Thursday, August 27, 2020

7 WARNA TUDUNG YANG SESUAI JIKA PAKAIAN WARNA BIRU, YANG LAST TU MEMANG WARNA KEGEMARAN

 

Teks : Eryna Taylor

                                           
                                                                           Kredit : google

Hari ni mungkin lari sikit dengan topik, admin ada soalan dari kastemer warna apa yang nak disesuaikan tudung  pakaian yang kita nak pakai kan, pic di atas adalah sumber dari google, admin nak ulas sedikit.

jika warna pakaian kita adalah warna biru muda, maka tudung yang sesuai yang boleh kita pakai adalah biru tua, hitam, atau kelabu.

Jika pakaian kita warna biru tua pula , tudung yang sesuai untuk kita pakai adalah coklat, biru ,hijau lembut.

Kesimpulannya, jika warna pakaian kita warna lembut.Tudung pula elok warna terang, dan warna tua, begitulah sebaliknya, jika pakaian kita warna terang or tua warnanya, tudung elok warna lembut supaya ia berlawanan.

ok tak info ni, harap membantu, next admin will share pakaian warna lain pula, korang nak warna apa? sila komen dibawah.

 

Boothstrap adalah satu langkah penting untuk mulakan sesuatu perniagaan tanpa hutang. Nak tahu maklumat lanjut mengenai BOOTHSTRAP? APAKAH IA. KLIK SINI

Monday, August 17, 2020

MENGAPA SAYA MEMILIH JAHITAN PAKAIAN?

 

Teks: Eryna Taylor

                                                             

ehemm, ehemm, gambar dia  atas sekadar hiasan , hari ni admin nak bercerita kenapa admin memilih bidang pakaian berbanding jahitan lain, sedangkan persaingan punyalah ramai, dalam dunia online, itulah pentingnya membina BRANDING, sebab, dengan branding inilah orang akan bertumpu kepada hasil servis or produk kita.

Melalui branding pelanggan akan setia kerana diorang dah trust kepada kita, hasil servis kita dah memang bagus dan mereka akan puas hati.Bagi admin sendiri , kita mesti all outkan kita punya servis untuk mengukuhkan trust pelanggan dengan hasil jahitan or servis kita.

Bidang jahitan terbahagi kepada :

  • Pakaian ( Lelaki, wanita, kanak-kanak)
  • Jahitan beg.
  • seluar.
  • tudung
  • Langsir.
  • dan banyak lagi jenis jahitannya.

Nak ikutkan, kita kena reserch bidang apa yang banyak permintaan untuk buat duit dalam bidang ni, bagi admin pakaianlah yang menjadi pilihan utama.

bagaimana pendapat anda pula?

kongsikan

semoga bermanfaat.

' Saya dalam ke kelas dengan pakaian clener, pandangan sinis mat saleh saya tak endahkan'. Nak tahu lebih lanjut? KLIK SINI

 

Saturday, August 15, 2020

BERAPA UKURAN KAF TANGAN PAKAIAN WANITA?

 Teks: Eryna Taylor.


                                               

Kredit : Google

Sape suka kaf yang bentuk seperti diatas ? bagi admin kaf tersebut kemas dan cantik jika kena pada jahitannya. Maksudnya kat sini, kekadang kaf tu longgar dan nampak besar ia tak nampak kemas.

jika nak nampak kemas dan elegent dengan jenis kaf tangan begini,ia mesti padan dan fit dengan saiz lengan.

Ada yang suka lebar dan sebaliknya. Ukuran standard bagi kaf pakaian wanita hanyalah satu inchi sahaja,jika nak lagi lebar terpulang kepada si pemakai.

admin banyak dapat tempahan kaf sebegini. Next admin akan kongsikan bagaimana nak ambil kaf dan pakai pada hujung tangan ok.

Semoga bermanfaat.

 

Teknik kembangkan bisnes ke peringkat GLOBAL tanpa hutang? Nak tahu caranya? KLIK SINI

 

Semoga Bermanfaat.

Wednesday, August 12, 2020

43 JENIS LEHER YANG MANA ANDA SUKA?

 Teks : Eryna Taylor

                                                           

Hari ni admin nak sentuh sedikit topik pasal leher baju, terdapat pelbagai jenis leher baju yang sedikit sebanyak menjadi daya penarik bagi sehelai pakaian.

Bagi admin leher biasa yang dijahit pada baju kurung tradisional biasanya leher bulat, tapi ditambah 4 inchi bagi memuatkan kepala masuk, dan memang itulah leher standard baju kurung.

Bagi blause dan pakaian lain ia bebas, seperti gambar, ia satu daya penarik seperti garis leher U, garis leher segiempat, dah leher jenis hati.

Apa pun leher bulatlah pilihan hati admin kerana ia mudah, dan simple,customer pun tak kisah sangat pasal leher ni sebenarnya, janji pakaian tu selesa dan kemas.

Apa jenis leher pilihan anda dan mengapa?

Boleh komen kat bawah tak?

 

Bagaimana nak capai tahap jutawan tahap global? KLIK SINI

 

Monday, August 10, 2020

11 JENIS LENGAN FESYEN YANG MENAMBAH DAYA TARIK SI PEMAKAI,YANG NO 10 TU TREND SEKARANG.

 

Teks : Eryna Taylor

 

Kredit Google

2,3 hari ni admin berminat ulas lanjut mengenai fesyen di lengan, bermula dengan kaf yang simple, yang susah, yang beropol, smoking sehingga sekarang fesyen lengan kembung , samada di bahu atau hujung tangan

Apa pun tujuan fesyen tangan ni nak nampak jenis pakaian tu cantik dan menarik, bila orang pandang, orang akan nampak fesyen di lengan baju kita. Betul kan,

Bagi admin, dah memadai fesyen lengan, tapi badan buat simple biasa je, tak nampak serabut.

Bagaimana pula pendangan anda , kongsikan..

 

Semoga bermanfaat.


Orang kata jika berjodoh muka kita ada  seiras dengan pasangan, betul ke? nak tahu lebih lanjut KLIK SINI

Sunday, August 9, 2020

SENANG KE SENANG NAK JAHIT KAF HUJUNG TANGAN?

 

Teks : Eryna Taylor


Kredit Google

Kaf ni lagi cantik dan kemas, biasa jahit kat hujung tangan kemeja, or blause wanita.

Next saya akan tunjuk cara jahit dan ambil kaf ye..

Stayed tune.

 

Friday, August 7, 2020

TEKNIK MUDAH JAHIT SMOKING DI HUJUNG TANGAN

 Teks: Eryna Taylor

 

                                    

                                                                     kredit : Google

 

Ni nama nya jahitan smoking hujung tangan, admin sangat suka jahitan  getah hujung tangan ni sebab ia berstail dan nampak cantik.

Smoking hujung tangan ni biasanya dijahit pada baju kurung moden, blause, jubah dan pelbagai jenis pakaian lain ikut suka korang or customer.

Cara jahit plak kita kena sediakan benang getah, letak disekoci, lilit guna tangan sahaja, kemudiaN seperti biasa benang atas macam biasa.

Tandakan lebih kurang 1 inchi, buat 5 line, jahit ikut line tersebut,

bila dah siap hasilnya akan jadi seperti dalam gambar.

Nak detail cara jahit smoking hujung lengan? Komen "Nak" dibawah. Nanti saya kongsikan.

Semoga Bermanfaat.

 

VIDEO PERCUMA BAGAIMANA MENJADI KAYA .KLIK SINI

Thursday, August 6, 2020

SEPASANG PEPLUM YANG CACAT


 Teks : Eryna Taylor


Hari ni admin nak cerita sikit pengalaman semasa menjahit sepasang peplum di bawah. Al kisahnya semasa admin first year belajar jahit, admin nekad untuk belajar semua jenis pakaian, perempuan, lelaki dan kanak-kanak. The big Why time tu, aku nak jana pendapatan sendiri tanpa perlukan majikan.

So, time tu pakaian  yang nak jahit adalah peplum.Kita masih blur katak, berapa meter nak kena beli kan, bila dah jahit, last2 tak cukup, beba baju fesyen.

The basic is my mentor said 4 meter untuk baju  kurung.kita pun ingat, 4 meter untuk semua jenis baju tau, hehe, rupanya baju fesyen kena laa lebih sikit , nak best 5 meter.

Back to baju yang dah siap kat bawah kan, sebenarnya baju ni tak cukup kain, tapi dapat cover dengan perca dekat kedai guru jahitan saya.

so, semangat time tu kuat, kita berjaya gabungkan warna untuk menghasilkan sepasang kurung yang cantik tanpa memperlihatkan kecacatan sebenar pakaian tu tak cukup kain

Alhamdulillah, disebabkan pengalaman itu saya berjaya menjadi seorang taylor yang berkualiti.

Semoga bermanfaat.

 

Tuesday, August 4, 2020

5 SEBAB KONSEP “Customers Always Right” TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI


Teks :Eryna Taylor

                                       

Konsep “Customers Always Right” pada asalnya dicipta oleh Harry Gordon Selfridge pada tahun 1909. Beliau merupakan pengasas kedai serbaneka Selfridge di London.

