Wednesday, November 16, 2016

Pengasah kapur jahit

Teks : Arina Hussin

Alhamdulillah, hari ni cuti lagi, saya punya masa yang panjang bagi berkongsi satu lagi alatan jahit yang agak penting untuk kapur jahit iaitu pengasah kapur jahit.


Foto : ihsan dari google

Pengasah kapur digunakan untuk kembalikan kapur dalan keadaan tajam kembali bagi mendapatkan tanda yang tepat dan sharp pada kain. Ini penting bagi mendapatkan ukuran yang tepat apabila mengukur menggunakan talitape apabila siap menanda.

Kapur kain apabila digunakan terlalu kerap maka ia seakan tumpul dan permukaan kapur tidak tajam. Jika kapur itu kecil, memang agak sukar untuk buat tanda pada kain, bagi saya, adalah kurang selesa jika kapur yang digunakan agak tumpul. Sebelum memulakan jahitan, biasanya saya akan asah kapur dahulu, sama macam asah pensil juga, selesa apabila gunakan pensil yang tajam matanya untuk memudahkan kerja.

Caranya mudah saja, masukkan kapur yang tumpul pada gigi pengasah dan gosokkan saja sehingga tajam kembali, semudah a, b, c, . Kebanyakan pengasah kapur terdapat di kedai-kedai yang berhampiran, dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. 

Sekian coretan entri kali ini, semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak