Monday, October 31, 2016

Bergembiralah..hidup hanya sekali

Teks : Arina Hussin


Syukur alhamdullilah, masa berlalu sangat pantas, 2016 hampir ke penghujung, esok sudah masuk bulan November, bermakna ada dua bulan lagi untuk habis tahun ni. Bagiku, selagi diberikan nafas, bermakna peluang itu sentiasa ada bagi merialisasikan  impian bergelar jutawan. Sejak aku mahir menjahit, aku sangat gembira , punya kebebasan masa, berbanding sebelum ni menjadi pekerja di bawah majikan. Terasa kekangan masa untuk diri sendiri melakukan aktiviti yang disukai terbatas.mungkin ini rezeki Allah yang aku kena gali dan kaji lagi untuk mencapai impian kerana mendapat kebebasan masa. Aku nekad menjadi seorang usahawan, mencapai taraf tukang jahit professional, dan memiliki butik sendiri, sebagai balasan nya, aku mencari seorang mentor yang berpengalaman, membaca lebih banyak buku yang berkaitan, pergi seminar, kemudian yang paling penting bertindak, insyaallah, sedang berusaha ke arah itu.

Hidup hanya sekali, biarlah jalan yang dipilih dalam menentukan kerjaya adalah betul berdasarkan minat. Dengan ini, laluan yang dipilih itu mudah kerana ia datang tanpa paksaan, masih ramai di luar sana yang masih lagi bekerja kerana terpaksa, bukan mudah nak tinggalkan kerja yang sedia ada, lebih lebih lagi duit perlu digunakan setiap hari, namun jika kita nekad berubah ke arah  impian, kita mampu mengubah haluan ke arah impian itu. Pilih lah jalan kerjaya yang serasi, yang sesuai mengikut naluri, agar tidak menyesal di kemudian hari, kerana hidup hanya sekali. Yang penting , kita gembira sentiasa dengan kehidupan yang hanya sementara ini dan bersyukur atas kurniaannya.

Sekian, semoga  bermanfaat.

Saturday, October 29, 2016

Kikay.. teman yang setia. : )

Teks : Arina Hussin.


Pada 5 bulan lepas lahirlah kikay, kikay sangat comel dan lincah, sesiapa yang memandangnya timbul rasa kagum  akan kelincahan nya. Kikay sangat memahami apabila dipanggil makan, tidur, semua dituruti dengan pantas sekali. Pulang kerja aku banyak habiskan masa dengan kikay. Dia comel dan seolah olah memahami ku. Penatku seharian hilang begitu saja, benarlah kata orang, bila kita pandang dan bersama dengan sesuatu yang disayangi, bahagianya rasa hati.

Kikay banyak meluangkan masa bersamaku ketika aku cuti, dia menemaniku hampir sepanjang waktu, terutama ketika menanam bunga di rumah, minatnya seakan ada juga bersamaku. Ketika aku bersedih , kikay tetap disampingku, seolah- olah mengerti apa masalah yang aku alami. Kalau dia boleh membantu, mungkin dah lama dia lakukan. Mungkin...

Aku tak tahu selama mana kikay disampingku, samada aku yang pergi dulu atau pun dia, apa pun aku sangat bahagia, bersyukur, walaupun kikay seekor kucing , keistimewaannya dia cukup memahami, dan melebihi nilai seorang manusia untuk ku jadikan teman suka dan duka. Syukran.

Sekadar coretan penghargaan buat kikay tersayang. : ) .. Sekian

Alatan Menjahit

Teks : Arina Hussin

Foto : 


Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan alatan jahitan yang wajib ada ketika ingin menjahit selain mesin jahit dan kain. Rajah diatas adalah alatan jahitan tersebut. Ia terdiri daripada 

a) Alatan mendraf terbahagi kepada pembaris sesiku dan pembaris melengkung. Alatan ini sangat penting untuk semua jenis pakaian semasa mendraf, untuk mendapatkan garisan dan ukuran yang tepat. Ia wajib ada untuk  memulakan lukisan pola yang tepat dan cantik. Biasanya semasa mendraf kertas minyak digunakan, selain surat khabar yang saiznya besar dan panjang. Sila google image untuk mendapatkan gambar alatan tersebut.

b ) Alatan mengukur terdiri daripada pita ukur dan pembaris. Pita ukur banyak jenisnya di kedai - kedai. Setiap satu pita ukur sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Ada yang besar ada yang kecil. Bergantung kepada tukang jahit, pita ukur mana yang menjadi pilihan. biasanya saya menggunakan pita ukur yang sama setiap kali mengukur, walaupun dikedai acik ada tiga jenis pita ukur, kami diberi pita ukur masing- masing. Pembaris pula adalah pembaris lurus kayu. Biasanya ia digunakan bersama dengan alatan mendraf.

c) Alatan menekan terdiri daripada seterika dan bod seterika. Alat ini penting untuk menekan fabrik bagi memudahkan untuk dijahit , disamping mendapatkan pakaian siap yang kemas apabila pakaian siap dijahit. Ia juga digunakan untuk melekatkan  kertas gam tebal dan nipis pada fabrik.

d) Alatan menggunting pula terdiri daripada gunting dan sniper. Gunting terdiri daripada gunting kertas dan gunting fabrik. Gunting fabrik  yang mempunyai hujung tajam biasa menjadi pilihan kerana ia mudah untuk menggunting bahagian sempit contoh di bahagian hujung leher atau dibahagian fly seluar baju melayu. Sniper adalah sejenis  gunting kecil . Saya suka menggunakan sniper ketika menggunting lebihan benang ketika di mesin berbanding dengan gunting fabrik. Ini kerana saiznya yang kecil, mudah dan potongan benang  lancar dan kemas.

e) Alatan menanda terdiri daripada kertas karbon dan kapur. Kertas karbon terdiri daripada pelbagai warna. Biasa nya kertas karbon digunakan untuk menanda jubah, kurung moden, baju melayu dan pelbagai baju fesyen. Kertas karbon digunakan bersama roda surih.  Kapur pula digunakan untuk menanda bahagian yang ingin dijahit agar jahitan tepat, disamping memudahkan jahitan tepat mengikut ukuran.

f) Alatan lain seperti jarum peniti, treader, jidal dan peretas. Kegunaan jarum peniti adalah untuk melekatkan kepingan fabrik bagi memastikan jahitan kemas dan tidak kembung.ia  penting bagi memastikan  jahitan kemas dan cantik. Peretas pula digunakan untuk menetas benang yang salah di jahit, atau digunakan untuk membuka benang bagi ubahsuai pakaian. Menetas benang memerlukan kesabaran yang tinggi agar kain yang lembut tidak terkoyak dan menyukarkan jahitan semula pada fabrik.

Cukup untuk entri kali ini, moga bermanfaat,

Sekian.

Friday, October 28, 2016

Kenapa Jahitan Pakaian?

Teks : Arina Hussin

Salam sejahtera sahabat sekalian, entri kali ini saya ingin kongsikan mengapa saya memilih bidang jahitan pakaian berbanding jahitan beg dan langsir. Ya memang saya meminati semua bidang tersebut,memilih bidang pakaian menjadi pilihan utama kerana saya rasakan pakaian menjadi pilihan utama pada musim perayaan berbanding beg dan langsir. Pada musim perayaan, memang tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pakaian yang bertimbun. Selain tempahan juga biasanya pelanggan akan membuat banyak permintaan untuk ubahsuai pakaian seperti potong kaki seluar, potong labuh jubah, potong labuh tangan serta kecilkan atau besarkan pakaian. Melalui pengalaman inilah jahitan pakaian lebih luas dari beg dan langsir. Mungkin juga langsir mendapat sambutan hangat pada musim perayaan, namun bagi saya, jika tak tukar langsir pun tidak mengapa, pakaian lagi penting.

Jahitan beg juga mendapat tempat di hati saya, namun ketika ini saya menumpukan sepenuhnya pada jahitan pakaian, kalau ada pun jahitan beg, mungkin untuk kegunaan sendiri sahaja.Jika berpeluang ,saya juga berminat membuka bisnes dalam jahitan beg pula. Moga Allah permudahkan segalanya.

Menjahit pakaian adalah bermusim, kadangkala bila waktu tiada tempahan, ia adalah rezeki masa terluang untuk melakukan perkara lain yang bermanfaat. Di waktu terluang itulah saya banyak melayari Internet, membaca buku- buku motivasid an menghias rumah. Ia adalah aktiviti rutin sehingga sukar  saya meninggalkannya.

Masa yang terluang panjang adalah satu bonus untuk belajar perkara - perkara baru.Kadangkala saya gemar juga mencuba resepi masakan baru, gurunya adalah ibu sendiri, melalui pengalaman masakan ibu yang simple, tetapi sedap inilah saya berjaya memahirkan diri dalam hampir  semua jenis masakan. Terima kasih mak, jasamu dikenang, budimu disanjung.

Apapun jahitan adalah kerjaya utama, saya tidak pernah menyesal memilih kerjaya ini, bahkan ibu juga menyokong dan berbangga dengan kemahiran dan pencapaian saya hingga ke hari. Alhamdulillah. Cukup coretan kali ini, syukur Yaa Allah atas kurniaan rezeki yang kau berikan padaku. Aminn..


Pola kain susun tepi

Teks : Arina Hussin

Foto :


Salam jumaat yang mulia, seperti yang dijanjikan hari ini saya akan berkongsi mengenai pola kain susun tepi . Pola kain ini senang difahami dan dilakarkan kerana bentuk kain susun cuma segi empat. Pola ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya :

a ) Basi kain = 1 inchi @ 3/4 ukuran talitape

b) Ukuran punggung =Contoh disini saya menggunakan 21 inchi jika ukuran punggung seseorang itu adalah 42, ia tidaklah terlalu tepat, jika inginkan kelonggaran sila tambah 1 @ 1/2 inchi ikut keselesaan.

c) susun kain= minimum ukuran adalah 6 inchi, maximum 7, bergantung pada lebarnya lerang lain semasa menggunting. 

d) labuh kain = pola dilukis berdasarkan labuh dari ukuran pinggang ke buku lali.


Sekian, kita jumpa di entri seterusnya, cara menggunting kain susun tepi.

Terima kasih.


Thursday, October 27, 2016

Cara ukur kain susun tepi kiri

Teks : Arina Hussin

Foto :


Entri hari ni berkaitan cara ukur kain susun tepi kiri. Ia sama saja dengan susun tepi kanan namun yang membezakan cuma cara meletak zip. Bahagian ukur kain susun terbahagi kepada 3 iaitu.

a) pinggang ( ukur keliling pinggang dengan talitape) 
b ) punggung ( ukur keliling punggung kemudian bahagi 2)
c ) labuh kain ( ukur dari pinggang turun  hingga kebuku lali kaki) 

* sila rujuk gambar di atas.

Ukuran menjadi mudah jika ikut kain contoh. Kain susun tepi kiri atau kanan biasanya dipadankan dengan baju kurung tradisional . Ia menjadi pakaian formal untuk wanita yang berkerjaya, di samping ia merupakan pakaian kebangsaan. Ia sentiasa mendapat tempahan yang tinggi terutama menjelang musim perayaan dan pada majlis keraian , acara rasmi dan majlis - majlis lain. 

Kain susun tepi juga dipadankan dengan uniform sekolah. Dari sinilah sebenarnya pelajar dilatih untuk memakai pakaian formal hingga ke alam pekerjaan. Ia selesa, longgar , simple dan berstail. Kain susun kelihatan  kemas apabila tempat susun di jahit untuk memudahkan ia digosok dan ia menambahkan lagi kekemasan si pemakai.

Cukup untuk entri kali ini, entri akan datang saya akan kongsi kan pola kain susun , cara menggunting dan cara menjahit.

Sekian , moga bermanfaat.

Tuesday, October 25, 2016

Tempahan Majlis Pernikahan

Teks : Arina Hussin.


Berikut merupakan tempahan jahitan baju untuk nikah/ bertunang ( lelaki , wanita , kanak- kanak  ( 1 keluarga sedondon)

a ) Harga tempahan baju nikah / bertunang lelaki
     ( Jubah / baju melayu  cekak musang atau teluk belanga / kot )

* Yang biasa          = rm 250
* lining                   = rm 300
* Campur warna  = rm 250

b ) Harga tempahan baju nikah / bertunang wanita
      ( kurung moden, kebaya, maxi dress + ( butang tempah)

* Yang Biasa = rm 190
* Lining         = rm 200

c ) kanak - kanak perempuan

* Baju kurung ( rm 25.00 / rm 35.00)
*Gaun               ( rm 40.00)


* Harga akan berubah mengikut jenis material kain seperti kain lace biasa, kain              chiffon lace, manik dan sequin.

Sekian. Sebarang pertanyaan whapss sy di talian 0179476881.

Terima kasih.

Monday, October 24, 2016

Senarai harga baju berlining ( 2 kali Harga Tempahan )

Teks : Arina Hussin


Berikut adalah harga tempahan pakaian bagi baju berlining.


1) Baju kurung biasa (Lining penuh baju +kain)     = rm 80.00
                                       (Lining baju sahaja )                = rm 60.00

2) Kurung Pahang / kurung riau/ pesak gantung  
                                     ( Lining penuh baju + kain )  = rm 90.00
                                     ( Lining baju sahaja )              = rm 70.00

3) Baju kebaya / kurung moden / peplum
                                      ( Lining penuh baju + kain ) = rm 140.00
                                       ( Lining baju sahaja )            = rm 90.00

4 ) Blaus wanita         ( baju sahaja )                         = rm 80.00


* Tambahan harga akan dikenakan  untuk :


a ) Cuff tangan baju                                        = rm 12.00

b ) Leher  cheong Sam / mandarin              =  rm 12.00

c ) Tambah getah hujung tangan                 = rm 10.00

d ) Butang biasa                                              = rm 5.00

e ) Butang tempah                                          = rm 10.00

f ) Zip sorok ( jahit di hujung tangan )       = rm  10.00

g ) Zip besi ( jahit di hujung tangan )          = rm 12.00

h ) butang ketip                                               = rm 4.00


* Bayaran tambahan berdasarkan pada jenis kain, samada kain bermanik, bersequin    ( labuci), @ berbatu - batu  yang akan menyebabkan jarum tumpul @ patah.


* Untuk pelanggan yang menempah pakaian melalui pos laju , harga tempahan tidak    termasuk  Pengeposan & penghantaran.



Sekian , sebarang pertanyaan whatapps sy di talian 0179476881.
 

Terima Kasih.
                                 

Kain Pasang Bermanik.

Teks : Arina Hussin.

Foto :


Hari ini saya ingin kongsikan  berkaitan kain pasang bermanik yang ketika ini hangat di pasaran. Kain jenis ini boleh dikatakan ada di setiap kedai dan butik secara keseluruhannya. Manik terdiri daripada manik kecil atau besar. Ada juga manik keseluruhan pada kain.

Pengalaman saya menjahit kain manik keseluruhan adalah maxi dress anak sulung acik apabila ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas, lining dan bermanik, memakan masa empat hari . Terus terang saya katakan memang kain ini sangat mencabar, seingat saya empat jarum patah akibat terlanggar batu manik tersebut. Proses jahitan kain ini bermula ketika menggunting, ia memerlukan ketelitian ketika menggunting kain, takut terkena batu yang kita tak nampak dan gunting jadi tumpul akibat batu tersebut.

Selepas proses menggunting, batu kena ditanggalkan untuk proses jahit tepi , jika tak jarum jahit tepi juga akan patah, ini tidak melibatkan semua bahagian kain, cuma bahagian tepi , dan terdapat manik di tepi bahagian itu.

 Seterusnya, ketika menjahit perlu hati- hati, kita kena urut dan rasa kain bahagian laluan jarum untuk elakkan jarum patah akibat perlanggaran dengan batu tersebut. Ia memakan masa jika dibandingkan dengan kain biasa, dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab itulah kebanyakan tukang jahit mungkin akan letak harga yang tinggi, atas risiko pada jarum. Walaubagaimana pun, ia sangat cantik apabila siap, berbaloi atas kesabaran kita.

Kesimpulannya, kain bermanik cantik, namun ia memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi ketika  dijahit kerana risiko jarum patah. Kerana risiko ini, harga baju siap mungkin agak mahal sedikit berbanding kain biasa. Tambahan pula, ia tidaklah menguntungkan kerana manik dibuang awal - awal lagi untuk mengurangkan risiko gunting tumpul atau jarum patah.

Sekian,  jumpa di entri yang lain. Moga bermanfaat.

Sunday, October 23, 2016

Harga Tempahan Pakaian.

Teks : Arina Hussin


Berikut merupakan senarai dan harga tempahan di Eryna Tailor untuk pakaian wanita, Lelaki dan kanak- kanak.

1) Baju kurung biasa ( ada lapik leher, list, biasa ) = rm 40.00

2) Baju kurung biasa tindih kasih, dan kain susun ( jahit pada susun) =rm 50.00

3) Baju kurung sutera ( biasa ) = rm 50.00

4) Jubah Wanita , lelaki, maxi dress = rm 55.00

5) Baju kurung berpiping ( letak list untuk kemas) = rm 50.00

6. Pesak gantung , kurung pahang, kurung riau ( biasa) = rm 50.00

7. Pesak Gantung ,kurung riau, kurung pahang ( berpiping)= rm 55.00

8. Baju kurung Moden , kurung peplum ( tanpa kain ) =rm 50/ rm 35

9. Baju kebaya + kain duyung / apa sahaja fesyen kain = rm 70.00

10.Baju kurung Moden peplum = rm 70.00

11.Blaus perempuan =rm 45.00

12.Blaus lelaki  berkolar  = rm 60.00

13. Palazo / skirt labuh = rm 35.00

14. Segala jenis kain sahaja tanpa baju ( kain kipas belakang, kain susun tepi, kain selisih depan, duyung, dll = rm 30.00

15. Kurta ( Lelaki ) = rm 55.00

16. Kurta Wanita = rm 55.00

18. Baju Melayu lelaki cekak musang ( sepasang) rm rm 85.00

19.Kemeja lelaki dan perempuan rm 50.00

20. Seluar slek lelaki dan perempuan = rm 40.00

21. Gaun kanak - kanak perempuan = rm 40.00

22. Uniform sekolah kanak - kanak = rm 35.00

23.Baju kurung kanak- kanak perempuan = rm 30.00

24. Baju melayu teluk belanga rm 70.00

25. Baju melayu kanak -kanak lelaki = rm 30.00

26. Palazo @ skirt labuh =rm 30.00

27. Uniform sekolah remaja ( bergantung pada jenis tempahan ) = rm 40.00

28. Jubah riau lelaki = rm 80.00

29. Baju melayu moden = rm 85.00


 Bayaran tambahan berdasarkan pada jenis kain samada kain bermanik, bersequin @ berbatu- batu  yang akan menyebabkan jarum tumpul @ patah.


 Jika anda berminat untuk menempah di Eryna Tailor, whatapps , pm saya di 0179476881,  atau email : arina.hussin@ gmail.com.

Sekian entri kali ini.

Wassalam.

Jenis-jenis tapak mesin jahit industri.

Teks : Arina Hussin


Hari ni saya nak kongsikan berkaitan jenis tapak mesin industri yang biasa digunakan untuk menjahit. Ia terdiri daripada :

1) Tapak piping - untuk kemasan kun @ tali.
                             - Jahit tindih pada bahagian sambungan jahitan.

2) Tapak kedut  - buat jahitan kedut - Contoh : Ropol pada bantal atau skirt kanak-
                                kanak.

3) Tapak Teflon - Jahitan atas permukaan licin.Contoh : Lycra, t.shirt dan plastik.

4) Tapak zip -  jahitan kemasan zip untuk zip biasa.

5) Tapak zip sembunyi - Untuk kemasan zip sembunyi. Terdiri daripada tapak plastik                                              dan tapak besi.

6) Tapak lubang butang - untuk kegunaan lubang butang.

7 ) Tapak kelim - untuk memudahkan jahitan kelim pada kain.


Sekian , moga bermanfaat.


                                             

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak