Friday, October 28, 2016

Kenapa Jahitan Pakaian?

Teks : Arina Hussin

Salam sejahtera sahabat sekalian, entri kali ini saya ingin kongsikan mengapa saya memilih bidang jahitan pakaian berbanding jahitan beg dan langsir. Ya memang saya meminati semua bidang tersebut,memilih bidang pakaian menjadi pilihan utama kerana saya rasakan pakaian menjadi pilihan utama pada musim perayaan berbanding beg dan langsir. Pada musim perayaan, memang tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pakaian yang bertimbun. Selain tempahan juga biasanya pelanggan akan membuat banyak permintaan untuk ubahsuai pakaian seperti potong kaki seluar, potong labuh jubah, potong labuh tangan serta kecilkan atau besarkan pakaian. Melalui pengalaman inilah jahitan pakaian lebih luas dari beg dan langsir. Mungkin juga langsir mendapat sambutan hangat pada musim perayaan, namun bagi saya, jika tak tukar langsir pun tidak mengapa, pakaian lagi penting.

Jahitan beg juga mendapat tempat di hati saya, namun ketika ini saya menumpukan sepenuhnya pada jahitan pakaian, kalau ada pun jahitan beg, mungkin untuk kegunaan sendiri sahaja.Jika berpeluang ,saya juga berminat membuka bisnes dalam jahitan beg pula. Moga Allah permudahkan segalanya.

Menjahit pakaian adalah bermusim, kadangkala bila waktu tiada tempahan, ia adalah rezeki masa terluang untuk melakukan perkara lain yang bermanfaat. Di waktu terluang itulah saya banyak melayari Internet, membaca buku- buku motivasid an menghias rumah. Ia adalah aktiviti rutin sehingga sukar  saya meninggalkannya.

Masa yang terluang panjang adalah satu bonus untuk belajar perkara - perkara baru.Kadangkala saya gemar juga mencuba resepi masakan baru, gurunya adalah ibu sendiri, melalui pengalaman masakan ibu yang simple, tetapi sedap inilah saya berjaya memahirkan diri dalam hampir  semua jenis masakan. Terima kasih mak, jasamu dikenang, budimu disanjung.

Apapun jahitan adalah kerjaya utama, saya tidak pernah menyesal memilih kerjaya ini, bahkan ibu juga menyokong dan berbangga dengan kemahiran dan pencapaian saya hingga ke hari. Alhamdulillah. Cukup coretan kali ini, syukur Yaa Allah atas kurniaan rezeki yang kau berikan padaku. Aminn..


No comments:

Post a Comment

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak