Foto :
Kali ini aku ingin kongsikan pasal mesin jahit goyang kaki atau lebih dikenali juga dengan mesin jahit lurus. Bagi mereka yang baru saja ingin belajar pegang mesin jahit , mesin inilah yang sesuai bagi mereka yang baru mula menjahit. Aku masih ingat sewaktu awal 2012, aku berpeluang menggunakan mesin ini memandangkan aku tak pernah pegang mesin sebelum ni .Acik menyarankan aku belajar mesin goyang kaki atas beberapa sebab :
a) dapat mengawal kelajuan ( bagi sesiapa yang tak pernah pegang mesin)
b) mata jahitan cantik ( Jika sudah benar- benar mahir)
c) dapat digunakan ketika kecemasan . Cth : jika bekalan elektrik terputus @ banjir
d) tahan lama ( perasan tak orang zaman dulu sudah ada mesin goyang kaki dan
Jika dijaga elok boleh tahan dari generasi ke generasi.)
e) ringan
Itulah ciri - ciri mesin goyang kaki berbanding mesin laju . Simple dan sesuai dengan keadaannya. Namun mesin ini tidak sesuai untuk tempahan pakaian yang banyak, kerana ia lambat, jika tempahan bertimbun agak pening untuk meyiapkan tempahan segera. Disamping itu, untuk mematikan jahitan agak leceh kerana kena pusing kain kebelakang dan jahit sekali lagi untuk mematikan, jika tidak jahitan tak kemas dan mungkin akan terbetas.
Apapun bagi mereka yang ingin mula belajar menjahit, mesin ini sangat sesuai. Aku tak pasti stok mesin ini masih ada dijual di kedai-kedai kerana persaingan dengan mesin jahit putih portable. Jurujual pun akan saran kita ambil mesin portable putih berbanding mesin ini kerana ada pertambahan jahitan untuk lubang butang. Tapi bagi pemula jahitan lubang butang tidaklah begitu penting.Percayalah mesin goyang kaki lagi bagus berbanding mesin putih portable berdasarkan pengalaman aku sendiri. Namun ketika ini, mesin ini tidak lagi kelihatan di pusat latihan jahitan atau di giat mara, semuanya mesin laju, adakah generasi sekarang berpeluang lagi untuk merasa menggunakannya?
Wallahuallam..
No comments:
Post a Comment