Saturday, October 15, 2016

Pengenalan Diri

Teks : Arina Hussin




Assalamualaikum menjadi pembuka
Waalaikumusalam itu jawapannya,
Tulisan ini pengganti cerita,
Dari Arina Hussin itu nama saya, : )


   2 April 1985, tanggal keramat kelahiranku.Aku diberi nama Arina bermaksud kecergasan.Nama inilah yang membezakan aku dengan adik beradikku yang lain.Aku merupakan puteri bongsu dari 8 beradik milik pasangan ayahanda Hussin bin Chik dan bonda Hasanah Rasul.Walaupun kedudukanku bongsu dari 8 beradik, aku tidak pernah dimanjakan , bahkan diajar berdikari sejak dari kecil lagi.

   Aku menerima pendidikan awal di SKTS ( Sekolah Kebangsaan Telok Sentang ) terletak di kampungku di Temerloh, Pahang.Sejak dari bangku sekolah rendah lagi, aku memang bagus dalam penulisan, subjek Bahasa Melayu karangan penulisan aku dapat kuasai dengan bagus.UPSR aku berjaya rangkul A dalam subjek penulisan dan mendapat pujian dari guru-guru yang mengajarku.Aku menamatkan alam persekolahanku dalam kategori pelajar A, atas doa ibubapa tercinta.Syukur alhamdulillah..

  Sehingga aku ke tahap sekolah menengah di SMK Seberang Temerloh, PMR juga aku rangkul anugerah untuk subjek bahasa melayu terbaik.Tingkatan 4 dan 5 pula aku dalam jurusan biologi, bukan sastera, entah mengapa aku tidak memilih sastera mungkin aku mengikut saranan guru kelasku memandangkan aku bagus dalam sains masa PMR.Aku menamatkan alam sekolah menengahku pada tahun 2002 dengan SPM kredit subjek elektif.

  Bila tiba diperingkat kolej dan Universiti, aku bermain dengan bahasa programming memandangkan aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer.Bila difikirkan sekarang entah mengapa Sains Komputer? Sedangkan banyak lagi bidang pengajian yang lain.Bila aku tamat pengajian dalam bidang ini di IIUM gombak pada 2008, barulah aku tahu minatku yang sebenar tidak ada sedikit pun pada Programming ! Namun aku tak kesal mungkin ada hikmah di sebaliknya yang dapat aku manfaatkan diluar nanti.

  Rupa- rupanya, pada tahun 2008, rezeki aku ada di cyber cafe yang terletak depan stesen bas baru Temerloh.Di sinilah tempat pertamaku menimba pengalaman kerja.Tugasku sebagai pembantu cyber sangat mencabar. Semua jenis tugasan aku selesaikan memandangkan hanya aku seorang saja pekerja di situ. Pengalaman berharga apabila aku belajar cara berkomunikasi dalam memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.Perkhidmatanku di situ tidak lama atas sebab peribadi. Apapun aku sangat bersyukur pada yang Esa kerana disitu jugalah aku berpeluang melayari internet percuma, dan berpeluang menjalankan bisnes online ku di Ebay.

  Tahun 2012, aku masih tercari-cari kerja tetap.Pada suatu hari aku keluar bersiar- siar ke pekan.Tiba-tiba aku terpandang satu iklan kelas menjahit diadakan di kedai bangunan MPT .Aku terus kesana. Pada waktu itu, aku terfikir kenapa pula nak belajar menjahit? Niatku keluar ni untuk cari kerja..sambilan pun takpelah kerana poketku kosong. Aku tak terfikir kelas tu nanti mestilah kena pakai duit untuk yuran .Tetapi langkahku laju ke sana. Benarlah kedai no 11, milik Puan Baharuni Ahmad.Baruku tahu di situ ada kedai jahit rupanya.Sewaktu aku sampai, aku memberi salam kepada tuan kedai dan bertanyakan tentang kelas jahitan tersebut.Puan Baharuni @ acik anis ramah melayanku katanya memang ada buat kelas, sabtu dan ahad , 2 jam pukul 2 sampai 4 petang.sejam rm 7.Sejak dari itulah aku mula belajar ilmu jahitan.Ada juga acik Anis tawarkan pakej bulanan, semuanya aku ambil walaupun poketku kering .Namun setelah aku belajar menggunting pakain, buat patern pakaian, guna mesin laju, segala kerisauan pasal duit hilang begitu saja.Ya..inilah bidang yang aku cari, yang serasi, yang sebati dengan minatku.Yaa Allah aku sangat bersyukur. Dikau lah sebaik -baik perancang ketemukan diriku dengan kerjaya yang aku bawa hingga kini.

  Tahun pertama pembelajaranku, memang sukar untuk mendapatkan jahitan yang kemas dan cantik.Tapi atas dorongan , minat dan kesabaran, lama- kelamaan aku berjaya mendapatkan hasil jahitan memuaskan.Sehinggalah suatu hari acik anis menyatakan dia ingin mengambilku sebagai pekerjanya.Aku bangga kerana dalam seramai beratus pelajar yang diajarnya aku yang dipilih untuk menjadi pekerjanya. Alhamdulillah..inilah rezeki dan peluang yang jarang diperolehi. Tahun demi tahun, pengetahuan dan kemahiranku bertambah atas latihan dan tunjuk ajar tanpa jemu dari acik anis.Terima kasih yang tak terhingga pada acik atas tunjuk ajar kemahiran jahitan yang ku perolehi ini.

  Baru- baru ini, aku , melayari internet untuk mencari bagaimana untuk membuat perniagaan jahitan online.Aku menemui ebook panduan buka butik online offline karya Pn Masayu Ahmad didalam blog Anysidayu Zakaria.Aku terus mendapatkan ebook tersebut.Ternyata ia terkandung dalam pakej ABDR.Matlamatku  menyertai ABDR adalah untuk belajar cara jana pendapatan melalui blog hanya dari rumah sebagai persiapan awal untuk masa hadapan apabila aku berkeluarga kelak.

  Penghargaan jutaan terima kasih kepada guru online ABDR, Anysidayu Zakaria kerana memberi tunjuk ajar haluan blog arinahussin.blogspot - TIPS  JAHITAN.

Sekian Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak