Tuesday, November 15, 2016

Ebay lubuk duit?

Teks : Arina Hussin

Ebay adalah  satu laman web jualan  yang mana pelbagai jenis barangan dapat diniagakan disamping wujudnya jual beli seluruh dunia. Di Malaysia, ia seperti laman web mudah.my. Pelbagai barangan boleh diniagakan samada yang sendiri atau barangan dropship.

Pengalamanku menjalankan urusniaga di Ebay adalah pada 2009, semasa jadi pembantu cyber, maklumlah waktu itu kerjaku  hanya mengadap komputer sambil melayan pelanggan yang keluar masuk nak guna perkhidmatan internet. Pada masa itu sifu yang bertanggungjawab mengajar  adalah Noorizam Shah. Masih ingat lagi, yuran yang dibayar adalah rm 250, kelas selama 3 jam sahaja dari pukul 2-5 petang. Pada masa itu juga , aku hanya guna ym sahaja, iaitu yahoo messanger untuk kelas tersebut, tulah hebatnya teknologi, kenal pun tidak tapi boleh je belajar kalau ada kemahuan. Sifu tersebut mengajarku bagaimana listing barang hot, dan barang tersebut pasti laku.Aku melakukan nya bersungguh- sungguh,begitu mudah sekali jika dah ada ilmu, segalanya mudah.

Pada keesokannya, barang yang dilisting di web ebay terjual, aku sangat gembira, akaun  paypalku dipenuhi dengan duit usd, sangat gembira tak terkira, benarlah, jika kita usaha dengan cara yang betul, sistem yang betul, mentor yang betul, semuanya akan jadi mudah dan lancar. Aku menghubungi sifuku, dia ucapkan tahniah kerana berkat rezeki, barangan ku ada jualan di Ebay. Dia memintaku melakukan testimonial di websitenya untuk menarik sesiapa yang berminat untuk belajar dengannya cara listing tersebut. Dari pengalaman itulah mindaku terbuka, nak buat sesuatu kena ada ilmu dan mentor, barulah semuanya jadi seperti yang dirancang.

Hampir setahun aku berurus niaga di Ebay. Untung bersih pernah ku perolehi hampir rm 2 ribu ringgit. Betapa seronoknya waktu itu, tapi knowledge ku waktu itu hanya berbelanja, tak ada langsung nak laburkan kembali wang tersebut untuk aset. Sehinggalah satu ketika akaun ebay ku dibanned lantaran secara tak sengaja menjual barangan trademark. Waktu sifuku mengajar, tak ada  plak dia cakap pasal trademark, tapi lepas akaun aku kena banned baruku tahu kesilapan ku, sebenarnya tak ada yang untung sangat kerana kita kena bayar fee ke ebay dan nak transfer paypal ke akaun pun kena charge.

Itulah sedikit pengalamanku di ebay..terselit suka dan duka.. tapi pengalaman itu tersangatlan berharga.



No comments:

Post a Comment

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak