Minat Menjahit? Ada Masalah Dengan Pakaian Kesayangan Anda?Dapatkan Tips , Toturial, Dan Video Percuma Jahitan Disini.
Monday, October 31, 2016
Bergembiralah..hidup hanya sekali
Syukur alhamdullilah, masa berlalu sangat pantas, 2016 hampir ke penghujung, esok sudah masuk bulan November, bermakna ada dua bulan lagi untuk habis tahun ni. Bagiku, selagi diberikan nafas, bermakna peluang itu sentiasa ada bagi merialisasikan impian bergelar jutawan. Sejak aku mahir menjahit, aku sangat gembira , punya kebebasan masa, berbanding sebelum ni menjadi pekerja di bawah majikan. Terasa kekangan masa untuk diri sendiri melakukan aktiviti yang disukai terbatas.mungkin ini rezeki Allah yang aku kena gali dan kaji lagi untuk mencapai impian kerana mendapat kebebasan masa. Aku nekad menjadi seorang usahawan, mencapai taraf tukang jahit professional, dan memiliki butik sendiri, sebagai balasan nya, aku mencari seorang mentor yang berpengalaman, membaca lebih banyak buku yang berkaitan, pergi seminar, kemudian yang paling penting bertindak, insyaallah, sedang berusaha ke arah itu.
Hidup hanya sekali, biarlah jalan yang dipilih dalam menentukan kerjaya adalah betul berdasarkan minat. Dengan ini, laluan yang dipilih itu mudah kerana ia datang tanpa paksaan, masih ramai di luar sana yang masih lagi bekerja kerana terpaksa, bukan mudah nak tinggalkan kerja yang sedia ada, lebih lebih lagi duit perlu digunakan setiap hari, namun jika kita nekad berubah ke arah impian, kita mampu mengubah haluan ke arah impian itu. Pilih lah jalan kerjaya yang serasi, yang sesuai mengikut naluri, agar tidak menyesal di kemudian hari, kerana hidup hanya sekali. Yang penting , kita gembira sentiasa dengan kehidupan yang hanya sementara ini dan bersyukur atas kurniaannya.
Sekian, semoga bermanfaat.
Saturday, October 29, 2016
Kikay.. teman yang setia. : )
Pada 5 bulan lepas lahirlah kikay, kikay sangat comel dan lincah, sesiapa yang memandangnya timbul rasa kagum akan kelincahan nya. Kikay sangat memahami apabila dipanggil makan, tidur, semua dituruti dengan pantas sekali. Pulang kerja aku banyak habiskan masa dengan kikay. Dia comel dan seolah olah memahami ku. Penatku seharian hilang begitu saja, benarlah kata orang, bila kita pandang dan bersama dengan sesuatu yang disayangi, bahagianya rasa hati.
Kikay banyak meluangkan masa bersamaku ketika aku cuti, dia menemaniku hampir sepanjang waktu, terutama ketika menanam bunga di rumah, minatnya seakan ada juga bersamaku. Ketika aku bersedih , kikay tetap disampingku, seolah- olah mengerti apa masalah yang aku alami. Kalau dia boleh membantu, mungkin dah lama dia lakukan. Mungkin...
Aku tak tahu selama mana kikay disampingku, samada aku yang pergi dulu atau pun dia, apa pun aku sangat bahagia, bersyukur, walaupun kikay seekor kucing , keistimewaannya dia cukup memahami, dan melebihi nilai seorang manusia untuk ku jadikan teman suka dan duka. Syukran.
Sekadar coretan penghargaan buat kikay tersayang. : ) .. Sekian
Alatan Menjahit
Foto :
Friday, October 28, 2016
Kenapa Jahitan Pakaian?
Salam sejahtera sahabat sekalian, entri kali ini saya ingin kongsikan mengapa saya memilih bidang jahitan pakaian berbanding jahitan beg dan langsir. Ya memang saya meminati semua bidang tersebut,memilih bidang pakaian menjadi pilihan utama kerana saya rasakan pakaian menjadi pilihan utama pada musim perayaan berbanding beg dan langsir. Pada musim perayaan, memang tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pakaian yang bertimbun. Selain tempahan juga biasanya pelanggan akan membuat banyak permintaan untuk ubahsuai pakaian seperti potong kaki seluar, potong labuh jubah, potong labuh tangan serta kecilkan atau besarkan pakaian. Melalui pengalaman inilah jahitan pakaian lebih luas dari beg dan langsir. Mungkin juga langsir mendapat sambutan hangat pada musim perayaan, namun bagi saya, jika tak tukar langsir pun tidak mengapa, pakaian lagi penting.
Jahitan beg juga mendapat tempat di hati saya, namun ketika ini saya menumpukan sepenuhnya pada jahitan pakaian, kalau ada pun jahitan beg, mungkin untuk kegunaan sendiri sahaja.Jika berpeluang ,saya juga berminat membuka bisnes dalam jahitan beg pula. Moga Allah permudahkan segalanya.
Menjahit pakaian adalah bermusim, kadangkala bila waktu tiada tempahan, ia adalah rezeki masa terluang untuk melakukan perkara lain yang bermanfaat. Di waktu terluang itulah saya banyak melayari Internet, membaca buku- buku motivasid an menghias rumah. Ia adalah aktiviti rutin sehingga sukar saya meninggalkannya.
Masa yang terluang panjang adalah satu bonus untuk belajar perkara - perkara baru.Kadangkala saya gemar juga mencuba resepi masakan baru, gurunya adalah ibu sendiri, melalui pengalaman masakan ibu yang simple, tetapi sedap inilah saya berjaya memahirkan diri dalam hampir semua jenis masakan. Terima kasih mak, jasamu dikenang, budimu disanjung.
Apapun jahitan adalah kerjaya utama, saya tidak pernah menyesal memilih kerjaya ini, bahkan ibu juga menyokong dan berbangga dengan kemahiran dan pencapaian saya hingga ke hari. Alhamdulillah. Cukup coretan kali ini, syukur Yaa Allah atas kurniaan rezeki yang kau berikan padaku. Aminn..
Pola kain susun tepi
Thursday, October 27, 2016
Cara ukur kain susun tepi kiri
Foto :
Tuesday, October 25, 2016
Tempahan Majlis Pernikahan
Berikut merupakan tempahan jahitan baju untuk nikah/ bertunang ( lelaki , wanita , kanak- kanak ( 1 keluarga sedondon)
a ) Harga tempahan baju nikah / bertunang lelaki
( Jubah / baju melayu cekak musang atau teluk belanga / kot )
* Yang biasa = rm 250
* lining = rm 300
* Campur warna = rm 250
b ) Harga tempahan baju nikah / bertunang wanita
( kurung moden, kebaya, maxi dress + ( butang tempah)
* Yang Biasa = rm 190
* Lining = rm 200
c ) kanak - kanak perempuan
* Baju kurung ( rm 25.00 / rm 35.00)
*Gaun ( rm 40.00)
* Harga akan berubah mengikut jenis material kain seperti kain lace biasa, kain chiffon lace, manik dan sequin.
Sekian. Sebarang pertanyaan whapss sy di talian 0179476881.
Terima kasih.
Monday, October 24, 2016
Senarai harga baju berlining ( 2 kali Harga Tempahan )
(Lining baju sahaja ) = rm 60.00
( Lining penuh baju + kain ) = rm 90.00
( Lining baju sahaja ) = rm 70.00
( Lining penuh baju + kain ) = rm 140.00
( Lining baju sahaja ) = rm 90.00
b ) Leher cheong Sam / mandarin = rm 12.00
c ) Tambah getah hujung tangan = rm 10.00
d ) Butang biasa = rm 5.00
e ) Butang tempah = rm 10.00
f ) Zip sorok ( jahit di hujung tangan ) = rm 10.00
g ) Zip besi ( jahit di hujung tangan ) = rm 12.00
h ) butang ketip = rm 4.00
Kain Pasang Bermanik.
Hari ini saya ingin kongsikan berkaitan kain pasang bermanik yang ketika ini hangat di pasaran. Kain jenis ini boleh dikatakan ada di setiap kedai dan butik secara keseluruhannya. Manik terdiri daripada manik kecil atau besar. Ada juga manik keseluruhan pada kain.
Pengalaman saya menjahit kain manik keseluruhan adalah maxi dress anak sulung acik apabila ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas, lining dan bermanik, memakan masa empat hari . Terus terang saya katakan memang kain ini sangat mencabar, seingat saya empat jarum patah akibat terlanggar batu manik tersebut. Proses jahitan kain ini bermula ketika menggunting, ia memerlukan ketelitian ketika menggunting kain, takut terkena batu yang kita tak nampak dan gunting jadi tumpul akibat batu tersebut.
Selepas proses menggunting, batu kena ditanggalkan untuk proses jahit tepi , jika tak jarum jahit tepi juga akan patah, ini tidak melibatkan semua bahagian kain, cuma bahagian tepi , dan terdapat manik di tepi bahagian itu.
Seterusnya, ketika menjahit perlu hati- hati, kita kena urut dan rasa kain bahagian laluan jarum untuk elakkan jarum patah akibat perlanggaran dengan batu tersebut. Ia memakan masa jika dibandingkan dengan kain biasa, dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab itulah kebanyakan tukang jahit mungkin akan letak harga yang tinggi, atas risiko pada jarum. Walaubagaimana pun, ia sangat cantik apabila siap, berbaloi atas kesabaran kita.
Kesimpulannya, kain bermanik cantik, namun ia memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi ketika dijahit kerana risiko jarum patah. Kerana risiko ini, harga baju siap mungkin agak mahal sedikit berbanding kain biasa. Tambahan pula, ia tidaklah menguntungkan kerana manik dibuang awal - awal lagi untuk mengurangkan risiko gunting tumpul atau jarum patah.
Sekian, jumpa di entri yang lain. Moga bermanfaat.
Sunday, October 23, 2016
Harga Tempahan Pakaian.
Berikut merupakan senarai dan harga tempahan di Eryna Tailor untuk pakaian wanita, Lelaki dan kanak- kanak.
1) Baju kurung biasa ( ada lapik leher, list, biasa ) = rm 40.00
2) Baju kurung biasa tindih kasih, dan kain susun ( jahit pada susun) =rm 50.00
3) Baju kurung sutera ( biasa ) = rm 50.00
4) Jubah Wanita , lelaki, maxi dress = rm 55.00
5) Baju kurung berpiping ( letak list untuk kemas) = rm 50.00
6. Pesak gantung , kurung pahang, kurung riau ( biasa) = rm 50.00
7. Pesak Gantung ,kurung riau, kurung pahang ( berpiping)= rm 55.00
8. Baju kurung Moden , kurung peplum ( tanpa kain ) =rm 50/ rm 35
9. Baju kebaya + kain duyung / apa sahaja fesyen kain = rm 70.00
10.Baju kurung Moden peplum = rm 70.00
11.Blaus perempuan =rm 45.00
12.Blaus lelaki berkolar = rm 60.00
13. Palazo / skirt labuh = rm 35.00
14. Segala jenis kain sahaja tanpa baju ( kain kipas belakang, kain susun tepi, kain selisih depan, duyung, dll = rm 30.00
15. Kurta ( Lelaki ) = rm 55.00
16. Kurta Wanita = rm 55.00
18. Baju Melayu lelaki cekak musang ( sepasang) rm rm 85.00
19.Kemeja lelaki dan perempuan rm 50.00
20. Seluar slek lelaki dan perempuan = rm 40.00
21. Gaun kanak - kanak perempuan = rm 40.00
22. Uniform sekolah kanak - kanak = rm 35.00
23.Baju kurung kanak- kanak perempuan = rm 30.00
24. Baju melayu teluk belanga rm 70.00
25. Baju melayu kanak -kanak lelaki = rm 30.00
26. Palazo @ skirt labuh =rm 30.00
27. Uniform sekolah remaja ( bergantung pada jenis tempahan ) = rm 40.00
28. Jubah riau lelaki = rm 80.00
29. Baju melayu moden = rm 85.00
Bayaran tambahan berdasarkan pada jenis kain samada kain bermanik, bersequin @ berbatu- batu yang akan menyebabkan jarum tumpul @ patah.
Jika anda berminat untuk menempah di Eryna Tailor, whatapps , pm saya di 0179476881, atau email : arina.hussin@ gmail.com.
Sekian entri kali ini.
Wassalam.
Jenis-jenis tapak mesin jahit industri.
Hari ni saya nak kongsikan berkaitan jenis tapak mesin industri yang biasa digunakan untuk menjahit. Ia terdiri daripada :
1) Tapak piping - untuk kemasan kun @ tali.
- Jahit tindih pada bahagian sambungan jahitan.
2) Tapak kedut - buat jahitan kedut - Contoh : Ropol pada bantal atau skirt kanak-
kanak.
3) Tapak Teflon - Jahitan atas permukaan licin.Contoh : Lycra, t.shirt dan plastik.
4) Tapak zip - jahitan kemasan zip untuk zip biasa.
5) Tapak zip sembunyi - Untuk kemasan zip sembunyi. Terdiri daripada tapak plastik dan tapak besi.
6) Tapak lubang butang - untuk kegunaan lubang butang.
7 ) Tapak kelim - untuk memudahkan jahitan kelim pada kain.
Sekian , moga bermanfaat.
Saturday, October 22, 2016
Sabtu yang santai
Hujung minggu macam ni, aktiviti harian saya memang dirumah, hari ni saya ambil
kesempatan menggunting kain mak yang sekian lama tertangguh akibat terlalu sibuk dengan kain orang lain . Hanya baju kurung biasa, tetapi kain berkaki. Trend kain berkaki sekarang sangat popular. Kainnya cantik bermanik hanya bahagian depan. Oleh itu bagi saya kain seperti ini senang untuk diambil dan digunting. hanya ambil tegak dan tak perlu pening nak fikirkan cara ambil. Berbeza dengan kain corak tunggang terbalik, kena teliti.
Pakaian kesukaan mak memang baju kurung, mungkin baginya ia bersifat bebas dan sopan,longgar dan tidak mengikut badan. Dia bebas dan selesa untuk bergerak . Hampir semua baju mak adalah baju kurung pesak buluh atau baju kurung tradisional.
Mak sangat berbangga dengan kemahiran yang saya ada ni. Mungkin berkat doanya saya berjaya capai sampai ke tahap ini. Syukur alhamdullilah. Mungkin di lain entri, saya akan kongsikan cara buat baju kurung pula.
Sekian , wassalam.
Friday, October 21, 2016
Mesin Jahit High Speed
Foto : Ihsan dari google ( contoh mesin jahit high speed JUKI )
Salam jumaat yang mulia , penghulu segala hari semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi berkah selalu. Hari ni saya nak bercerita tentang mesin jahit lurus high speed atau dikenali mesin jahit lurus industri. Mesin ini menjadi pilihan kebanyakan di kedai - kedai jahit , butik dan kilang seluruh negara kerana ia sesuai untuk tempahan jahitan yang banyak. Ia sesuai untuk jahitan semua jenis kain cuma untuk kain yang agak tebal seperti jeans jarumnya perlu ditukar. Ketika awal tahun 2012, saya tidak pernah memegang mesin ini kerana saranan acik untuk mahir dulu mesin goyang kaki. Namun setahun selepas itu saya mula cuba menggunakan mesin ini. Ternyata ia tidaklah susah mana, kita boleh dapatkan gerakan jahitan yang sederhana dengan menekan kaki di bawah dengan tidak terlalu kuat. Disamping itu, ia senang untuk mematikan jahitan untuk mengelakkan jahitan terbetas berbanding mesin goyang. Mesin high speed lurus industri ini tahan lasak berbanding portable. Harganya meningkat tahun demi tahun. Apapun ia sangat berbaloi dan tahan zaman- berzaman. Saya pun sangat menyukai mesin jahit ini berbanding portable, tak kiralah jenama apa sekali pun.
Sekian coretan dan perkongsian entri kali ini.
Wassalam.
Wednesday, October 19, 2016
Beza tukang jahit melayu dan Cina.
Teks : Arina Hussin
Sejak dari dulu aktiviti menjahit banyak dipelopori oleh kebanyakan masyarakat cina . Di pekan dan bandar sekitar tempatku jua banyak kedai - kedai jahit kebanyakannya cina. Ada juga sepasang suami isteri bangsa cina membuka kedai dan sama - sama menjahit. Masyarakat kita pun lebih percaya pada kaum cina dalam hal bisnes dan jahit menjahit ni, bila difikirkan kenapa agaknya? Kita orang melayu ni tak boleh menjahit ke? Kita orang melayu tak boleh bangun berniaga?. ini yang membezakan kita melayu dengan kaum cina, sikap dan pemikiran.
Di deretan kedaiku menjahit ada juga satu kedai nyonya cina menjahit.. aku sering kali jua ke kedainya bersembang kosong.. dia sering menceritakan dia mula menjahit ketika berumur 18 tahun. Dia juga berkata you bagus la pandai jahit..sekarang budak- budak muda tak pandai jahit, tak minat jahit.. saya punya anak pun tak mahu, Aku hanya tersenyum mendengar kata - kata nyonya Chiew.. tetapi kata- katanya memang betul , kebanyakan pelajar giat mara yang ambil kursus menjahit pun tak semestinya menjahit. Ramai yang buat kerja lain yang tidak ada kena mengena dengan latar belakang pengajian mereka. Mungkin minat hilang sewaktu berdepan dengan kain, patern atau karenah pelanggan sendiri.
Berbalik pada topik tukang jahit cina tadi, apa yang membezakan dengan tukang jahit melayu ialah sikap berani. Mereka sebenarnya tak ada kepakaran semulajadi, mereka belajar cara berniaga, disiplin layan pelanggan, ramah, menepati janji dan pandai mengambil hati. Disamping itu juga mereka berani letak harga, contoh baju kurung biasa saja nyonya tadi sudah ambil rm 60++ sepasang. Harga mati. Kalau kita orang melayu, kadang- kadang atas ihsan, akan kurangkan seringgit dua dari harga kita.
Selain itu, sikap tukang jahit cina juga dilihat berdisiplin layan pelanggan apabila pelanggan datang minta ubahsuai, seperti potong labuh kaki seluar, kecilkan, besarkan, dan lain- lain perkara yang mungkin remeh tapi dia sanggup buat dalam masa 5 hingga 10 minit, walaupun jahitan tak kemas mana pun. Ini berbeza dengan melayu , apabila menghadap satu kain untuk gunting pada hari itu, maka jika pelanggan datang untuk potong kaki seluar biasanya ditolak atas alasan sibuk, sikap ini mungkin mengecilkan hati pelanggan, dan mungkin dia pun pergi ke tukang jahit cina. Siapa yang rugi disini?
Maka fokusnya disini, disiplin dan layanan mesra pelanggan sangat penting dalam berniaga, pelanggan nadi sesuatu bisnes. Kalau pelanggan tak puas hati atas layanan kita, mungkin mereka tak kan datang lagi untuk mendapatkan perkhidmatan kita. Apapun kita kena belajar ubah sikap. Pelanggan itu rezeki Allah SWT. Jaga lah sebaiknya. Customer is always right !
Sekian , semoga bermanfaat.
Tuesday, October 18, 2016
Jenama-jenama Mesin Jahit Antarabangsa.
Berikut adalah jenama - jenama antarabangsa bagi mesin jahit Portable dan industri. Mesin jahit industri juga terdapat beberapa panggilan seperti mesin jahit lurus laju, mesin jahit besar, dll, khusus untuk tempahan banyak dan mereka yang sudah benar- benar mahir menjahit.
Jenama disyorkan untuk mesin jahit Portable dan industri.
a) Brother
b) Singer
c) Juki
BROTHER
- Asal dari Jepun
- Pengeluar terbesar Portable.
- Jenis jenis mesin a) mekanikal
b) komputer
c) sulaman
d) tepi
e) converstich.
Biasanya ia dilengkapi fungsi kamera, ultrasonic Pen ( laser) untuk sulam tanpa pengguna.
SINGER
-Asal dari USA
-Portable dan industri
-Mesin yang laris- kepala hitam 15 NL
- Heavy duty 4423
JUKI
-Asal dari Jepun
- No 1 untuk mesin industri pengguna atau dikenali mesin industri jahit lurus .
- Kualiti - HZL - K85 Heavy Duty.
- MO- 50E jahit tepi 4 benang.
Selain itu jenis Typical dan Zoje juga bagus, namun di tempat kita dua jenama ini agak kurang.
Typical - asal dari Barat
Zoje - China
Kedua jenama ini adalah pengilang asal untuk jahit tepi, jahit lurus industri, lubang butang, , sembat dll.
Jika anda bercadang untuk membeli mesin jahit berikut adalah senarai mesin yang sesuai untuk anda. Tetapi bajet ini tertakluk pada kedai jahit tersebut kerana adalah pertambahan harga bagi gst.
Mesin jahit Portable ( Bajet rm 500 ++ hingga rm 1000 ++)
a) Brother GS 2700
b) Brother JS 1410
c) Singer 8280
Mesin jahit Portable sekitar bajet ( rm 1, 000 ++ hingga rm 2, 000++)
a) Juki HZL- K85
b) Brother NV 55P
c) Brother NV 30
Mesin jahit portable untuk bajet (rm 2, 000++ hingga rm 3, 000++)
Brother Nv 950E.
Cadangan untuk mesin jahit tepi portable ( mudah alih) - kepala putih.Bajet sekitar rm 1, 000 ++ hingga rm 2, 000++
a) Brother 3034D
b) Juki MO- 50 E
c) Singer 14N 655
d) Brother 4234D.
Cadangan untuk mesin jahit Industri ( Jahit lurus sahaja).Bajet sekitar rm 1, 500 hingga rm 2, 000++)
a) Typical 6c6-28
b ) Juki DDL 8100E.
Mesin jahit Industri berkomputer. Bajet( rm 2, 000++ hingga rm 3, 000++)
Typical - 6 C 6870- A - dan Juki DDL 8700 ada sistem komputer untuk potong benang atas dan bawah.
Berikut adalah cadangan untuk mesin jahit tepi :
1 ) Untuk mesin jahit tepi industri ( jahit lurus sahaja) bajet ( rm 1, 600++ - rm 3, 000++)
a) Typical GN 794.
b) Typical GN 3000-4 ( 3 & 4 benang)
c) Zoje zj752- 4
d) Juki M06514S.
2) Mesin jahit tepi halus industri untuk jahit lurus sahaja bajet ( rm1800++hingga rm 320++)
a) Typical 6N3000- RH
b) Juki MO6504S- RH
c) Typical GN 793- RH
Sekian , jumpa di lain entri.. Semoga Manfaat
Kod dan No Jarum Mesin
Monday, October 17, 2016
Goyang kaki...dapat duit?
Sunday, October 16, 2016
Tukang Jahit oh Tukang Jahit..
Pengajaran bermakna tahun 2015
Jom Tempah..
Saturday, October 15, 2016
Pengenalan Diri
-
Teks : Eryna Taylor Foto : Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk berkongsi satu topik berkenaan kertas gam. Kertas gam t...
-
Teks : Eryna Taylor Foto : Ihsan Google Salam sejahtera pembaca blog Eryna Taylor, hari ni saya nak bincangkan satu topik simple...