Sepanjang kerjaya jahitanku , kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan.Pernah terjadi kepada Acik anis apabila dimalukan pelanggan atas kecuaiannya sendiri.kisah ini aku jadikan ikhtibar untuk diri sendiri. Ada sepasang suami isteri menghantar kain pada bulan 2 tahun lepas iaitu tahun 2015, aku tak pasti tarikhnya bila. Si isteri menempah baju kurung moden 3 pasang dan 1 kebaya moden. Janjinya nak pakai raya pada tahun tu. Kami mula menjahit pada bulan 4 tahun lepas kerana raya adalah bulan 7. Baju- baju kurung moden si isteri siap dijahit awal, nak dijadikan cerita baju kebaya yang terakhir tersebut tak cukup kain nak buat lining, maka acik anis pun letak baju tersebut di dalam bakul atas alasan dia nak cari sendiri kain buat lining. Masa berlalu, kami leka menjahit pakaian orang lain yang merupakan pelanggan tetap. Boleh dikata kan bertimbun bila tiba musim perayaan.
Nak dijadikan cerita, pasangan suami isteri datang pada hari minggu.. kebetulan waktu itu aku kerja hari minggu kerana masa dah suntuk nak raya . Si isteri terus menanyakan baju yang ditempahnya. Acik anis mengambil baju yang siap dan menyatakan baju kebaya tak sempat nk siapkan kerana tiada masa untuk beli kain lining.. dia minta pelanggan tersebut mengambil lepas raya.
Si isteri terus bermasam muka, merungut, akibat tak puas hati. Dia terus menanya harga untuk semua harga pakaian tersebut. Lima minit kemudian, suaminya datang kembali memaki hamun acik anis, pada waktu itu, aku diam seribu bahasa, keliru mana satu yang salah.Sangkaanku semua pakaian wanita tersebut siap dijahit.
Sebenarnya, kedua pihak salah, di pihak kami ,acik sepatutnya berusaha untuk menyiapkan tempahan tersebut kerana mereka hantar awal, dari februari. Jika aku di tempat mereka memang wajar mengamuk, bagi pihak suami isteri tersebut sepatutnya mereka telefon dulu tanyakan tempahan mereka dah siap ke belum.Tak payah lah nak datang mengamuk luahkan rasa tak puas hati , marah- marah atas sebab sepasang baju saja belum siap. tambahan pula dalam bulan ramadhan.
Pengajarannya, apapun terjadi, pelanggan mesti diutamakan, merekalah yang menghidupkan bisnes kita, Pelanggan itulah rezeki Allah SWT.
No comments:
Post a Comment