Teks : Eryna Taylor
Alhamdulillah.. artikel kali ini berkisar impian sendiri. Walaupun impian masih jauh, namun ia tetap satu impian yang sedang diusahakan. Bak kata Azizi Ali, menetapkan matlamat itu hendaklah jelas, di samping berusaha keras dalam mencapai nya. Ia hendaklah ditandatangani, dan dilekatkan di tempat kita mudah melihatnya supaya impian itu sentiasa kita nampak dan tidak lupa. Saya telah menulis impian ini sejak saya mahir menjahit. Dan impian ini insyaallah saya akan capai sebelum tahun 2021, dengan ini saya sedang berusaha bersungguh - sungguh menuju ke arah impian. Hidup berpandukan impian, barulah semangat untuk berusaha.
Kerjaya tukang jahit sebenarnya bukan mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi, di awal tahun saya menjahit, agak sukar untuk faham pola, melukis dan menggunting, namun atas kesabaran , tahun kedua barulah berjaya mendapat hasil jahitan yang cantik dan kemas dan dapat memahami pola sepenuhnya. Paling gembira apabila hasil tangan siap, sangat puas hati. Dan bila orang selesa pakai apa yang kita jahit itu lagi menggembirakan. Itu mungkin satu semangat bagi saya untuk terus menjahit.
Selain itu ia dapat menjimatkan ekonomi keluarga dengan membeli kain sahaja. Kain siap dijahit dengan hasil tangan sendiri, fesyen mana pun dapat digayakan. Kelak apabila berkeluarga, mungkin pasangan dan anak - anak berpuas hati dengan hasil tangan sendiri. Itu lah juga impian saya.
Sekadar coretan berkisar impian, moga tercapai hasrat di hati, moga Allah tunjuk kan jalan, agar impian ini tercapai suatu hari nanti. Aminn
Minat Menjahit? Ada Masalah Dengan Pakaian Kesayangan Anda?Dapatkan Tips , Toturial, Dan Video Percuma Jahitan Disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Teks : Eryna Taylor Foto : Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk berkongsi satu topik berkenaan kertas gam. Kertas gam t...
-
Teks : Eryna Taylor Foto : Ihsan Google Salam sejahtera pembaca blog Eryna Taylor, hari ni saya nak bincangkan satu topik simple...
No comments:
Post a Comment