Foto :
Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan alatan jahitan yang wajib ada ketika ingin menjahit selain mesin jahit dan kain. Rajah diatas adalah alatan jahitan tersebut. Ia terdiri daripada
a) Alatan mendraf terbahagi kepada pembaris sesiku dan pembaris melengkung. Alatan ini sangat penting untuk semua jenis pakaian semasa mendraf, untuk mendapatkan garisan dan ukuran yang tepat. Ia wajib ada untuk memulakan lukisan pola yang tepat dan cantik. Biasanya semasa mendraf kertas minyak digunakan, selain surat khabar yang saiznya besar dan panjang. Sila google image untuk mendapatkan gambar alatan tersebut.
b ) Alatan mengukur terdiri daripada pita ukur dan pembaris. Pita ukur banyak jenisnya di kedai - kedai. Setiap satu pita ukur sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Ada yang besar ada yang kecil. Bergantung kepada tukang jahit, pita ukur mana yang menjadi pilihan. biasanya saya menggunakan pita ukur yang sama setiap kali mengukur, walaupun dikedai acik ada tiga jenis pita ukur, kami diberi pita ukur masing- masing. Pembaris pula adalah pembaris lurus kayu. Biasanya ia digunakan bersama dengan alatan mendraf.
c) Alatan menekan terdiri daripada seterika dan bod seterika. Alat ini penting untuk menekan fabrik bagi memudahkan untuk dijahit , disamping mendapatkan pakaian siap yang kemas apabila pakaian siap dijahit. Ia juga digunakan untuk melekatkan kertas gam tebal dan nipis pada fabrik.
d) Alatan menggunting pula terdiri daripada gunting dan sniper. Gunting terdiri daripada gunting kertas dan gunting fabrik. Gunting fabrik yang mempunyai hujung tajam biasa menjadi pilihan kerana ia mudah untuk menggunting bahagian sempit contoh di bahagian hujung leher atau dibahagian fly seluar baju melayu. Sniper adalah sejenis gunting kecil . Saya suka menggunakan sniper ketika menggunting lebihan benang ketika di mesin berbanding dengan gunting fabrik. Ini kerana saiznya yang kecil, mudah dan potongan benang lancar dan kemas.
e) Alatan menanda terdiri daripada kertas karbon dan kapur. Kertas karbon terdiri daripada pelbagai warna. Biasa nya kertas karbon digunakan untuk menanda jubah, kurung moden, baju melayu dan pelbagai baju fesyen. Kertas karbon digunakan bersama roda surih. Kapur pula digunakan untuk menanda bahagian yang ingin dijahit agar jahitan tepat, disamping memudahkan jahitan tepat mengikut ukuran.
f) Alatan lain seperti jarum peniti, treader, jidal dan peretas. Kegunaan jarum peniti adalah untuk melekatkan kepingan fabrik bagi memastikan jahitan kemas dan tidak kembung.ia penting bagi memastikan jahitan kemas dan cantik. Peretas pula digunakan untuk menetas benang yang salah di jahit, atau digunakan untuk membuka benang bagi ubahsuai pakaian. Menetas benang memerlukan kesabaran yang tinggi agar kain yang lembut tidak terkoyak dan menyukarkan jahitan semula pada fabrik.
Cukup untuk entri kali ini, moga bermanfaat,
Sekian.
No comments:
Post a Comment