Ayat ini banyak digunakan oleh peniaga untuk meyakinkan pelanggan yang mereka akan mendapat perkhidmatan terbaik dan meyakinkan pekerja untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sebenarnya, konsep ini perlu ditinggalkan.

Ini adalah sebab-sebabnya:

1. Pekerja Rasa Tak Gembira

Konsep “Customers Always Right” pasti akan menyebabkan konflik antara pelanggan dan pekerja. Seorang usahawan, Gordon Bethune yang bertanggungjawab mengembangkan Continental Airlines selalu menyebelahi stafnya sendiri apabila berlaku konflik.

Bagi beliau, kesetiaan pekerja sangat penting dan apabila pelanggan membeli tiket, tidak bermakna mereka berhak menyalahgunakan pekerja. Beliau lebih mempercayai pekerjanya berbanding pelanggan yang kadang kala mempunyai permintaan yang keterlaluan.

2. Memberi Kelebihan Kepada Pelanggan Yang Biadab

                 

Penggunaan slogan “Customers Always Right” menyebabkan pelanggan boleh meminta apa sahaja yang mereka inginkan. Para pekerja menjadi lebih sukar untuk bekerja memenuhi permintaan mereka.

Permintaan untuk pelanggan biadab juga akan dipenuhi dan ini sangat tak masuk akal. Alangkah lebih baik jika hanya perlu memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan yang beradab dan sopan.

 

3. Ada Sesetengah Pelanggan Tak “Sihat” Untuk Perniagaan Kita

Banyak perniagaan yang menyangka lebih banyak pelanggan adalah lebih baik. Tetapi, ada sesetengah pelanggan tidak baik untuk perniagaan. Di luar negara, ada syarikat yang mengambil tindakan tegas jika pekerja mereka dilayan dengan biadab oleh pelanggan.

Mereka akan membatalkan kontrak dan memecat pelanggan tersebut. Mereka mengambil serius maruah pekerja dan bukannya kiraan rugi dan untung semata-mata.

4. Boleh Menjejaskan Perkhidmatan Pelanggan

                 

Jika kita meletakkan pekerja sebagai keutamaan, nescaya para pekerja akan meletakkan pelanggan menjadi keutamaan. Pekerja juga akan berasa gembira dan seronok untuk bekerja apabila kepentingan mereka terjaga.

Apabila mereka gembira semasa bekerja, mereka akan memberikan layanan yang terbaik untuk pelanggan. Jika sebaliknya berlaku, apa yang pelanggan boleh harapkan hanyalah budi bahasa dan layanan baik yang penuh dengan kepura-puraan.

5. Ada Pelanggan Yang Memang Bersalah

Adakah pelanggan selalu betul? Pastinya tidak. Konsep ini boleh dianggap sebagai pengkhianatan terbesar kepada para pekerja. Ada pelanggan yang melampau sehingga mengganggu polisi syarikat dan peraturan.

Pelanggan sebegini sememangnya bersalah dan perlu disisihkan. Perniagaan akan menjadi lebih baik tanpa pelanggan yang biadab dan menyinggung perasaan pekerja.

Sumber Rujukan: https://www.huffpost.com @ majalahlabur.com

 

Semoga Bermanfaat.

 

" Saya kerja tukang cuci selama 2 tahun untuk membeli Laptop pertama saya." Dalam tempoh tersebut saya pernah dicaci dan dihina oleh majikan saya iaitu seorang Mat Salleh, atas satu insiden yang saya sendiri tak terduga". Nak tahu kisah lanjut KLIK SINI.

3 PERKARA YANG MENYEBABKAN MENGANTUK SEMASA MENJAHIT DAN CARA MENGATASINYA.

Teks : Eryna Taylor

                                                

 

Pernah tak terjadi kepada korang  tetiba mengantuk time menjahit? Banyak faktor yang menyebabkan mengantuk secara tetiba antaranya:

a) Makan terlalu kenyang 

  • Punca yang utama sekali, admin pun memang sering mengantuk bila perut dah kenyang.
  • Cara atasinya, makan jangan terlalu kenyang, cukup untuk alas perut jika kita masih banyak jahitan, kain dan kerja yang sewaktu dengannya.

b) Tak cukup tidur.

  • Biasanya jika kita terlalu risau akan sesuatu perkara contohnya, kain bertimbun tak siap lagi untuk potongan or kemasan, due date dah dekat, kastemer nak datang ambil, kita pun risau.Keadaan ini biasa juga admin alami kerana sikap kastemer, terlalu mendesak sehingga kita stress. So, waktu kita jahit tu, fokus dah makin kurang dan kita akan mengantuk dan penat kerana kurang tido.
  • So kat sini tido kena cukup untuk pastikan badan sihat, tumpuan kerja kita lancar dan dapat fokus siapkan jahitan dengan cepat.

c) Penat.

Ada tak faktor lain yang menyebabkan mengantuk ni? Jika ada sila tulis di ruangan komen ye,kongsikan pengalaman anda pula,.

Semoga bermanfaat.

 

Dulu dia ni tukang cuci je nak sara hidup, sekarang dah jadi jutawan tahap global. Nak tahu siapa dia ni? KLIK SINI

 

Sunday, August 2, 2020

KENAPA BAJU KURUNG MAWAR JADI PILIHAN?

Teks: Eryna Taylor


                                                       Kredit : Google                      

Siapa kat sini yang suka dengan design baju kurung ni?, say "I" , hehe, admin pun suka pasal ia sangat berstail dan anggun gitu bila dipakai.

.

Rasa-rasa susah ke nak jahit sepasang kurung mawar ni? harga berapa nak letak? nak plak yang berlining. Tentu bsnysk kerenah kastemer yang nak tempah pakaian ni.

.

Mungkin ada yang nak berlining penuh, ada yang lining baju sahaja, kain tak nak, ada yang nak atas sahaja berling, baju bawah biar saja, dan macam-macam cara nak bergaya punya pasal.

.

Bagi admin itu ikut citarasa masing-masing, kita pun ikutkan saja citarasa pelanggan kan.

.

Ok, the key point is admin nak tumpu pada cara :

  1. LAKAR POLA
  2. POTONG KAIN
  3. JAHIT SIAP
  4. DAH BOLE PAKAI!.SIAP


Ok, tu pada next entry ok, stay tuned!

.

Dulu dia ni Tukang cuci je, tapi sekarang jutawan tahap global.. Nak tahu siapa dia KLIK SINI

.

Semoga Bermanfaat.

7 CARA MUDAH CANTUM KEKEK PESAK GANTUNG YANG CANTIK DAN KEMAS

Teks: Eryna Taylor.

Hai readers terutama bagi mereka yang masih tercari-cari cara cantum kekek baju kurung pesak gantung dengan kemas dan cantik, jom lihat bagaimana cara cantum tu.

                                                     
                                                                         Kredit : Google

Sediakan 2 keping kekek seperi gambar, ini adalah untuk satu bahagian baju ye, sebenarnya ada 4  keping kekek.

 

 

 

                                                                       

                                                                        Kredit : Google

Kemudian, Jahit pada bahagian yang serong ye, tanda dengan kapur penanda untuk elakkan dari terbalik.Ramai yang failed bahagian ni,terutama yang baru belajar, jika salah jahit, baju tak menjadi nanti, kena tetas semula dan ia makan masa.

                                                                           
                                                                          Kredit : Google

 

Dah siap jahit, cari bahagian pesak , temukan dibahagian tengah, tanda dengan kapur, Cantumkan, nak mudah start dari tengah.

                                                             
                                                                           Kredit : Google

 

Beginilah keadaan pesak dan kekek apabila bercantum.

                                                                 

                                                                             Kredit : Google

Kemudian cari bahagian tangan, cantumkan seperti di dalam gambar dan jahit macam biasa.

                                                             
                                                                               Kredit : Google

Beginilah rupa selepas dijahit pada bahagian tangan, jika nak kemas, gosok setiap bahagian jahitan, buka basi, sembur air nak matikan lipatan untuk kelihatan kemas.

Semoga Bermanfaat.

Dulu tukang cuci je, sekarang jutawan tahap global. Nak tahu siapa dia ? KLIK SINI

Wednesday, July 29, 2020

3 SEBAB KENAPA GAUN PENGANTIN HARGA RIBU RIBAN


Teks : Eryna Taylor

Kredit Google


Sekadar ingin berkongsi, saya pernah menjahit pakaian pengantin anak cikgu saya, 2 lapis kain, luar lace bermanik, dalam satin tebal,saya ingat lagi, ia berwarna biru muda.

Dari proses potong, jahit dan kemasan ia sangat memakan masa, seingat saya berikut adalah 3 sebab utama kenapa baju tu agak sukar untuk disiapkan cepat. Antara sebabnya adalah seperti berikut.

  1. KAIN LACE BERMANIK SIAP DAN RAPAT.
Ia sukar kerana memakan masa untuk buang dulu lace yang ada, terutama pada bahagian jahitan tapak mesin yang merisikokan jarum patah. Selain tu laluan kita nak jahit tepi tu pun kena pastikan ia clear untuk elak kejadian jarum patah pada mesin jahit tepi.


       2. JARUM SELALU PATAH MEYEBABKAN PROSES JAHITAN LAMBAT.

Seingat saya, ada 4 batang jarum yang patah semasa proses jahitan dress tersebut.Bila tukar jarum, kadang-kadang mata jahitan pula yang tak stabil, kena adjust dulu bagi ok dan cantik, dah siap puas hati baru sambung menjahit.


       3. KERJA MEMOTONG KAIN 2 KALI

Pakaian lining memang mengambil masa, proses menyiapkan pakaian biasa tanpa lace pun agak lama, ni kan pula yang bermanik penuh. Inilah penyebab mengapa pakaian jenis begini agak mahal double dari harga biasa.

Dan penyebab ini jugalah  harga gaun pengantin ribu riban.

Ini berdasarkan pengalaman saya, mungkin anda di luar sana ada pengalaman yang tersendiri, boleh ceritakan di ruang komen ye.

Moga bermanfaat.

Saturday, July 25, 2020

7 JENIS MATA ASAS JAHITAN DAN CARA JAHIT


Teks :Eryna Taylor

Sumber : sifukreatif.blogspot.com


1. Jahitan Kia
  • Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.
  • Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin.
  • Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.
  • Berikut adalah langkah jahitan kia:
  • Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum pada A dan keluarkan  jarum pada B dengan jarak  1  mm hingga 2 mm.
  • Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.
  • Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari A.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.


2. Jelujur Halus
  • Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.
  • Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesen.
  • Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  • Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


3. Jahitan Sembat
  • Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.
  • Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
  • Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.
  • Berikut adalah langkah jahitan sembat:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
  • Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30°.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


4. Jahitan Lilit Kemas
  • Digunakan untuk mengemaskan tepi fabrik.
  • Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan palang.
  • Berikut adalah langkah jahitan lilit kemas:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebela luar fabrik dan tarik jarum ke arah penjahit.
  • Jahit sehingga siap – matikan dengan jahitan kia.


5. Jahitan Lubang Butang
  • Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.
  • Berikut adalah langkah jahitan lubang butang:
  • Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.
  • Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.
  • Tarik benang dan susup di bawah jarum.
  • Jahit sehingga siap.
  • Matikan jahitan dengan jahitan kia.


6. Jahitan Silang Pangkah
  • Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.
  • Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:
  • Jahit dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan jahitan kia.
  • Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.
  • Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.
  • Matikan dengan jahitan kia.


7. Jahitan Insang Pari
  • Jahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.
  • Berikut adalah langkah jahitan insang pari:
  • Jahit dari kiri ke kanan.
  • Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A.
  • Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.
  • Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.
  • Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

Thursday, July 23, 2020

3 KELEBIHAN KAIN SONGKET


Teks: Eryna Taylor


 

Sumber Google


Amat jarang saya dapat kain songket untuk tugasan menjahit. Saya sendiri adalah peminat kain songket sebenarnya. Jom semak apakah kelebihan kain songket.
  1. SENANG JAHIT
Kain songket senang jahit pasal dia tak licin, kena belek dengan teliti mana betul mana terbalik.Ingat lagi semasa first time saya jahit baju kakak sendiri, kain songket warna oren, nak buat sepasang, baju je ok, kain terbalik, songket ni kalau tak belek betul-betul kita akan berisiko cantum terbalik.


     2. NAMPAK MEWAH & ELEGENT.

Bergantung pada warna, biasanya warna mewah adalah warna cerah, seperti biru, merah, purple, pink, kuning dan apa saja warna asas. seperti gambar di atas, warna purple tu nampak mewah,kena kreatif pilih warna yang buat pakaian tu nampak menarik.


     3. MUDAH DIDAPATI.

Songket ada pada setiap kedai pakaian, ia menjadi pilihan individu jika nak bertunang atau berkahwin, namun di zaman sekarang kebanyakan individu lebih memilih  kain sifon berlining satin untuk buat baju pengantin.

Namun songket tetap menjadi pilihan disebabkan ciri dan kelebihan yang ada pada kain itu tersendiri.
Ada tak rasa-rasanya kelebihan songket yang lain boleh komen ye.

Moga bermanfaat,

Ehh dulu dia ni tukang cuci je...sekarang dah jadi jutawan.Nak tahu siapa dia? Klik SINI


DULU TUKANG CUCI, SEKARANG JUTAWAN TAHAP GLOBAL


Moga bermanfaat.

Thursday, July 16, 2020


Teks :Eryna Taylor



[ K𝙄𝙎𝘼𝙃 𝘽𝙀𝙉𝘼𝙍] 5 Cabaran 𝕄𝔼ℕ𝕁𝔸ℍ𝕀𝕋 Bagi Pemula.





Benda ni sering terjadi pada sesiapa sahaja yang mula nak belajar menjahit. Jom tengok apa cabaran itu, ini berdasarkan pengalaman sendiri, saya kongsikan.

𝟷) 𝗧𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗻𝗮𝗸 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗺𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗹𝗮𝗷𝘂/ 𝗺𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗷𝗮𝗵𝗶𝘁 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶..

- Jika anda baru nak menjahit biasanya guru jahitan akan syorkan anda guna mesin goyang dulu, kemudian baru beralih ke mesin laju, kat sini pepandailah adjust kaki untuk control laju mesin industri tu ya, kalau tekan sikit guna kaki, ia tak laju mana pun, kelebihan kat sini, jika guna mesin jahit Industri, kita boleh siapkan berapa puluh pasang tempahan pakaian  dengan cepat, selain tu, jika fabrik tebal  lulus je jika lalu bawah tapak mesin mesin jahit ni. Situasi ni depends gak pada saiz jarum.


𝟸) 𝗧𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗚𝘂𝗻𝗮 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗝𝗮𝗵𝗶𝘁 𝗧𝗲𝗽𝗶

- Dulu saya pun pernah alami situasi ni, semua harapkan Guru jahitan saya Acik Anis buat, tapi dia encourage kena pegang dan buat sendiri, masih ingat lagi kain pertama yang saya jahit tepi pakaian ibu saya sendiri, hasilnya , awesome walaupun jahit tepi tu ada bahagian yang tak kena. lepas sepasang baju tu, saya jadik seronok sangat setiap kali jahit tepi,tak susah manapun , cuma perasaan kita saja sebelum bermula.

𝟹) 𝗧𝗮𝗸 𝗬𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗡𝗮𝗸 𝗗𝗿𝗮𝘄 𝗣𝗼𝗹𝗮,

Pola penting sebelum menggunting kain, cabaran yang paling kuat sekali bila nak hasilkan pola seluar melayu, kurung moden, dan pola pakaian berfesyen yang lain, namun kita kena konsisten berlatih, fahamkan dan selalu draw pola tersebut hingga mahir, semuanya perlukan masa.

𝟺) 𝗧𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗡𝗮𝗸 𝗚𝘂𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗶𝗻./𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗶𝗻.

-Ni bagi sesetengah orang la,ada yang berani walaupun baru first time gunting kain, ada yang tak yakin pada kebolehan diri, apa pun kita kena buat sampai mahir, Bila Dah mahir rasa takut tu akan hilang. Salah potong kain tu biasa, kadang-kadang lupa basi,dan bayak lagi insiden yang jadi, .

𝟻)𝗝𝗮𝗵𝗶𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸

-Dah namanya newbie, jangan bandingkan dengan hasil jahitan otai, otai buat laju, kemas dan cantik, kita ni terkial-kial nak siapkan jahitan satu  baju, senget sana sikit, jahitan double, baki tetasan tak kemas, mata jahitan senget, dan tak reti matikan jahitan pun selalu terjadi.

Ada 1001 cabaran lagi bagi anda nak bermula menjahit.Apa pun jangan lah putus asa jika jahitan kita yang pertama tak seindah dan secantik otai, teruskan, buat sampai jadi, buat sampai pandai, yang penting MINDSET kena jaga untuk jayakan sesuatu

Cerita pasal mindset ni ada dihuraikan panjang lebar oleh satu panduan, yang mana kita kena jaga sangat untuk sustain & maintain dalam bisnes jahitan ni,

Nak tahu lebih lanjut.?

TEKAN SINI


Moga bermanfaat

#erynataylor
#pakarrepairdanjahitpakaian

Monday, July 13, 2020

5 CARA BUAT DUIT DENGAN MENJAHIT (CERITA 1)


Teks : Eryna Taylor


Hai readers , hari ni jom kita bincangkan betul ke ada kemahiran menjahit ni boleh buat duit? pada pendapat saya, ye, jika kena dengan cara target audiensnya.
Saya ingat lagi pada mulanya saya tak target langsung saya ni akan ada dalam industri jahitan, dulu semasa sekolah saya pelajar kelas atas, yang ambil subjek kerja profesional yang merangkumi subjek sains tulen, fizik, kimia, biologi. Seingat saya, kerana result PMR saya  bagus, jadi saya follow kelas tu atas saranan guru-guru dan ikut kawan-kawan.
Sedangkan pada waktu tu, saya boleh je pilih subjek elektif ERT, seperti jahitan, memang kursus tu ada pada zaman sekolah.Jadi saya habiskan zaman persekolahan, tingkatan 4 dan 5 dengan berada di kelas yang paling atas, belajar subjek sains tulen dan matematik tambahan. Result SPM saya okey walaupun tak secemerlang pelajar lain.
Saya dapat tawaran kolej pada 2003, saya pergi dengan mengikuti kursus Sains Komputer, all everything about how to develope the sistem guna coding,pembangunan laman web, tapi just belajar, tak sempat mahir, diploma saya seolah-olah taklaku.
Saya pulang ke kampung selepas tamat belajar, kerja biasa, duk dengan mak ayah,setahun dah rasa boring semula,saya kuatkan diri untuk ke KL semula, tahun 2007 saya ambil kursus Pegawai tiket kapal terbang, saya kursus selama 3 bulan lanjutan, macam-macam jadi kat sana, Akhirnya saya sedar kerja glammour yang saya kejar itu tak sesuai dengan saya.
Saya balik semula ke desa, menyesal bukan kepalang, duit dah habis hasil keja “lagha” saya, kerja tah kemana, masa terbuang, harapan keluarga dan orang kampung pun hampa. Sijil dari kursus TRANSAIR hanya dipos ke rumah. Masa konvo saya tak pergi pun kerana saya attend convo diploma di Kuala Lumpur. Nasib Kelas transair yang saya follow lulus sepenuhnya, kalau tak lulus pun sijil akan dikirim juga kerana semuanya dah bayar. Begitulah sebenarnya syarikat swasta buat duit, gagal, lulus, semuanya akan ok juga jika kita bayar.
Jika fikir semula, if saya kerja di bidang ini mungkin saya akan jauh dari Allah SWT. ibadat mungkin tinggal, tak solat, juga risiko keselamatan juga mungkin ada, saya mungkin juga akan jadi hamba  kerja, melainkan saya berenti dan cari kerja lain.
Tahun 2008, akhirnya saya bekerja sebagai pembantu Cyber hanya di pekan tempat saya, mak menyarankan saya kerja dekat, hanya berulang dari rumah, dan keselamatan saya terjamin, apa-apa terjadi dia tahu, dan berlaku dalam pengetahuan dan depan mata dia sendiri.
Ehhhh…. mana ceritanya cara menjahit buat duit tu? HAHA….Stay tuned!

Dulu Tukang cuci sekarang dah bergelar jutawan peringkat Global. Nak tahu siapa dia ha klik sini TUKANG CUCI

Jangan risau ye, nanti kita sambung, bahagian 2 pulak, bagaimana saya buat duit  melalui jahitan ni.


Friday, July 10, 2020

HIDUP CUMALAH SEBUAH ILUSI


Teks : Eryna Taylor


Releks jap...

Hidup kadang-kadang sebuah ilusi kan,, moga bermanfaat video di atas.

Moga bermanfaat, comment setuju di bawah.


5 AKTIVITI BUAT DUIT PARA TAILOR KETIKA PKP❤️


Teks :Eryna Taylor.


SABARLAH HADAPI PKP


Sekarang Malaysia dah di fasa pemulihan Covid 19, alhamdulillah, apa pun ni adalah artikel yang mana berguna dilakukan semasa pkp peringkat pertama dulu, sekarang alhamdulillah negara kita dah ok, kedai pun dah buka seperti sedia kala. Jom kita kongsi apakah jenis aktiviti yang boleh dilakukan ketika PKP ni?
.
1) JAHIT MASK.

Permintaan mask sangat tinggi ketika ini berbanding pakaian kerana ia penting untuk dipakai kemana saja especially bila nak keluar rumah.banyak pola percuma di laman social, bole try jahit dan pastikan tak dijual dengan harga yang tinggi. igt menjahit sambil bersedekah.
.
2) JUAL BARANG JAHIT ONLINE

Kebanyakan tukang jahit stress ketika ni sebab kedai fizikal tutup dan susah nak dapatkan barang keperluan , so sesiapa yang menjahit dirumah dan ada stock barang jahit lebih boleh buat annoucement, iklan dan war-warkan untuk dijual secara online pada sesiapa yang memerlukan barang- barang tersebut.
.
3) JAHIT TEMPAHAN PAKAIAN RAYA

Saya sendiri jahit pakaian raya yang customer hantar awal sebelum KPK lagi, tempahan mesti disiapkan, biasanya customer ni tetap nk amik pakaian mereka, so hati mereka mesti kena jaga, dan inilah juga salah satu lubuk duit bagi kita.
.
4) MENULIS / BERKONGSI ILMU JAHITAN

Tulislah apa-apa artikel yang bermanfaat seperti pengalaman, nasihat, dan sesuatu idea yang positif semasa peringtah kawalan ini, jangan menulis sesuatu yang berbau negatif , sindiran,dan perkara-perkara yang mengguris hati dan perasaan masyarakat.
.
5) LEBIHKAN IBADAT

Haa.tak lama lagi nak puasa, Ramadhan coming soon, dalam tempoh ni kita dah mula boleh berlatih untuk lakukan ibadah sunat dengan lebih kerap untuk menghadapi puasa nanti, kejarlah gandaan pahala yang berlipat kali ganda untuk mendapat kebahagiaan di akhirat kelak.

.
Amacam? kalau rasa artikel ni bermanfaat sila share ye..
OPPSSS
.
Dapatkan lebih info jka nak buat lebih banyak duit tepi untuk raya ni..Picit link dibawah

OPSSS
OPSSS
OPSSS
.
Moga bermanfaat

Thursday, July 9, 2020

5 PERKARA WAJIB YANG KENA ADA SEMASA MENJAHIT


Teks: Eryna Taylor.

Jarum , talitape, benang adalah peralatan asas dalam jahitan.


Hai readers, hari  ni saya nak ulas sedikit mengenai beberapa perkara wajib yang kita kena ada semasa menjahit .
.
MESIN JAHIT.

Sangat penting adanya mesin jahit, dah namanya menjahit kan, tak kiralah yang 'old school" ke seperti mesin goyang, portable, mesin jahit industri semuanya punya value yang tersendiri untuk menghasilkan sesuatu jahitan. yang penting jahitan siap cepat dan mata jahitan kemas. agi saya yang paling best adalah mesin jahit industri, boleh jahit pakaian walau sebanyak mana pun disamping ia laju.
.
 BENANG DAN JARUM.

Ni dah ada siap-siap kat mesin jahit. Jika menjahit dengan tangan, ada je jarum dan benang untuk tangan punya. Tujuan khas bagi kemasan  untuk sesuatu pakaian.
.
 GUNTING DAN SNIPER

Tujuan asal gunting untuk potong kain, ada gunting khas untuk potong kain, tak boleh bercampur gunting kain pada kertas or sebarang objek lain untuk elak gunting daripada tumpul. Gunting juga boleh digunakan untuk potong benang.
Sniper adalah alat seperti gunting kecil, yang digunakan khas untuk potong benang. Sniper tak boleh guna untuk gunting kain, khas untuk benang sajah, saya hanya guna sniper untuk gunting benang kerana ia kecil, mudah dan ringan untuk mempercepatkan proses jahitan.
.
TALITAPE DAN PEMBARIS.

Talitape guna untuk ukur badan orang, pola, dan 1001 kegunaan lain based on sifatnya. pembaris pula guna semasa lakar pola, ada yang lurus dan lengkung, bergantung pada masa mana kita nak guna.
.
PENSEL, PEMADAM, SURAT KHABAR ,KERTAS MINYAK UNTUK POLA.

Walau dah expert or pemula, pola sangat penting untuk dilakar bagi mengelak kesilapan dan bagi menjimatkan masa. 
.
Kita harus bijak merancang kerja bagi mendapatkan hasil yang memuaskan..
.
Semoga bermanfaat.
.
Ehhh... dulu seorang tukang cuci, sekarang dan bergelar jutawan bertaraf Global. Nak tahu siapa tu? KLIK SINI

KLIK SINI
KLIK SINI
KLIK SINI

Next entry stay tuned!

Sunday, July 5, 2020

7 SEBAB KENAPA SERONOK SANGAT BILA PANDAI MENJAHIT.


Teks : Eryna Taylor



Menjahit adalah skill atau kemahiran yang mempunyai 1001 faedah apabila dipraktikkan. Nak tahu tak apa faedah-faedah tersebut?

Jom follow toturial dia atas, semoga membantu.

Jangan sia-siakan minat yang ada, kita kena tekun mengembangkan minat dan bakat, seumur hidup pun takpe, kerana kejayaan akan datang pada perkara yang dimana kita punya minat yang tinggi.

Beberapa tahun yang lalu, bermula tahun 2012, saya dah start belajar menjahit, nak kata minat tu tak lah, minat saya mula mendalam bila dah siap satu baju kurung, saya ingat lagi, waktu tu baju kurung tu kain biasa je, jahitan tak cantik lagi, tapi bangga sangat dapat menjahit.

sejak itu saya nekad untuk belajar lebih mendalam lagi ilmu jahitan segala pakaian, termasuk pakaian lelaki, kanak-kanak dan khasnya wanita,

the moral is buat sampai jadi jika ada minat..

Nak tak saya tunjukkan cara bagaimana nak kembangkan perniagaan kecil-kecilan ke peringkat Global Antarabangsa.. klik sini

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq

Moga bermanfaat.

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak