Foto :
Hari ini saya ingin kongsikan berkaitan kain pasang bermanik yang ketika ini hangat di pasaran. Kain jenis ini boleh dikatakan ada di setiap kedai dan butik secara keseluruhannya. Manik terdiri daripada manik kecil atau besar. Ada juga manik keseluruhan pada kain.
Hari ini saya ingin kongsikan berkaitan kain pasang bermanik yang ketika ini hangat di pasaran. Kain jenis ini boleh dikatakan ada di setiap kedai dan butik secara keseluruhannya. Manik terdiri daripada manik kecil atau besar. Ada juga manik keseluruhan pada kain.
Pengalaman saya menjahit kain manik keseluruhan adalah maxi dress anak sulung acik apabila ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas, lining dan bermanik, memakan masa empat hari . Terus terang saya katakan memang kain ini sangat mencabar, seingat saya empat jarum patah akibat terlanggar batu manik tersebut. Proses jahitan kain ini bermula ketika menggunting, ia memerlukan ketelitian ketika menggunting kain, takut terkena batu yang kita tak nampak dan gunting jadi tumpul akibat batu tersebut.
Selepas proses menggunting, batu kena ditanggalkan untuk proses jahit tepi , jika tak jarum jahit tepi juga akan patah, ini tidak melibatkan semua bahagian kain, cuma bahagian tepi , dan terdapat manik di tepi bahagian itu.
Seterusnya, ketika menjahit perlu hati- hati, kita kena urut dan rasa kain bahagian laluan jarum untuk elakkan jarum patah akibat perlanggaran dengan batu tersebut. Ia memakan masa jika dibandingkan dengan kain biasa, dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab itulah kebanyakan tukang jahit mungkin akan letak harga yang tinggi, atas risiko pada jarum. Walaubagaimana pun, ia sangat cantik apabila siap, berbaloi atas kesabaran kita.
Kesimpulannya, kain bermanik cantik, namun ia memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi ketika dijahit kerana risiko jarum patah. Kerana risiko ini, harga baju siap mungkin agak mahal sedikit berbanding kain biasa. Tambahan pula, ia tidaklah menguntungkan kerana manik dibuang awal - awal lagi untuk mengurangkan risiko gunting tumpul atau jarum patah.
Sekian, jumpa di entri yang lain. Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment