hanya memikirkan untuk putus asa oleh kerana tiada lagi jalan penyelesaian dan terasa penat berusaha namun terus gagal.
Penyelesaian: Sering kali kejayaan akan datang hanya sedikit sahaja lagi sebelum putus asa. Apabila dalam keadaan tertekan, di situlah idea yang lebih baik akan datang dan usaha yang lebih hebat akan dipaksa keluar dari diri anda. Jangan putus asa, tetapi cara penyelesaiannya dengan cara yang lain.

Pelajari bagaimana mengembangkan perniagaan SOLOPRENEUR ke arah GLOBALPRENEUR dengan modal yang minima? KLIK SINI

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq

Moga Bermanfaat

Monday, September 30, 2019

3 CARA YAKINKAN DIRI UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN

 Teks: Eryna Taylor




Tingkatkan ILMU untuk kejayan, barulah anda rasa yakin


Keyakinan diri memang diperlukan dalam memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak mempunyai pengalaman memulakaan perniagaan, atau yang pernah gagal dalam perniagan.

Dalam apa sahaja buku motivasi kejayaan, sering ditekankan untuk mempunyai keyakinan diri sebagai langkah pertama. Tanpa keyakinan diri, semuanya tidak menjadi. Begitu juga dengan perniagaan.
Berikut adalah 3 tip cara meningkatkan keyakinan diri untuk memulakan perniagaan…
1. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain
Sering kali kita melihat kejayaan orang lain, dan kita merasa diri kita kecil dan tidak mampu capai kejayaan seperti mereka. Mana taknya, tambahan di zaman media sosial kini, pelbagai kisah kejayaan dipaparkan di media sosial.
Gaya hidup mereka yang bergelar “usahawan” umpama gaya hidup yang hebat dan sempurna. Maklumah, resmi media sosial, itulah yang sering di war-warkan dan ditunjukkan.
Kisah kegagalan, kesedihan, kesusahan ketika menghadapi cabaran perniagaan sangat kurang dikongsikan. Apa yang kita sering lihat adalah kejayaan, dan segalanya sempurna.
Sekiranya ini memberi inspirasi kepada kita, maka tidak mengapa.
Tetapi, sebaiknya, jangan dibandingkan. Manusia mempunyai bakat, kebolehan, sumber yang berbeza. Bandingkan diri kita dengan diri kita sendiri. Perbaiki diri kita supaya lebih baik dari semalam, bulan lepas dan tahun lepas.
Usaha untuk perbaiki diri sendiri sahaja. Sekiranya ingin mulakan perniagaan, apa kata mulakan sahaja dan timba ilmu dan pengalaman untuk diri sendiri. Usah dibandingkan dengan orang lain.
2. Sentiasa fikir positif!
Satu ketika dulu, ketika saya masih lagi muda, saya TIDAK MAHU jadi kaya!
Ini kerana, saya sering kaitkan orang “Kaya” sebagai sesuatu yang jahat, atau berdosa, atau tidak baik. Maklumah, sejak kecil lagi sering menonton TV watak-watak jahat semuanya orang kaya sahaja. Mana taknya, sedangkan filem P Ramlee juga, watak-watak jahat adalah orang kaya.
Oleh kerana pemikiran negatif ini, membuatkan saya tidak yakin dan tidak mahu memulakan perniagaan dan berjaya.
Sehingga saya mula kaitkan perkara-perkara positif mengenai perniagaan, kejayaan, dan kekayaan, ketika itulah baru saya mula berani dan yakin untuk mulakan perniagaan.
Fikirkan, apakah perkara-perkara negatif yang menghalang anda dari mulakan perniagaan? Adakah takut gagal? Takut tiada masa? Takut apa pula orang kata? Takut tidak mendapat sokongan? Dan sebagainya…
Buangkan fikiran-fikiran ini jauh-jauh. Berdamping bersama mereka yang lebih positif dan mereka yang mempunyai matlamat yang sama, iaitu memulakan perniagaan. Ini pasti akan memberi anda pemikiran yang lebih positif lagi untuk bermula!
3. Punyai matlamat dan visi yang jelas
Sekiranya matlamat anda samar-samar, keyakinan juga akan turut samar-samar.
Punyai matlamat dan visi yang sangat jelas.
“Saya ingin mulakan perniagaan”
Matlamat ini tidak cukup. Ianya tidak jelas dan agak subjektif.
Tetapi, cuba letakkan matlamat dan visi yang lebih jelas seperti:
“Saya ingin mulakan perniagaan menjual produk kesihatan melalui internet, dan selepas 6 bulan ingin menjana pendapatan RM10,000 setiap bulan!”
Matlamat sebegini adalah lebih tepat dan jelas!
Mempunyai matlamat yang lebih jelas akan memberi keyakinan kepada diri kita sendiri sekiranya kita sering fikirkan dan ulangkan matlamat tersebut dalam kepada kita.
Ianya seakan-akan memberi hala tuju dan sasaran untuk kita fokus pada usaha kita. Apa yang kita perlu lakukan seterusnya adalah…
BERMULA!
Keyakinan diri bukanlah sesuatu yang dimiliki secara semulajadi pada semua orang. Sesetengah kita memang sedia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mungkin dari cara kita membesar.
Seperti saya, saya seorang yang pemalu, pendiam, dan tidak mempunyai keyakinan diri satu ketika dulu. Tetapi, apabila langkah demi langkah, dan sedikit demi sedikit memperbaiki diri saya sendiri, keyakinan diri pun datang!

Banyak tips dan strategi untuk membantu perniagaan kecil-kecilan berkembang DISINI

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq


Semoga Bermanfaat

Sunday, September 29, 2019

CARA DAPATKAN IDEA PERNIAGAAN TERBAIK

 Teks :Eryna Taylor




Berminat nak tahu lebih lanjut untuk dapatkan idea perniagaan terbaik , dengan pelbagai teknik & strategi dengan modal minima? KLIK SINI,


BAHAYANYA FIKIR NEGATIF


Teks : Eryna Taylor

Mindset yang betul penting dalam menjayakan bisnes

Secara seyap-senyap, pemikiran negatif akan menyelinap masuk dalam minda kita. Dan mula kita merasa ragu-ragu dalam melakukan sesuatu.
Adakalanya kita bermula dengan positif dan penuh bersemangat untuk mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan, tetapi, apabila ada suara negatif dari pihak lain, seakan telah memakan diri sendiri dan berjangkit kita pula berfikir negatif.
Inilah penangannya pemikiran negatif.
Ya, ianya sangat sukar untuk dihalang. Lebih-lebih lagi sekiranya negativiti tersebut datang dari pihak lain.
Masalahnya, pemikiran negatif adalah lebih kuat dari pemikiran positif. Hinggakan jika 5 orang berfikir dan berkata-kata positif, dan hanya satu orang yang berfikir negatif dan berkata-kata negatif, lambat laun, kesemua 5 orang tersebut akan berfikir negatif juga- bukan yang negatif itu yang akan menjadi positif! Begitu kuatnya kesan negativiti.

Mengapa ini terjadi?

Ini kerana, pemikiran negatif adalah lebih mudah dari positif.
Contoh:
  • Menyalahkan orang lain kerana kita tidak berjaya (negatif) adalah lebih mudah dari berusaha sehari 4-5 jam untuk mencapai kejayaan (positif tetapi susah)
  • Malas dan tidak melakukan apa-apa (negatif) adalah lebih mudah dari membaca buku-buku ilmiah, mengikuti program-program keusahawanan, dan mencuba perkara-perkara baru untuk berjaya (positif tetapi susah)
  • Mencari alasan (negatif) adalah jauh lebih mudah dari berusaha tanpa henti (positif tetapi susah)
Akibat pemikiran, tutur kata dan perbuatan yang negatif adalah lebih mudah, maka itu yang kita sering lakukan. Psikologi manusia akan melakukan apa yang mudah (negatif) berbandingkan apa yang susah (positif).
Tanya pada diri sendiri, adakah kita benar-benar berusaha (positif) atau kita sering mengambil jalan mudah tidak berusaha dan menyalahkan orang lain? (negatif)
Sebab itulah juga, kita sebagai manusia sering lebih mudah mencari kesilapan orang lain, dan bukan kesilapan diri kita sendiri.
Bayangkan pasangan suami isteri yang sedang bergaduh, dalam keadaan marah dan tertekan, masing-masing bertengkar menyalahkan satu sama lain. Kesemua perbuatan dan kelakuan negatif akan di ungkit-ungkitkan. Maklumlah, sedang marah (negatif).
Sekiranya negatif yang kita fikirkan, maka negatif lah yang kita dapat lihat dan cari. Negatif sahaja yang kita nampak. Dalam pertengkaran suami isteri tersebut, si suami akan menyalahkan isteri- ini tak betul, itu tak betul. Dan isteri pula akan menyalahkan suami- ini tak betul dan itu tak betul.
Dalam keadaan pemikiran negatif, yang positif tidak dapat dilihat.
Pernah tak anda mengalami keadaan ini? Hanya melihat negatif sahaja dan bukan yang positif.

Ianya terjadi pada semua orang. Maklumlah, kita manusia…

Berita baiknya adalah, pemikiran positif adalah tabiat. Ianya bergantung pada individu tersebut.
Sesetengah individu, tidak kira dalam keadaan apa pun akan bersabar dan berfikir positif. Anda mengenali orang sebegini?
Ini kerana, individu tersebut telah mengamalkan pemikiran yang positif sejak dulu lagi dan ianya telah sebati dan menjadi tabiat dalam diri sendiri. Mereka sering melihat perkara-perkara yang positif sahaja oleh kerana itu yang di cari. Tidak suka mencari negatif dan melihat negatif kerana mereka tahu, sekiranya negatif yang di cari, dalam segala kebaikan pastinya mereka akan jumpa yang negatif juga.
Pernah saya bersama seorang yang sangat negatif, seorang rakan saya satu ketika dulu. Sambil berbual, tersebut mengenai seorang kenalan lama kami.
“Eh, si polan (seorang ahli perniagaan berjaya) tu baru-baru ni bina yayasan nak bantu keluarga-keluarga yang susah dikampungnya” saya kata.
Jawab rakan saya itu “Alah… dia tu dari dulu suka menunjuk!”

????

Orang yang negatif pastinya akan lihat yang negatif- walaupun dalam sesuatu kebaikan. Sekiranya negatif yang dicari, maka negatif lah yang akan kita jumpa. Sekiranya negatif yang difikirkan, maka negatif juga yang akan di pertuturkan dari mulut.
Sejak itu, saya telah jauhkan diri darinya. Kerana saya tahu, sekiranya saya bersama orang yang negatif, lambat laun saya juga akan terkesan dan menjadi negatif seperti mereka.
InshaAllah, saya tidak rugi. http://bit.ly/2kkNEXq
Dalam mencapai kejayaan, pemikiran, kata-kata dan perbuatan positif adalah penting. Mereka yang negatif, tidak akan berjaya. Itulah hakikatnya.
Nak tahu bagaimana peranan MINDSET DALAM menentukan kejayaan? KLIK SINI

http://bit.ly/2kkNEXq

Semoga bermanfaat

Saturday, September 28, 2019

[ PERCUMA] CARA MUDAH DESIGN POLA KAIN DUYUNG


Teks: Eryna Taylor



Berminat dengan kain duyung? Terasa nak jahit sendiri? Beli sahaja.. hulur duit dapat kan?... tapi saya pernah ada pengalaman alter kain duyung , di mana bahagian pinggang besar dan longgar, bahagian punggung juga sama, itulah kelemahan pakaian beli, cantik, tapi bukan saiz kita.
.
.
Cara design kain duyung ni mudah sangat, ni formulanya:

1) Pinggang = ukur keliling bahagi 4.

2) Punggung = sama je bahagi 4, tambah 1 inchi 1/2 @ 1 inchi pun ok..terpulang nak longgar mana, ketat sgt pun tak best gak

3) Kembang duyung =Standard Ukur 21 inchi dari pinggang ke bawah dan design la nak kembang mana duyungnya, terpulang, pastikan lebar kain sama dengan ukuran yang kita nak tu, kalau lebar kain tu tak mencukupi, ambillah mana yang dapat.

4) Labuh= Cam biasa , standard bawah buku lali, labuh sikit takpe, nak singkat sikit atas kehendak kastemer kita.
.
.

Ok itu sahaja pasal pola, next saya share lagi pasal nak gunting pola pula.
.
.
Impian kita tukang jahit ni nak berkembang ke peringkat lebih tinggi kan? kita bermula secara SOLOPRENEUR, iaitu seorang diri, kemudian ada pekerja, then kalau boleh nak bukak kilang sendiri.
.
.
Bila dah tahap ada pekerja, kita kena sustain dan maintain pekerja plak untuk berkembang, tapi macammana caranya? Nak tak saya tunjukkan satu panduan bagaimana nak kembangkan sesuatu bisnes yang kecil bermula dengan modal minima? Jika nak KLIK SINI YE..

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq

Dapatkan ILMU yang sangat berharga ni, dan boleh jana side income pasif tiap-tiap  bulan.. haa tak nakk ke?


ADAKAH TERLEWAT UNTUK CAPAI KEJAYAAN?

Teks: Eryna Taylor


ADAKAH TERLEWAT UNTUK CAPAI KEJAYAAN?
FOTO KREDIT IK

Mungkin umur anda sudah cecah 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun? bila tengok kembali, terasa terlewat pula untuk capai matlamat mulakan perniagaan.
Mana taknya, zaman ini, zaman Internet- hanya yang muda mudi sahaja yang pandai Internet. Bagi kita yang dah bergelar ibu-ibu atau bapa-bapa dan anak semakin membesar, kita rasa ianya tak sesuai pula untuk mulakan perniagaan. Walaupun satu ketika dulu berminat untuk mulakan perniagaan.

1. Ramai usahawan yang berjaya adalah pada lingkungan umur 30-an dan 40-an…

Bukan 20-an. Sememangnya terdapat kumpulan minoriti yang berjaya dalam perniagaan ketika muda, seperti saya sendiri mencapai matlamat RM1juta pada umur 25 tahun. Tetapi, ini hanyalah minoriti- kumpulan yang sangat kecil.
Lebih ramai lagi mencapai kejayaan perniagaan ketika 30-an, 40-an dan lebih. Bak kata, yang 5 series pun ada!
Anda pernah makan KFC? Pastinya pernah bukan. Colenel Saunders (pakcik berjanggut berpakaian putih tu) mencapai kejayaan perniagaan ketika berumur 70 tahun. Bila beliau bermula? Beliau bermula ketika 60 tahun. Jadi, apa lagi alasan kita?

2. Sebagai insan yang telah berpengalaman lama dalam hidup…

Tentunya anda lebih bijak dalam membuat keputusan perniagaan. Pengalaman jatuh bangun hidup, pengalaman bersama orang ramai, pengalaman mengambil keputusan, pengalaman network dan kenalan yang makin ramai, dan banyak lagi…
Kesemuanya ini akan memberi kelebihan pada diri anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Kelebihan ini tidak dimiliki oleh muda-mudi dalam lingkungan umur belasan tahun atau 20-an. Jadikan kelebihan kematangan pengalaman ini sebagai kekuatan anda dalam memulakan perniagaan.

3. Dunia sekarang dunia Internet dan Internet hanya untuk muda mudi sahaja yang pandai Internet?

Jawapannya adalah perlu belajar. Dulu anda tidak pandai membawa kereta. Tetapi, selepas belajar di kelas memandu perlahan-lahan anda akan tahu juga memandu kereta.
Sama juga dengan teknologi. Kalau tak pandai Facebook, Instragram, Google marketing, Email marketing dan sebagainya, tiada alasan untuk tidak belajar. Pastinya kini kematangan fikiran kita sudah tahu bahawa untuk berjaya, perlukan usaha dan ilmu.
Kejayaan perniagaan tidak mengira umur. Sekiranya itu matlamat kita untuk mulakan perniagaan, anda berhak memberi peluang ini kepada diri anda sendiri. Jangan lagi dilewat-lewatkan. Lagi kita tunggu, lagi kita akan rasa takut memulakan perniagaan dan tidak mulakan lagi.
Apa sahaja memerlukan ilmu dan usaha. Tidak kira umur, sememangnya kewajipan kita untuk terus mencari ilmu yang bermanfaat. Memulakan perniagaan juga adalah peluang mempelajari sesuatu yang baru!
Artikel Kredit Blog IK

Khas untuk anda yang berusia 30++,40++,50++,60++, ketahui dengan lebih lanjut mengenai ebook panduan bagaimana untuk mengembangkan bisnes bermula dari kecil hingga ke peringkat Antarabangsa, di SINI

  http://bit.ly/2kkNEXq
  http://bit.ly/2kkNEXq
  http://bit.ly/2kkNEXq

PSSSTT: Jana pendapatan pasif + ilmu lagii.. tak nak ke?

3 CARA MUDAH MURAH REZEKI


Teks :Eryna Taylor




Kredit FB PAGE IK

Kata orang rezeki tak pernah salah alamat, memang betul , tapi rezeki datang kepada kita berdasarkan cara atau amalan kita sendiri .. Jom tonton video Otai  kat atas ni cara mudah murah rezeki.

Jika anda nak tahu lagi details pasal rezeki ni, IK ada panjang lebar cerita kat klik ni, JOM KLIK

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq

Friday, September 27, 2019

7 JENIS PEMBERIAN UNTUK MENDAPAT REZEKI


Teks : Eryna Taylor


FOTO KREDIT GOOGLE


Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Memberi akan memurahkan rezeki kita. Tidak semestinya beri wang, ada pelbagai pemberian yang boleh memurahkan rezeki kita setiap hari dan hanya memerlukan sedikit sahaja usaha.

Berikut adalah 7 pemberian yang anda boleh berikan untuk murah rezeki!

1. Beri senyuman

Senyuman adalah sedekah. Senyuman bukan sahaja akan mengundnag senyuman balas dari orang lain, tetapi juga senyuman akan membuatkan hati dan diri kita tenang dan bersyukur dengan apa sahaja rezeki Allah swt.

2. Beri kata-kata yang baik

Beri semangat dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.
“Allah swt memberi rahmat kepada orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan” Hadis Riwayat Ibnul Bubarak.

3. Beri sedekah kepada mereka yang memerlukan

Harta benda tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah. Malah, kita akan mendapat ganjaran yang lebih banyak lagi apabila membantu mereka yang memerlukan.

4. Beri makanan kepada haiwan

Beri sedekah bukan hanya pada manusia. Kepada haiwan juga adalah makhluk Allah swt yang dijadikan kerana bersebab. Kalau ketika kucing datang minta makanan di kedai, berilah sedikit. Keajaiban rezeki akan datang pada anda InshaaAllah.

5. Beri hadiah kepada orang tua

Gembirakan orang tua akan memurahkan rezeki kita. Tak semestinya barangan mahal, pemberian yang kecil juga akan menggembirakan mereka. Bak kata mat salleh, It’s the thought that counts.

6. Beri usaha yang tekun dalam kerja yang dilakukan

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun” Hadis Riwayat Abu Daud.

7. Beri pemberian surprise kepada Suami atau Isteri!

Gembirakan suami dan isteri sentiasa. Apa kata lakukan hari ini! Rezeki rumah tangga tiada ternilainya!
Yakinlah bahawa rezeki itu adalah jaminan Allah swt pada mereka yang mengusahakan rezeki itu.
Jika anda masih tercari-cari teknik mudah untuk jana pendapatan tanpa sebarang modal,jom klik sini:
Seriusss....tak perlu bayar satu sen pun..

Wednesday, September 25, 2019

TEKNIK DAN CARA CANTUM KURUNG PESAK BULUH ( siri 1 )

Teks : Eryna Taylor


Salam sejahtera pembaca sekalian, hari ni saya nak  kongsikan satu topik berkenaan cara cantum baju kurung pesak buluh, atau lebih dikenali dengan baju kurung tradisional. Panduan mudah ini saya  kongsikan khas untuk yang tak mahir langsung menjahit, bagi yang mahir, mungkin cara saya berbeza dari anda. Foto - foto berikut menunjukkan cara cantuman tersebut.

Baju kurung pesak buluh terdiri daripada :

a) 2 keping kain depan belakang.
b) 4  keping pesak. ( 2 kiri 2 kanan)
c) 2  keping kekek
d) 1 pasang lengan ( kiri kanan)







[ PERCUMA] DAFTAR + ILMU+ DUIT TEPI , TAK NAK KE??


Teks: Eryna Taylor



Jom Buat Duit Dengan Menjahit
foto: Ihsan Google
Untungnya Jadi Tukang Jahit, walaupun bisnes ni secara off line tapi ia masih relevan sekarang, selagi ada manusia di muka bumi Allah ni, selagi itu mereka perlukan pakaian.

Anda sangat beruntung jika pandai menjahit dan dalam masa yang sama buat jugak bisnes affiliate secara online, affiliate adalah cara paling mudah untuk jana pendapatan sebab semuanya ada disediakan oleh owner,kita just promosi sahaja.

Menjahit adalah kategori SOLOPRENEUR, kita melakukan semuanya seorang diri dari mengukur, melakar pola, menggunting, dan menjahit. Nak tahu tak bagaimana teknik & strategi nak kembang kan bisnes jahitan ni? Target kita adalah untuk: http://bit.ly/2kkNEXq

1) Bina Akademi Jahitan, 
2) Butik, 
3) Kedai Pakaian, 
4) Mengajar,
5) Atau menghadap tempahan pakaian yang bertimbun, 

Semua target berikut perlu ada strategi & teknik tertentu untuk berkembang..http://bit.ly/2kkNEXq

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan panduan terbaru untuk kembangkan perniagaan jahitan anda, sangat lengkap, mudah faham, dan boleh  terus praktikkan hari ini juga.

Picit Sini.




psttt:... cepat..jangan ketinggalan, lepas join PERCUMA dapat plak duit tepi..haa tak nak ke?


[ TERBARU] BAGAIMANA ONE-MAN SHOW SOLOPRENEUR BERKEMBANG KE GLOBALPRENEUR DENGAN MODAL MINIMA

 Teks :Eryna Taylor

 Nak berjaya dalam bisnes kena ada MENTOR, hati kita kadangkala bolak balik nak ke tak nak teruskan pengorbanan mengejar impian yang kita impikan selama ini.Kadang kala kita stress dan hampir putus asa.

 http://bit.ly/2kkNEXq

Tapi bila saya dah dapatkan panduan yang penuh sarat mengandungi support dan strategi yang betul dalam mengejar impian, saya rasa lebih bersemangat nak hadapi hari-hari yang akan datang ni,

Bagaimana panduan ini membantu? Jom tgok Video ni dulu ye..

LIVE TOUR Training Center IKSB BARU! JOM tengok!!! 😎🐣

Posted by Irfan Khairi on Wednesday, 25 September 2019

TOTURIAL MUDAH KECILKAN PINGGANG JEANS YG BESAR



Teks: Eryna Taylor

Dah belanja 500rm untuk sehelai jeans baru tapi tiba-tiba pinggang besar pulak, apa nak buat? http://bit.ly/2kkNEXq,  jangan panik, video di atas akan tunjukkan cara kecilkan pinggang jeans yang besar tu. Ni cara ke 2 dimana sebelum ni saya ada tunjukkan cara kecikan dengan jahitan tepi kiri kanan..

Tercari-cari cara nak jana pendapatan online tanpa modal, jenguk sini ye... seriusss tak perlu bayar satu sen pun..

http://bit.ly/2kkNEXq

Moga bermanfaat.

7 JENIS COTTON YANG MENYERAP PELUH, NO 2 YANG PALING BEST

Teks: Eryna Taylor


FABRIK COTTON

Majoriti masyarakat Malaysia gemar fabrik kapas. Sifatnya yang serap peluh dan selesa sesuai dengan cuaca di Asia adalah sebab utama kenapa fabrik ini laku. Kain ini asalnya daripada serat kapas. Kebanyakannya, ia dijadikan bahan untuk membuat kemeja, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Ciri – ciri kain kapas:

⦁   Nyaman dan ringan
⦁   Kain terasa sejuk dan sifatnya juga berbentuk
⦁   Kotoran dari makanan dan minyak mudah hilang jika guna sabun pencuci.
⦁   Boleh dicuci dengan tangan mahupun dry clean

Buat anda yang suka kain jenis ini pasti mempunyai jenis kain kapas tertentu yang anda gemari. Bukan satu jenis sahaja, malah ada beberapa jenis lagi fabrik yang anda perlu tahu. Ini antara 7 jenis kain cotton terbaik yang anda perlu tahu.

1. English Cotton

• Tidak berbulu selepas dibasuh berkali-kali
• Lembut
• Mempunyai ketebalan kain yang sederhana

2. Satin Cotton
• Bilangan benang yang padat
• Sedikit berkilat di bahagian luar
• Senang untuk gosok

3. Chiffon Cotton
 
• Kain lembut
• Beralun
• Ringan

4. Swiss Cotton
• Kain lembut tapi tebal
• Senang digosok
• Tidak mengecut selepas dibasuh
• Stretchable

5. Georgetta Cotton
• Tebal & tidak panas
• Tidak mudah berkedut
• Strechable
• Lebih mudah dari segi penjagaan

6. Korean Cotton Gred 4S
• Bilangan benang yang cukup padat
• Tidak berbulu & mengecut setelah dibasuh berkali-kali.
• Tidak berasa panas & serap peluh
• Tidak jarang, jadi anda tidak perlu meletakkan lining
• Lembut pada kulit
• Senang untuk gosok

7. Crepe Cotton
• Kain sederhana tebal
• Lembut dengan permukaan yang bergerutu
• Mudah dijaga dan tidak berkedut
• Selesa dan tidak panas

Masih tercari-cari cara mudah nak jana pendapatan tanpa modal? jangan lupa jenguk sini ye:

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak