Teks : Arina Hussin
Sejak dari dulu aktiviti menjahit banyak dipelopori oleh kebanyakan masyarakat cina . Di pekan dan bandar sekitar tempatku jua banyak kedai - kedai jahit kebanyakannya cina. Ada juga sepasang suami isteri bangsa cina membuka kedai dan sama - sama menjahit. Masyarakat kita pun lebih percaya pada kaum cina dalam hal bisnes dan jahit menjahit ni, bila difikirkan kenapa agaknya? Kita orang melayu ni tak boleh menjahit ke? Kita orang melayu tak boleh bangun berniaga?. ini yang membezakan kita melayu dengan kaum cina, sikap dan pemikiran.
Di deretan kedaiku menjahit ada juga satu kedai nyonya cina menjahit.. aku sering kali jua ke kedainya bersembang kosong.. dia sering menceritakan dia mula menjahit ketika berumur 18 tahun. Dia juga berkata you bagus la pandai jahit..sekarang budak- budak muda tak pandai jahit, tak minat jahit.. saya punya anak pun tak mahu, Aku hanya tersenyum mendengar kata - kata nyonya Chiew.. tetapi kata- katanya memang betul , kebanyakan pelajar giat mara yang ambil kursus menjahit pun tak semestinya menjahit. Ramai yang buat kerja lain yang tidak ada kena mengena dengan latar belakang pengajian mereka. Mungkin minat hilang sewaktu berdepan dengan kain, patern atau karenah pelanggan sendiri.
Berbalik pada topik tukang jahit cina tadi, apa yang membezakan dengan tukang jahit melayu ialah sikap berani. Mereka sebenarnya tak ada kepakaran semulajadi, mereka belajar cara berniaga, disiplin layan pelanggan, ramah, menepati janji dan pandai mengambil hati. Disamping itu juga mereka berani letak harga, contoh baju kurung biasa saja nyonya tadi sudah ambil rm 60++ sepasang. Harga mati. Kalau kita orang melayu, kadang- kadang atas ihsan, akan kurangkan seringgit dua dari harga kita.
Selain itu, sikap tukang jahit cina juga dilihat berdisiplin layan pelanggan apabila pelanggan datang minta ubahsuai, seperti potong labuh kaki seluar, kecilkan, besarkan, dan lain- lain perkara yang mungkin remeh tapi dia sanggup buat dalam masa 5 hingga 10 minit, walaupun jahitan tak kemas mana pun. Ini berbeza dengan melayu , apabila menghadap satu kain untuk gunting pada hari itu, maka jika pelanggan datang untuk potong kaki seluar biasanya ditolak atas alasan sibuk, sikap ini mungkin mengecilkan hati pelanggan, dan mungkin dia pun pergi ke tukang jahit cina. Siapa yang rugi disini?
Maka fokusnya disini, disiplin dan layanan mesra pelanggan sangat penting dalam berniaga, pelanggan nadi sesuatu bisnes. Kalau pelanggan tak puas hati atas layanan kita, mungkin mereka tak kan datang lagi untuk mendapatkan perkhidmatan kita. Apapun kita kena belajar ubah sikap. Pelanggan itu rezeki Allah SWT. Jaga lah sebaiknya. Customer is always right !
Sekian , semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment