Monday, November 28, 2016

2 TEKNIK MUDAH JAHITAN JUBAH LELAKI


Teks : Eryna Taylor

Foto :
Koler Yang Lebar Memberi Kekemasan Pada Jubah Lelaki



Semalam hari jumaat , hari yang biasanya saya break kerana tiada pakaian untuk dijahit, rezeki semalam agak melimpah kerana ada pelanggan tetap hantar  ubahsuai pakaian dan uniform sekolah lelaki  berupa jubah, entri kali ini saya nak mengulas tentang topik jubah lelaki.

Jubah lelaki sama popular dengan jubah perempuan ketika ini, biasanya, jubah moden biasa juga dijahit ala- ala kurta, cuma yang berbeza kurta kebanyakan atas lutut dan jubah labuh.Pelajar sekolah agama khususnya sekarang lebih utamakan pakaian jubah dari uniform biasa. Tahun lepas pun, ada pelanggan saya yang menempah jubah moden  untuk akad nikah. Mungkin dah biasa di didik dari sekolah, ia selesa sampai ke majlis akad nikah . : )..

Jubah moden menjadi pilihan mungkin kerana ia mudah, ringkas dan elegant, mengikut peredaran masa, begitu juga dengan baju melayu moden yang biasanya zip besi dijahit di hadapan, juga menjadi fesyen pilihan ketika ini,.

Dientry berikutnya, saya akan kongsikan pola dan  cara jahit jubah lelaki.

Tercari-cari cara mudah nak jana pendapatan online tanpa sebarang modal? klik sini ye.

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq


Friday, November 25, 2016

Hujan pagi..

Teks : Arina Hussin

Hari ni hujan pagi, lebat sangat hingga aku cancel nak ke kedai, puas juga aku tunggu sampai pukul 11 pagi tapi tak berenti juga, biarlah hujan rahmat, sekarang memang musim hujan, dan start nak masuk penghujung bulan 11 ni, aku masih ingat ketika banjir besar melanda tempatku pada penghujung 2014, start dari kelantan banjir besar melanda turun ke pahang  tempatku, dah memang boleh agak akan hadirnya banjir itu. Keadaan pada  mulanya normal, aku tak anggap air naik mendadak dan semua ahli keluargaku relaks, kami dah biasa sebab setiap tahun kebelakangan ni, air cuma naik sampai ke tebing, tak pernah sampai ke atas rumah. Waktu itu hujan masih berlarutan, kami masih tenang, tak berniat nak pindah kemana mana.Ayahku dah stanby bot berenjin berwarna biru yang dibelinya beberapa tahun dahulu, takut kami terpaksa berpindah memandangkan hujan masih tak berhenti dan bersedia menghadapj segala kemungkinan.

Nak dijadikan cerita , pagi ahad 26 disember 2014, air naik mendadak melepasi tebing, aku dah mula panik, ayahku segera menyuruh mengalihkan semua kenderaan ke rumah nenek belah emakku pada waktu juga, bimbang air melepasi tebing dan mengalir laju ke rumah, ternyata sangkaan bapaku benar, sampai ke waktu petang air sudah bergerak laju ke belakang, bertemu dengan air paya dan semuanya tenggelam. Aku bertawakal di rumah, semua adik beradikku berada dirumah, air mengalir deras selama tiga hari dari sungai pahang ke bawah rumahku menuju ke belakang. Bermacam perasaan aku rasa ketika itu, sedih, panik, bimbang dan takut. Dalam masa yang sama gembira kerana dapat menyaksikan fanemona yang sebelum ini tak pernah aku alami,kesian ayam peliharaan bapaku, diam terpaku dalam reban, tanpa makanan, cuma kelihatan air mengalir laju membuak -buak tanpa diketahui bila akan berhentinya. Ketika itu, aku diam saja di rumah , bersyukur rumah tak tenggelam, cuma air mengalir laju membawa segala sampah sarap ke belakang rumah.

Selama tiga hari air melimpahi kawasan rumah, setelah itu, air dah mula surut mendadak juga, mungkin turun ke pekan, ke kuantan dan kawasan lain selepas temerloh, aku masih lagi terpaksa bercuti pada minggu tersebut, temerloh lumpuh akibat fanemona banjir dasyat itu, perlukan masa untuk baik pulih dan kerja mencuci. Setelah empat hari berlalu, acik menghantar mesej menanyakan keadaan ku, aku balas semuanya ok, cuma jalan masih berlumpur tebal menyukarkan kenderaan kecil lalu lalang.

Hari kelima, sudah masuk tahun 2015, aku dah mula ke kedai, pakaian sekolah bertimbun tak di jahit, lantaran banjir besar tersebut, keadaan kedai semuanya baik, cuma bangunan bawah sahaja yang tenggelam , aku sambung kembali kerja rutinku, nanti dimarah pelanggan pula, pakaian mereka tak sempat siap.

Kejadian tersebut tak terduga sama sekali, kebanyakan rumah di kampung sebelah semuanya tenggelam, semua harta benda musnah sama sekali, bencana datang tak siapa boleh menghalang,mungkin ini adalah satu hikmah dan pengajaran bagi semua yang terlibat dengan banjir besar tersebut.

Banyak lagi sebenarnya yang ingin ku  coretkan, itu adalah sedikit sebanyak pengalaman yang menyedarkanku  akan kuasa dan kebesaran Allah swt, teruskan bersyukur walaupun kejadian itu sedikit perit untuk dilalui. Sekian coretan kali ini.

Tuesday, November 22, 2016

1001 MANFAAT KAIN GAM


Teks : Eryna Taylor

Foto :



Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk berkongsi satu topik berkenaan kertas gam. Kertas gam terbahagi kepada dua iaitu tebal dan nipis, kertas gam tebal digunakan biasanya pada koler baju melayu, koler jubah lelaki,koler  kurta, cuff perempuan atau lelaki, hiasan pada belakang kain kipas, dan sebagainya,bergantung pada permintaan pelanggan.  

Bagi seluar baju melayu atau seluar slek , terdapat satu jenis lagi kain gam iaitu kertas keras tanpa gam. Kertas ini dijahit di bahagian depan pinggang seluar dan disambung dengan getah lebar yang dipanggil getah seluar, ia agak lebar sedikit berbanding getah kain.

Kelebihan kertas gam keras adalah ia punya gam yang dilekatkan pada fabrik ditekan dengan menggunakan seterika, dan ia mudah dijahit serta kemas. Berbanding dengan kertas keras tanpa gam ia perlu dipin supaya jahitan tidak senget ketika dijahit. Ia berdasarkan jenis pakaian , samada koler , cuff, pinggang untuk gunakan yang ada gam atau tiada.

Bagi kertas gam nipis pula ia biasanya ditampal pada bahagian poket jubah, poket seluar melayu, koler dan sebagainya, ia juga digunakan pada lapik leher jubah wanita, baju kurung,  blaus, dan kolar kemeja. Kelebihannya, ia agak tebal, senang dijahit dan pakaian nampak kemas apabila siap.

Next entri, saya akan kongsikan cara jahit bahagian pakaian menggunakan kertas gam nipis dan tebal, sehingga berjumpa lagi, wassalam.

Tercari-cari cara jana pendapatan  online secara santai-santai? KLIK SINI YER.




Sunday, November 20, 2016

Blaus wanita

Teks : Arina Hussin

Foto :
Blaus wanita. 

Selamat hujung minggu , moga sentiasa ceria dan sihat selalu, hari ni saya nk kongsikan sedikit tentang tempahan blaus wanita, blaus berikut merupakan blaus kakak yang saya ambil masa dua hari sahaja unyuk menyiapkannya. Blaus wanita sekarang sangat popular kerana ia sesuai dipakai kemana-mana dan juga sesuai dipadankan dengan skirt duyung, palazo, seluar panjang lembut, jeans dan seluar slek. Fesyen yang digemari sekarang adalah blaus zip didepan.

Jika kalian berminat untuk tempahan blaus, hubungi saya melalui whatapps, fb , or pm saya di talian 0179476881,  atau jika berminat untuk pembelian pola, dan kelas belajar juga pm no yang sama. Tq.

Wednesday, November 16, 2016

Tuhan, jaga dia untukku : )

Teks : Arina Hussin

Jodoh, ajal dan maut semua di tangan tuhan, diam tak diam sudah empat tahun aku bersama M, anugerah terindah Allah swt berikan pada ku, bermula tahun 2012, pertemuan yang tidak dirancang, pertolongan seorang sahabatku sendiri, ada tahun tersebut, sukar untuk mendekati M , kerana jadual kerjanya yang padat dan mungkin dihatinya bertahta orang lain, cuma kenalan biasa, dan belum tahu latar belakangnya secara details, entah mengapa, aku mengharapkan dia, sedangkan harapan itu belum pasti, aku sabar memanjatkan doa pada yang Esa untuk ku lalui hari mendatang ..adakah dia untukku.?

Tahun 2013,  rasminya perasaan masing- masing. Entah mengapa laluan perasaan M padaku juga mudah, mungkin berkat doa , harapan dan usahaku lurus atas apa yang aku rasa, benarlah, tuhan menyertai apa yang setiap hambanya pohonkan, sedangkan dalam masa yang sama aku tak mengharap sangat M membalas perasaan ini,mungkin hatinya sudah terisi,  serius, namun semakin hari perasaan kami semakin kuat walaupun adakalanya, bergaduh kecil, perasaan tak puas hati itu sentiasa ada mengiringi  perjalanan hidup kami.

Akulah lebih kerap mengalah dan memujuk M setiap ada pergaduhan, sikapku sebenarnya tak mampu nk membenci orang lama- lama, lebih lagi M , jujurnya aku tak mampu, hatiku rasa pedih sangat setiap kali membenci dia, perasaanku tetap nk masalah selesai, kembali normal dan happy. Kalau boleh aku tak nak ada masalah langsung dalam menjalani kehidupan harianku bersama M , walaupun kadang kala nya tak begitu.

Hubungan kami setiap hari makin erat, semoga harapan ku bersama dia Allah akan makbulkan, aku tak boleh menerima insan lain selain M, sebelum ni pun ramai yang bertanyakan ku untuk meletakkan diriku sebagai permaisuri hati mereka.Entah mengapa, aku tolak mereka semua, hatiku cuma ada M. Setiap hari ku sentiasa panjatkan doa agar hubungan ini sentiasa Allah lindung dari segala permasalahan ada jalan rezeki untuk kami hingga ke jannah. AMINN..

Sekadar coretan, untuk insan yang Allah Swt Anugerahkan, moga segalanya mudah seperti apa yang dirancang, tuhan jaga dia untukku. :))



Pengasah kapur jahit

Teks : Arina Hussin

Alhamdulillah, hari ni cuti lagi, saya punya masa yang panjang bagi berkongsi satu lagi alatan jahit yang agak penting untuk kapur jahit iaitu pengasah kapur jahit.


Foto : ihsan dari google

Pengasah kapur digunakan untuk kembalikan kapur dalan keadaan tajam kembali bagi mendapatkan tanda yang tepat dan sharp pada kain. Ini penting bagi mendapatkan ukuran yang tepat apabila mengukur menggunakan talitape apabila siap menanda.

Kapur kain apabila digunakan terlalu kerap maka ia seakan tumpul dan permukaan kapur tidak tajam. Jika kapur itu kecil, memang agak sukar untuk buat tanda pada kain, bagi saya, adalah kurang selesa jika kapur yang digunakan agak tumpul. Sebelum memulakan jahitan, biasanya saya akan asah kapur dahulu, sama macam asah pensil juga, selesa apabila gunakan pensil yang tajam matanya untuk memudahkan kerja.

Caranya mudah saja, masukkan kapur yang tumpul pada gigi pengasah dan gosokkan saja sehingga tajam kembali, semudah a, b, c, . Kebanyakan pengasah kapur terdapat di kedai-kedai yang berhampiran, dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. 

Sekian coretan entri kali ini, semoga bermanfaat.

Tuesday, November 15, 2016

Ebay lubuk duit?

Teks : Arina Hussin

Ebay adalah  satu laman web jualan  yang mana pelbagai jenis barangan dapat diniagakan disamping wujudnya jual beli seluruh dunia. Di Malaysia, ia seperti laman web mudah.my. Pelbagai barangan boleh diniagakan samada yang sendiri atau barangan dropship.

Pengalamanku menjalankan urusniaga di Ebay adalah pada 2009, semasa jadi pembantu cyber, maklumlah waktu itu kerjaku  hanya mengadap komputer sambil melayan pelanggan yang keluar masuk nak guna perkhidmatan internet. Pada masa itu sifu yang bertanggungjawab mengajar  adalah Noorizam Shah. Masih ingat lagi, yuran yang dibayar adalah rm 250, kelas selama 3 jam sahaja dari pukul 2-5 petang. Pada masa itu juga , aku hanya guna ym sahaja, iaitu yahoo messanger untuk kelas tersebut, tulah hebatnya teknologi, kenal pun tidak tapi boleh je belajar kalau ada kemahuan. Sifu tersebut mengajarku bagaimana listing barang hot, dan barang tersebut pasti laku.Aku melakukan nya bersungguh- sungguh,begitu mudah sekali jika dah ada ilmu, segalanya mudah.

Pada keesokannya, barang yang dilisting di web ebay terjual, aku sangat gembira, akaun  paypalku dipenuhi dengan duit usd, sangat gembira tak terkira, benarlah, jika kita usaha dengan cara yang betul, sistem yang betul, mentor yang betul, semuanya akan jadi mudah dan lancar. Aku menghubungi sifuku, dia ucapkan tahniah kerana berkat rezeki, barangan ku ada jualan di Ebay. Dia memintaku melakukan testimonial di websitenya untuk menarik sesiapa yang berminat untuk belajar dengannya cara listing tersebut. Dari pengalaman itulah mindaku terbuka, nak buat sesuatu kena ada ilmu dan mentor, barulah semuanya jadi seperti yang dirancang.

Hampir setahun aku berurus niaga di Ebay. Untung bersih pernah ku perolehi hampir rm 2 ribu ringgit. Betapa seronoknya waktu itu, tapi knowledge ku waktu itu hanya berbelanja, tak ada langsung nak laburkan kembali wang tersebut untuk aset. Sehinggalah satu ketika akaun ebay ku dibanned lantaran secara tak sengaja menjual barangan trademark. Waktu sifuku mengajar, tak ada  plak dia cakap pasal trademark, tapi lepas akaun aku kena banned baruku tahu kesilapan ku, sebenarnya tak ada yang untung sangat kerana kita kena bayar fee ke ebay dan nak transfer paypal ke akaun pun kena charge.

Itulah sedikit pengalamanku di ebay..terselit suka dan duka.. tapi pengalaman itu tersangatlan berharga.



Saturday, November 12, 2016

Pelbagai jenis cuff tangan

Teks : Arina Hussin


Alhamdulillah, hari  ni saya berkesempatan lagi menulis tentang satu lagi topik dalam jahitan berkenaan cuff tangan. Ada pelbagai jenis cuff tangan, samada yang guna gam keras, atau getah. Biasanya cuff tangan dipasang pada pakaian uniform sekolah, jubah wanita, blaus, kemeja lelaki dan wanita, dan uniform sekolah kanak - kanak.

Cuff tangan jenis getah biasanya pada jubah dan blaus wanita. Cuff kelihatan berstail sepadan dengan fesyen baju. Namun cuff jenis ini biasanya tidak tahan lama, getah akan longgar , dan terpaksa dijahit semula jika itu berlaku.

Cuff jenis guna kertas gam keras biasanya ada pada kemeja wanita, lelaki, kurta dan jubah lelaki, juga pada jubah wanita jika ada permintaan, kaff ini teguh dan berstail, ia membuatkan pakaian kelihatan formal dan kemas. Kelebaran bergantung pada permintaan pelanggan , min 3/4 , max 2 stgh inchi.

Saya juga gemar menjahit cuff pada baju kurung moden dan jubah, next entri saya akan tunjukkan cara jahit cuff . Cukup sekadar intro bagi topik ini. Jumpa di entry seterusnya.


Wednesday, November 9, 2016

Cara jahit kain susun tepi ( Bahagian 2)

Teks : Arina Hussin


Hai semua, seperti yang dijanjikan saya akan sambung cara - cara jahit kain susun, kita terus pergi ke bahagian cara jahit bahagian pinggang.


1) Ambil ukuran pinggang. Disini contoh adalah 33 inchi ,menggunakan talitape.              Jenis pinggang ini  adalah pinggang getah penuh.


2) Next, adalah cara jahit penyambung pinggang, kain dalam lipatan dan jahit bahagian tepi seperti ditunjukkan.



3) Berikut adalah cara buat lipatan kain ke dalam penyambung, lipat ikut bentuk kertas gam .


4) Penyambung siap dilipat kemas.



5) Jahit pada hujung bahagian pinggang. Tindih keliling untuk kemasan.



6) Beginilah rupa penyambung yang siap dijahit.



7) Kemudian, ambil pinggang getah  yang siap dijahit penyambung, pin  pada kain bahagian pinggang, dari hujung ke hujung , temukan sama kerana ini adalah tempat cangkuk kain yang bakal dijahit, jika  tidak sama, nanti cangkuk tak boleh dipasang dengan sempurna.



8) Jahit pangkal pinggang seperti kotak untuk lekatkan getah pada kain.


9) Buat jahitan yang sama pada belah susun, kali ini kotak ikut lebar susun kain.



10) Kemudian jahit kain kain seperti berikut.


11) Setelah jahitan habis sampai ke hujung, adjust kain, dapatkan kedutan yang sekata dan kemudian tindih di bahagian tengah bagi mengelakkan getah pinggang berpulas apabila dipakai.





12) Berikut adalah pinggang yang telah siap dijahit tindih. 




 13) Apabila pinggang siap ditindih, buat kemasan di bahagian kaki kain                          dijahit 1/2 inchi sahaja.




14) Akhir sekali , tindih bahagian susun , untuk kain kelihatan kemas dan mudah  digosok. Ini bergantung pada individu, samada susun ini ditindih atau sebaliknya,  ada sesetengah orang tak suka tindih, dan digosok biasa sahaja.




15) Akhir sekali ini lah rupa kain yang siap sepenuhnya dijahit. Selamat mencuba bagi yang baru nak belajar. Moga bermanfaat, jumpa di entri yang lain.













Tuesday, November 8, 2016

[ PERCUMA ] TOTURIAL JAHIT KAIN SUSUN KIRI ( bahagian 1)

Teks : Eryna Taylor


Hari ini topik berkaitan cara jahit kain susun tepi. Mari kita lihat cara jahitan ikut cara saya.


1) Mula- mula letak kain dalam lipatan seperti di atas, tanda pinggang 2 setengah 
    inchi dan letak zip kain ( 8 inchi ) di bawah tanda garisan pinggang, kemudian
    tanda bawah buku zip dengan kapur, dan 3/4 untuk basi jahitan di bahagian tepi 
    kain.  http://bit.ly/2kkNEXq



2) Jahit start dari tanda buku bawah zip hingga ke labuh kain. Ikut tanda basi yang 
    3/4 tadi.



3) gosok basi untuk kemasan kain.



4) Gosok basi jahitan untuk pasang zip 


5) Pin zip pada bahagian zip.



6. Tukar tapak zip kiri



7. Jahit zip 





8) Di bawah merupakan kain yang telah siap dijahit zip dan di tanda pinggang 2 
     Setengah inchi. Kita start buat susunan pula.



9) buat susunan min 6 inchi ke basi , buat 3 susunan saja untuk mengelakkan 
     pinggang terlalu tebal nnti untuk ditindih.






10) Setelah susunan siap jahit atas tempat susun selebar 3/4  tanda lebar pinggang 
       selebar 2 inchi stgh.






Done..! Bahagian 1 cara jahit telah siap, jika ada yang tak faham sila tinggalkan komen. Saya akan sambung cara telak pinggang dan kekemasan yang lain di entri akan datang. Moga manfaat.

Jika anda masih tercari-cari cara mudah untuk jana 4-5 angka sebulan jangan lupa picit link ni ye ..

Klik Sini

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq

































Saturday, November 5, 2016

AL KISAH CORETAN SI TUKANG JAHIT JUTAWAN

Teks : Eryna Taylor


Alhamdulillah.. artikel kali ini berkisar impian sendiri. Walaupun impian masih jauh, namun  ia tetap satu impian yang sedang diusahakan. Bak kata Azizi Ali, menetapkan matlamat itu hendaklah jelas, di samping berusaha keras dalam mencapai nya. Ia hendaklah ditandatangani, dan dilekatkan di tempat kita mudah melihatnya supaya impian itu sentiasa kita nampak dan tidak lupa. Saya telah menulis impian ini sejak saya mahir menjahit. Dan impian ini insyaallah saya akan capai sebelum tahun 2021, dengan ini saya sedang berusaha bersungguh - sungguh menuju ke arah impian. Hidup berpandukan impian, barulah semangat untuk berusaha.

Kerjaya tukang jahit sebenarnya bukan mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi, di awal tahun saya menjahit, agak sukar untuk faham pola, melukis dan menggunting, namun atas kesabaran , tahun kedua barulah berjaya mendapat hasil jahitan yang cantik dan kemas dan dapat memahami pola sepenuhnya. Paling gembira apabila hasil tangan siap, sangat puas hati. Dan bila orang selesa pakai apa yang kita jahit itu lagi menggembirakan. Itu mungkin satu semangat bagi saya untuk terus menjahit.

Selain itu ia dapat menjimatkan ekonomi keluarga dengan membeli kain sahaja. Kain siap dijahit dengan hasil tangan sendiri, fesyen mana pun dapat digayakan. Kelak apabila berkeluarga, mungkin pasangan dan anak - anak  berpuas hati dengan hasil tangan sendiri. Itu lah juga impian saya.

Sekadar coretan berkisar impian, moga tercapai hasrat di hati, moga Allah tunjuk kan jalan, agar impian ini tercapai suatu hari nanti. Aminn


Wednesday, November 2, 2016

Hujan.. rahmat yang Esa.

Teks : Arina Hussin

Hujan rahmat turun lagi.. sejak pertengahan bulan oktober lalu, mungkin dah nak tiba musim tengkujuh , tapi yang lebat dan lama adalah petang ni. Nasib baik tadi aku sempat pulang dari kerja ke rumah walaupun dah terkena hujan renyai. Seperti biasa petang rabu aku akan singgah di pasar malam kg bintang, membeli makanan jajaan seperti burger, ayam goreng dan apam balik. Ibuku sangat gemar akan apam balik, aku pula sangat menggemari burger, dan seperti biasa ayam goreng untuk kikay dan adik- adiknya.Sebulan lepas ibu kikay beranak lagi, kali ni empat ekor, tiga jantan dan satu betina, dan yang paling aku suka adalah si kecik, kucing comel warna hitam . Fizikalnya yang sangat kecil berbanding kakak dan abangnya yang lain, matanya besar dan bulat, badannya kecil, mungkin sebab inilah ku panggilnya si kecik. Di sangat comel dan cepat belajar setiap arahanku berikan.

Pulang ke rumah tepat pukul 6 petang, ku bersihkan diri akibat terkena hujan renyai kemudian barulah aku makan ayam goreng bersama kikay dan adik -adiknya.Sangat berselera mereka makan, terutama si kecik..memang dari semalam aku dah janji dengan si kecik nk belikan dia ayam goreng..sesudah makan, kecik kekenyangan dan tidur di kotak rumahnya. Ku panggil kotak itu sebagai penthouse cik kecik. :) walaupun dia tidur bersama ibu dan adik beradiknya yang lain.

Aku bahagia bersama kikay dan adik beradiknya, hilang segala stress dan duka apabila aku bersama mereka, dan hari ni juga aku menyiapkan tugasan kain duyung dan jubah wanita, kain duyung  agak  banyak ku terima tempahan, ia simple dan berstail. Ia  oleh digayakan bersama kurung moden, kebaya dan blaus, ia boleh dijahit zip sisi kanan, kiri atau ditengah bergantung kepada citarasa si pemakai, aku sendiri suka apabila jahit kain duyung menggunakan lycra, terus sarung tanpa letak zip dan cantik apabila dipadankan dengan blaus dan kebaya.

Ok cukup untuk coretan hari ini. Next entri, aku akan kongsikan cara lukis pola dan jahit kain duyung dan jubah wanita. Sehingga  berjumpa lagi. Sekian

Tuesday, November 1, 2016

Kegunaan dan jenis- jenis kancing

Teks : Arina Hussin

Foto : Ihsan dari google


Kancing

Fungsi kancing digunakan untuk membuka dan menutup belah pada pakaian. Bahagian pakaian tersebut ialah pada leher, pergelangan tangan , pinggang, dan dada.

Berikut merupakan jenis- jenis kancing.


a) Butang katup                                  (kurang kukuh jika dibanding cangkuk dan palang,                                                                  terdiri daripada soket dan conet)

b) Butang lubang dua atau empat ( butang ini mempunyai aneka bentuk dan fesyen,
                                                                dikategori kepada dua jenis bulat dan leper,
                                                                pemilihan bergantung pada kesesuaian butang
                                                                dengan warna fabrik dan jenis fabrik yang
                                                                digunakan.

c) Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang. ( kancing teguh untuk baju ketat,
                                                                                           Juga sejenis kancing yang kukuh
                                                                                           dan sesuai  digunakan di hujung                                                                                                  ikatan pinggang @ tali pinggang.
             

d) Butang dan gelungan fabric ( rulo)

e) Riben

f) Velcro ( pita nilon)

e) zip

Faktor pemilihan kancing mestilah mengikut jenis kain yang digunakan. Kain yang halus mestilah dijahit dengan halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain. Selain itu, kita tengok juga pada jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit. Contohnya, pakaian kanak- kanak biasanya tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanak - kanak yang lembut. Seterusnya jenis  belah dan kedudukan kancing. Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skirt daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.

Sekian, moga bermanfaat, jumpa di entri yang lain.

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak