Friday, December 9, 2016

[ TEKNIK 1] CARA KECILKAN PINGGANG JEANS

Teks : Eryna Taylor

Foto :
Kepitkan Kiri Atau Kanan Seluar Jeans Mengikut Saiz Pinggang Anda

Salam sejahtera pembaca blog Eryna Taylor, hari ni saya nak kongsikan cara mengecilkan pinggang seluar jeans yang besar, di mana ia mungkin tidak memberi keselesaan kepada pemakai akibat longgar. Mungkin semasa membeli, kita rasa pinggang seluar tersebut sudah selesa dengan kita, namun bila dipakai ia mungkin longgar sedikit dan kaki seluar agak panjang dan labuh, yang sememangnya tak selesa.

Foto di atas adalah seluar yang telah siap di ubah suai pinggang , asal ukuran seluar tersebut adalah 31 inchi, sedangkan ukuran pinggang pemakai adalah 29 shja.. saya ambil bahagian tepi pinggang kiri kanan sebanyak 1 inchi  kemudian jahit kepitkan sahaja , bahagian tepi seluar juga boleh dijahit membentuk sedikit di bahagian peha, jahit ikut keselesaan.

Begitulah cara mudah untuk mengecilkan pinggang seluar, Ada banyak cara lain lagi tapi ini adalah salah satu caranya untuk dapatkan hasil yang cepat.

Masih Tercari-cari cara jana pendapatan yang paling mudah tanpa sebarang modal? Meh la jenguk sini yer


Sunday, December 4, 2016

5 MANFAAT DAN KEGUNAAN KERTAS KARBON

Teks : Eryna Taylor

Foto :
Ihsan Google


Salam sejahtera pembaca blog Eryna Taylor, hari ni saya nak bincangkan satu topik simple iaitu kegunaan kertas karbon. Seperti sedia maklum, kertas karbon ada pelbagai warna dan ia digunakan bersama roda surih. Kegunaan utama kertas karbon ialah 

1) Untuk memudahkan jahitan, apabila fabrik digelek menggunakan kertas karbon, kita dapat lihat kesan gelekan, 

2) Untuk dapatkan berapa jarak ukuran yang hendak dijahit, serta ketepatan ukuran semasa menjahit. Gelekan kertas karbon biasanya digelak pada baju fesyen terutama kurung moden, baju melayu serta dress kanak kanak.Bahkan, jika baru belajar menjahit baju kurung pun, jika rajin nak gelek boleh je

3) Kertas karbon boleh didapati di semua kedai peralatan jahitan, dengan harga rendah. Selain digelek pada kain, kertas karbon juga boleh digunakan untuk menekap lukisan bagi tujuan melukis, kanak kanak , pelajar sekolah dan golongan dewasa juga boleh menggunakan kertas karbon ini untuk menyenangkan proses menekap objek
.

Alatan jahit yang biasa digunakan bersama kertas karbon adalah roda surih. Tekan saja garisan atas tempat yang ingin dijahit, maka bekas gelekan ada didapati di fabrik. Kita pun senang untuk menjahit dan mendapatkan hasil yang cantik dan kemas. 

Info ini berguna bagi mereka yang memang zero pasal jahitan, bagi yang dah otai atau yang expert mungkin sebagai reminder sahaja fungsi dan kegunaannya. 

Masih tercari-cari cara jana pendapatan mudah ?? FREE , tak payah bayar satu sen pun, jenguk sini ye


Pstttt... cepat daftar jika nak buat duit pantas, nanti makin ramai pesaing.

Monday, November 28, 2016

2 TEKNIK MUDAH JAHITAN JUBAH LELAKI


Teks : Eryna Taylor

Foto :
Koler Yang Lebar Memberi Kekemasan Pada Jubah Lelaki



Semalam hari jumaat , hari yang biasanya saya break kerana tiada pakaian untuk dijahit, rezeki semalam agak melimpah kerana ada pelanggan tetap hantar  ubahsuai pakaian dan uniform sekolah lelaki  berupa jubah, entri kali ini saya nak mengulas tentang topik jubah lelaki.

Jubah lelaki sama popular dengan jubah perempuan ketika ini, biasanya, jubah moden biasa juga dijahit ala- ala kurta, cuma yang berbeza kurta kebanyakan atas lutut dan jubah labuh.Pelajar sekolah agama khususnya sekarang lebih utamakan pakaian jubah dari uniform biasa. Tahun lepas pun, ada pelanggan saya yang menempah jubah moden  untuk akad nikah. Mungkin dah biasa di didik dari sekolah, ia selesa sampai ke majlis akad nikah . : )..

Jubah moden menjadi pilihan mungkin kerana ia mudah, ringkas dan elegant, mengikut peredaran masa, begitu juga dengan baju melayu moden yang biasanya zip besi dijahit di hadapan, juga menjadi fesyen pilihan ketika ini,.

Dientry berikutnya, saya akan kongsikan pola dan  cara jahit jubah lelaki.

Tercari-cari cara mudah nak jana pendapatan online tanpa sebarang modal? klik sini ye.

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq


Friday, November 25, 2016

Hujan pagi..

Teks : Arina Hussin

Hari ni hujan pagi, lebat sangat hingga aku cancel nak ke kedai, puas juga aku tunggu sampai pukul 11 pagi tapi tak berenti juga, biarlah hujan rahmat, sekarang memang musim hujan, dan start nak masuk penghujung bulan 11 ni, aku masih ingat ketika banjir besar melanda tempatku pada penghujung 2014, start dari kelantan banjir besar melanda turun ke pahang  tempatku, dah memang boleh agak akan hadirnya banjir itu. Keadaan pada  mulanya normal, aku tak anggap air naik mendadak dan semua ahli keluargaku relaks, kami dah biasa sebab setiap tahun kebelakangan ni, air cuma naik sampai ke tebing, tak pernah sampai ke atas rumah. Waktu itu hujan masih berlarutan, kami masih tenang, tak berniat nak pindah kemana mana.Ayahku dah stanby bot berenjin berwarna biru yang dibelinya beberapa tahun dahulu, takut kami terpaksa berpindah memandangkan hujan masih tak berhenti dan bersedia menghadapj segala kemungkinan.

Nak dijadikan cerita , pagi ahad 26 disember 2014, air naik mendadak melepasi tebing, aku dah mula panik, ayahku segera menyuruh mengalihkan semua kenderaan ke rumah nenek belah emakku pada waktu juga, bimbang air melepasi tebing dan mengalir laju ke rumah, ternyata sangkaan bapaku benar, sampai ke waktu petang air sudah bergerak laju ke belakang, bertemu dengan air paya dan semuanya tenggelam. Aku bertawakal di rumah, semua adik beradikku berada dirumah, air mengalir deras selama tiga hari dari sungai pahang ke bawah rumahku menuju ke belakang. Bermacam perasaan aku rasa ketika itu, sedih, panik, bimbang dan takut. Dalam masa yang sama gembira kerana dapat menyaksikan fanemona yang sebelum ini tak pernah aku alami,kesian ayam peliharaan bapaku, diam terpaku dalam reban, tanpa makanan, cuma kelihatan air mengalir laju membuak -buak tanpa diketahui bila akan berhentinya. Ketika itu, aku diam saja di rumah , bersyukur rumah tak tenggelam, cuma air mengalir laju membawa segala sampah sarap ke belakang rumah.

Selama tiga hari air melimpahi kawasan rumah, setelah itu, air dah mula surut mendadak juga, mungkin turun ke pekan, ke kuantan dan kawasan lain selepas temerloh, aku masih lagi terpaksa bercuti pada minggu tersebut, temerloh lumpuh akibat fanemona banjir dasyat itu, perlukan masa untuk baik pulih dan kerja mencuci. Setelah empat hari berlalu, acik menghantar mesej menanyakan keadaan ku, aku balas semuanya ok, cuma jalan masih berlumpur tebal menyukarkan kenderaan kecil lalu lalang.

Hari kelima, sudah masuk tahun 2015, aku dah mula ke kedai, pakaian sekolah bertimbun tak di jahit, lantaran banjir besar tersebut, keadaan kedai semuanya baik, cuma bangunan bawah sahaja yang tenggelam , aku sambung kembali kerja rutinku, nanti dimarah pelanggan pula, pakaian mereka tak sempat siap.

Kejadian tersebut tak terduga sama sekali, kebanyakan rumah di kampung sebelah semuanya tenggelam, semua harta benda musnah sama sekali, bencana datang tak siapa boleh menghalang,mungkin ini adalah satu hikmah dan pengajaran bagi semua yang terlibat dengan banjir besar tersebut.

Banyak lagi sebenarnya yang ingin ku  coretkan, itu adalah sedikit sebanyak pengalaman yang menyedarkanku  akan kuasa dan kebesaran Allah swt, teruskan bersyukur walaupun kejadian itu sedikit perit untuk dilalui. Sekian coretan kali ini.

Tuesday, November 22, 2016

1001 MANFAAT KAIN GAM


Teks : Eryna Taylor

Foto :



Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi untuk berkongsi satu topik berkenaan kertas gam. Kertas gam terbahagi kepada dua iaitu tebal dan nipis, kertas gam tebal digunakan biasanya pada koler baju melayu, koler jubah lelaki,koler  kurta, cuff perempuan atau lelaki, hiasan pada belakang kain kipas, dan sebagainya,bergantung pada permintaan pelanggan.  

Bagi seluar baju melayu atau seluar slek , terdapat satu jenis lagi kain gam iaitu kertas keras tanpa gam. Kertas ini dijahit di bahagian depan pinggang seluar dan disambung dengan getah lebar yang dipanggil getah seluar, ia agak lebar sedikit berbanding getah kain.

Kelebihan kertas gam keras adalah ia punya gam yang dilekatkan pada fabrik ditekan dengan menggunakan seterika, dan ia mudah dijahit serta kemas. Berbanding dengan kertas keras tanpa gam ia perlu dipin supaya jahitan tidak senget ketika dijahit. Ia berdasarkan jenis pakaian , samada koler , cuff, pinggang untuk gunakan yang ada gam atau tiada.

Bagi kertas gam nipis pula ia biasanya ditampal pada bahagian poket jubah, poket seluar melayu, koler dan sebagainya, ia juga digunakan pada lapik leher jubah wanita, baju kurung,  blaus, dan kolar kemeja. Kelebihannya, ia agak tebal, senang dijahit dan pakaian nampak kemas apabila siap.

Next entri, saya akan kongsikan cara jahit bahagian pakaian menggunakan kertas gam nipis dan tebal, sehingga berjumpa lagi, wassalam.

Tercari-cari cara jana pendapatan  online secara santai-santai? KLIK SINI YER.




Sunday, November 20, 2016

Blaus wanita

Teks : Arina Hussin

Foto :
Blaus wanita. 

Selamat hujung minggu , moga sentiasa ceria dan sihat selalu, hari ni saya nk kongsikan sedikit tentang tempahan blaus wanita, blaus berikut merupakan blaus kakak yang saya ambil masa dua hari sahaja unyuk menyiapkannya. Blaus wanita sekarang sangat popular kerana ia sesuai dipakai kemana-mana dan juga sesuai dipadankan dengan skirt duyung, palazo, seluar panjang lembut, jeans dan seluar slek. Fesyen yang digemari sekarang adalah blaus zip didepan.

Jika kalian berminat untuk tempahan blaus, hubungi saya melalui whatapps, fb , or pm saya di talian 0179476881,  atau jika berminat untuk pembelian pola, dan kelas belajar juga pm no yang sama. Tq.

Wednesday, November 16, 2016

Tuhan, jaga dia untukku : )

Teks : Arina Hussin

Jodoh, ajal dan maut semua di tangan tuhan, diam tak diam sudah empat tahun aku bersama M, anugerah terindah Allah swt berikan pada ku, bermula tahun 2012, pertemuan yang tidak dirancang, pertolongan seorang sahabatku sendiri, ada tahun tersebut, sukar untuk mendekati M , kerana jadual kerjanya yang padat dan mungkin dihatinya bertahta orang lain, cuma kenalan biasa, dan belum tahu latar belakangnya secara details, entah mengapa, aku mengharapkan dia, sedangkan harapan itu belum pasti, aku sabar memanjatkan doa pada yang Esa untuk ku lalui hari mendatang ..adakah dia untukku.?

Tahun 2013,  rasminya perasaan masing- masing. Entah mengapa laluan perasaan M padaku juga mudah, mungkin berkat doa , harapan dan usahaku lurus atas apa yang aku rasa, benarlah, tuhan menyertai apa yang setiap hambanya pohonkan, sedangkan dalam masa yang sama aku tak mengharap sangat M membalas perasaan ini,mungkin hatinya sudah terisi,  serius, namun semakin hari perasaan kami semakin kuat walaupun adakalanya, bergaduh kecil, perasaan tak puas hati itu sentiasa ada mengiringi  perjalanan hidup kami.

Akulah lebih kerap mengalah dan memujuk M setiap ada pergaduhan, sikapku sebenarnya tak mampu nk membenci orang lama- lama, lebih lagi M , jujurnya aku tak mampu, hatiku rasa pedih sangat setiap kali membenci dia, perasaanku tetap nk masalah selesai, kembali normal dan happy. Kalau boleh aku tak nak ada masalah langsung dalam menjalani kehidupan harianku bersama M , walaupun kadang kala nya tak begitu.

Hubungan kami setiap hari makin erat, semoga harapan ku bersama dia Allah akan makbulkan, aku tak boleh menerima insan lain selain M, sebelum ni pun ramai yang bertanyakan ku untuk meletakkan diriku sebagai permaisuri hati mereka.Entah mengapa, aku tolak mereka semua, hatiku cuma ada M. Setiap hari ku sentiasa panjatkan doa agar hubungan ini sentiasa Allah lindung dari segala permasalahan ada jalan rezeki untuk kami hingga ke jannah. AMINN..

Sekadar coretan, untuk insan yang Allah Swt Anugerahkan, moga segalanya mudah seperti apa yang dirancang, tuhan jaga dia untukku. :))



Pengasah kapur jahit

Teks : Arina Hussin

Alhamdulillah, hari ni cuti lagi, saya punya masa yang panjang bagi berkongsi satu lagi alatan jahit yang agak penting untuk kapur jahit iaitu pengasah kapur jahit.


Foto : ihsan dari google

Pengasah kapur digunakan untuk kembalikan kapur dalan keadaan tajam kembali bagi mendapatkan tanda yang tepat dan sharp pada kain. Ini penting bagi mendapatkan ukuran yang tepat apabila mengukur menggunakan talitape apabila siap menanda.

Kapur kain apabila digunakan terlalu kerap maka ia seakan tumpul dan permukaan kapur tidak tajam. Jika kapur itu kecil, memang agak sukar untuk buat tanda pada kain, bagi saya, adalah kurang selesa jika kapur yang digunakan agak tumpul. Sebelum memulakan jahitan, biasanya saya akan asah kapur dahulu, sama macam asah pensil juga, selesa apabila gunakan pensil yang tajam matanya untuk memudahkan kerja.

Caranya mudah saja, masukkan kapur yang tumpul pada gigi pengasah dan gosokkan saja sehingga tajam kembali, semudah a, b, c, . Kebanyakan pengasah kapur terdapat di kedai-kedai yang berhampiran, dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. 

Sekian coretan entri kali ini, semoga bermanfaat.

Tuesday, November 15, 2016

Ebay lubuk duit?

Teks : Arina Hussin

Ebay adalah  satu laman web jualan  yang mana pelbagai jenis barangan dapat diniagakan disamping wujudnya jual beli seluruh dunia. Di Malaysia, ia seperti laman web mudah.my. Pelbagai barangan boleh diniagakan samada yang sendiri atau barangan dropship.

Pengalamanku menjalankan urusniaga di Ebay adalah pada 2009, semasa jadi pembantu cyber, maklumlah waktu itu kerjaku  hanya mengadap komputer sambil melayan pelanggan yang keluar masuk nak guna perkhidmatan internet. Pada masa itu sifu yang bertanggungjawab mengajar  adalah Noorizam Shah. Masih ingat lagi, yuran yang dibayar adalah rm 250, kelas selama 3 jam sahaja dari pukul 2-5 petang. Pada masa itu juga , aku hanya guna ym sahaja, iaitu yahoo messanger untuk kelas tersebut, tulah hebatnya teknologi, kenal pun tidak tapi boleh je belajar kalau ada kemahuan. Sifu tersebut mengajarku bagaimana listing barang hot, dan barang tersebut pasti laku.Aku melakukan nya bersungguh- sungguh,begitu mudah sekali jika dah ada ilmu, segalanya mudah.

Pada keesokannya, barang yang dilisting di web ebay terjual, aku sangat gembira, akaun  paypalku dipenuhi dengan duit usd, sangat gembira tak terkira, benarlah, jika kita usaha dengan cara yang betul, sistem yang betul, mentor yang betul, semuanya akan jadi mudah dan lancar. Aku menghubungi sifuku, dia ucapkan tahniah kerana berkat rezeki, barangan ku ada jualan di Ebay. Dia memintaku melakukan testimonial di websitenya untuk menarik sesiapa yang berminat untuk belajar dengannya cara listing tersebut. Dari pengalaman itulah mindaku terbuka, nak buat sesuatu kena ada ilmu dan mentor, barulah semuanya jadi seperti yang dirancang.

Hampir setahun aku berurus niaga di Ebay. Untung bersih pernah ku perolehi hampir rm 2 ribu ringgit. Betapa seronoknya waktu itu, tapi knowledge ku waktu itu hanya berbelanja, tak ada langsung nak laburkan kembali wang tersebut untuk aset. Sehinggalah satu ketika akaun ebay ku dibanned lantaran secara tak sengaja menjual barangan trademark. Waktu sifuku mengajar, tak ada  plak dia cakap pasal trademark, tapi lepas akaun aku kena banned baruku tahu kesilapan ku, sebenarnya tak ada yang untung sangat kerana kita kena bayar fee ke ebay dan nak transfer paypal ke akaun pun kena charge.

Itulah sedikit pengalamanku di ebay..terselit suka dan duka.. tapi pengalaman itu tersangatlan berharga.



Saturday, November 12, 2016

Pelbagai jenis cuff tangan

Teks : Arina Hussin


Alhamdulillah, hari  ni saya berkesempatan lagi menulis tentang satu lagi topik dalam jahitan berkenaan cuff tangan. Ada pelbagai jenis cuff tangan, samada yang guna gam keras, atau getah. Biasanya cuff tangan dipasang pada pakaian uniform sekolah, jubah wanita, blaus, kemeja lelaki dan wanita, dan uniform sekolah kanak - kanak.

Cuff tangan jenis getah biasanya pada jubah dan blaus wanita. Cuff kelihatan berstail sepadan dengan fesyen baju. Namun cuff jenis ini biasanya tidak tahan lama, getah akan longgar , dan terpaksa dijahit semula jika itu berlaku.

Cuff jenis guna kertas gam keras biasanya ada pada kemeja wanita, lelaki, kurta dan jubah lelaki, juga pada jubah wanita jika ada permintaan, kaff ini teguh dan berstail, ia membuatkan pakaian kelihatan formal dan kemas. Kelebaran bergantung pada permintaan pelanggan , min 3/4 , max 2 stgh inchi.

Saya juga gemar menjahit cuff pada baju kurung moden dan jubah, next entri saya akan tunjukkan cara jahit cuff . Cukup sekadar intro bagi topik ini. Jumpa di entry seterusnya.


Wednesday, November 9, 2016

Cara jahit kain susun tepi ( Bahagian 2)

Teks : Arina Hussin


Hai semua, seperti yang dijanjikan saya akan sambung cara - cara jahit kain susun, kita terus pergi ke bahagian cara jahit bahagian pinggang.


1) Ambil ukuran pinggang. Disini contoh adalah 33 inchi ,menggunakan talitape.              Jenis pinggang ini  adalah pinggang getah penuh.


2) Next, adalah cara jahit penyambung pinggang, kain dalam lipatan dan jahit bahagian tepi seperti ditunjukkan.



3) Berikut adalah cara buat lipatan kain ke dalam penyambung, lipat ikut bentuk kertas gam .


4) Penyambung siap dilipat kemas.



5) Jahit pada hujung bahagian pinggang. Tindih keliling untuk kemasan.



6) Beginilah rupa penyambung yang siap dijahit.



7) Kemudian, ambil pinggang getah  yang siap dijahit penyambung, pin  pada kain bahagian pinggang, dari hujung ke hujung , temukan sama kerana ini adalah tempat cangkuk kain yang bakal dijahit, jika  tidak sama, nanti cangkuk tak boleh dipasang dengan sempurna.



8) Jahit pangkal pinggang seperti kotak untuk lekatkan getah pada kain.


9) Buat jahitan yang sama pada belah susun, kali ini kotak ikut lebar susun kain.



10) Kemudian jahit kain kain seperti berikut.


11) Setelah jahitan habis sampai ke hujung, adjust kain, dapatkan kedutan yang sekata dan kemudian tindih di bahagian tengah bagi mengelakkan getah pinggang berpulas apabila dipakai.





12) Berikut adalah pinggang yang telah siap dijahit tindih. 




 13) Apabila pinggang siap ditindih, buat kemasan di bahagian kaki kain                          dijahit 1/2 inchi sahaja.




14) Akhir sekali , tindih bahagian susun , untuk kain kelihatan kemas dan mudah  digosok. Ini bergantung pada individu, samada susun ini ditindih atau sebaliknya,  ada sesetengah orang tak suka tindih, dan digosok biasa sahaja.




15) Akhir sekali ini lah rupa kain yang siap sepenuhnya dijahit. Selamat mencuba bagi yang baru nak belajar. Moga bermanfaat, jumpa di entri yang lain.













Tuesday, November 8, 2016

[ PERCUMA ] TOTURIAL JAHIT KAIN SUSUN KIRI ( bahagian 1)

Teks : Eryna Taylor


Hari ini topik berkaitan cara jahit kain susun tepi. Mari kita lihat cara jahitan ikut cara saya.


1) Mula- mula letak kain dalam lipatan seperti di atas, tanda pinggang 2 setengah 
    inchi dan letak zip kain ( 8 inchi ) di bawah tanda garisan pinggang, kemudian
    tanda bawah buku zip dengan kapur, dan 3/4 untuk basi jahitan di bahagian tepi 
    kain.  http://bit.ly/2kkNEXq



2) Jahit start dari tanda buku bawah zip hingga ke labuh kain. Ikut tanda basi yang 
    3/4 tadi.



3) gosok basi untuk kemasan kain.



4) Gosok basi jahitan untuk pasang zip 


5) Pin zip pada bahagian zip.



6. Tukar tapak zip kiri



7. Jahit zip 





8) Di bawah merupakan kain yang telah siap dijahit zip dan di tanda pinggang 2 
     Setengah inchi. Kita start buat susunan pula.



9) buat susunan min 6 inchi ke basi , buat 3 susunan saja untuk mengelakkan 
     pinggang terlalu tebal nnti untuk ditindih.






10) Setelah susunan siap jahit atas tempat susun selebar 3/4  tanda lebar pinggang 
       selebar 2 inchi stgh.






Done..! Bahagian 1 cara jahit telah siap, jika ada yang tak faham sila tinggalkan komen. Saya akan sambung cara telak pinggang dan kekemasan yang lain di entri akan datang. Moga manfaat.

Jika anda masih tercari-cari cara mudah untuk jana 4-5 angka sebulan jangan lupa picit link ni ye ..

Klik Sini

http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq
http://bit.ly/2kkNEXq

































Saturday, November 5, 2016

AL KISAH CORETAN SI TUKANG JAHIT JUTAWAN

Teks : Eryna Taylor


Alhamdulillah.. artikel kali ini berkisar impian sendiri. Walaupun impian masih jauh, namun  ia tetap satu impian yang sedang diusahakan. Bak kata Azizi Ali, menetapkan matlamat itu hendaklah jelas, di samping berusaha keras dalam mencapai nya. Ia hendaklah ditandatangani, dan dilekatkan di tempat kita mudah melihatnya supaya impian itu sentiasa kita nampak dan tidak lupa. Saya telah menulis impian ini sejak saya mahir menjahit. Dan impian ini insyaallah saya akan capai sebelum tahun 2021, dengan ini saya sedang berusaha bersungguh - sungguh menuju ke arah impian. Hidup berpandukan impian, barulah semangat untuk berusaha.

Kerjaya tukang jahit sebenarnya bukan mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi, di awal tahun saya menjahit, agak sukar untuk faham pola, melukis dan menggunting, namun atas kesabaran , tahun kedua barulah berjaya mendapat hasil jahitan yang cantik dan kemas dan dapat memahami pola sepenuhnya. Paling gembira apabila hasil tangan siap, sangat puas hati. Dan bila orang selesa pakai apa yang kita jahit itu lagi menggembirakan. Itu mungkin satu semangat bagi saya untuk terus menjahit.

Selain itu ia dapat menjimatkan ekonomi keluarga dengan membeli kain sahaja. Kain siap dijahit dengan hasil tangan sendiri, fesyen mana pun dapat digayakan. Kelak apabila berkeluarga, mungkin pasangan dan anak - anak  berpuas hati dengan hasil tangan sendiri. Itu lah juga impian saya.

Sekadar coretan berkisar impian, moga tercapai hasrat di hati, moga Allah tunjuk kan jalan, agar impian ini tercapai suatu hari nanti. Aminn


Wednesday, November 2, 2016

Hujan.. rahmat yang Esa.

Teks : Arina Hussin

Hujan rahmat turun lagi.. sejak pertengahan bulan oktober lalu, mungkin dah nak tiba musim tengkujuh , tapi yang lebat dan lama adalah petang ni. Nasib baik tadi aku sempat pulang dari kerja ke rumah walaupun dah terkena hujan renyai. Seperti biasa petang rabu aku akan singgah di pasar malam kg bintang, membeli makanan jajaan seperti burger, ayam goreng dan apam balik. Ibuku sangat gemar akan apam balik, aku pula sangat menggemari burger, dan seperti biasa ayam goreng untuk kikay dan adik- adiknya.Sebulan lepas ibu kikay beranak lagi, kali ni empat ekor, tiga jantan dan satu betina, dan yang paling aku suka adalah si kecik, kucing comel warna hitam . Fizikalnya yang sangat kecil berbanding kakak dan abangnya yang lain, matanya besar dan bulat, badannya kecil, mungkin sebab inilah ku panggilnya si kecik. Di sangat comel dan cepat belajar setiap arahanku berikan.

Pulang ke rumah tepat pukul 6 petang, ku bersihkan diri akibat terkena hujan renyai kemudian barulah aku makan ayam goreng bersama kikay dan adik -adiknya.Sangat berselera mereka makan, terutama si kecik..memang dari semalam aku dah janji dengan si kecik nk belikan dia ayam goreng..sesudah makan, kecik kekenyangan dan tidur di kotak rumahnya. Ku panggil kotak itu sebagai penthouse cik kecik. :) walaupun dia tidur bersama ibu dan adik beradiknya yang lain.

Aku bahagia bersama kikay dan adik beradiknya, hilang segala stress dan duka apabila aku bersama mereka, dan hari ni juga aku menyiapkan tugasan kain duyung dan jubah wanita, kain duyung  agak  banyak ku terima tempahan, ia simple dan berstail. Ia  oleh digayakan bersama kurung moden, kebaya dan blaus, ia boleh dijahit zip sisi kanan, kiri atau ditengah bergantung kepada citarasa si pemakai, aku sendiri suka apabila jahit kain duyung menggunakan lycra, terus sarung tanpa letak zip dan cantik apabila dipadankan dengan blaus dan kebaya.

Ok cukup untuk coretan hari ini. Next entri, aku akan kongsikan cara lukis pola dan jahit kain duyung dan jubah wanita. Sehingga  berjumpa lagi. Sekian

Tuesday, November 1, 2016

Kegunaan dan jenis- jenis kancing

Teks : Arina Hussin

Foto : Ihsan dari google


Kancing

Fungsi kancing digunakan untuk membuka dan menutup belah pada pakaian. Bahagian pakaian tersebut ialah pada leher, pergelangan tangan , pinggang, dan dada.

Berikut merupakan jenis- jenis kancing.


a) Butang katup                                  (kurang kukuh jika dibanding cangkuk dan palang,                                                                  terdiri daripada soket dan conet)

b) Butang lubang dua atau empat ( butang ini mempunyai aneka bentuk dan fesyen,
                                                                dikategori kepada dua jenis bulat dan leper,
                                                                pemilihan bergantung pada kesesuaian butang
                                                                dengan warna fabrik dan jenis fabrik yang
                                                                digunakan.

c) Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang. ( kancing teguh untuk baju ketat,
                                                                                           Juga sejenis kancing yang kukuh
                                                                                           dan sesuai  digunakan di hujung                                                                                                  ikatan pinggang @ tali pinggang.
             

d) Butang dan gelungan fabric ( rulo)

e) Riben

f) Velcro ( pita nilon)

e) zip

Faktor pemilihan kancing mestilah mengikut jenis kain yang digunakan. Kain yang halus mestilah dijahit dengan halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain. Selain itu, kita tengok juga pada jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit. Contohnya, pakaian kanak- kanak biasanya tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanak - kanak yang lembut. Seterusnya jenis  belah dan kedudukan kancing. Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skirt daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.

Sekian, moga bermanfaat, jumpa di entri yang lain.

Monday, October 31, 2016

Bergembiralah..hidup hanya sekali

Teks : Arina Hussin


Syukur alhamdullilah, masa berlalu sangat pantas, 2016 hampir ke penghujung, esok sudah masuk bulan November, bermakna ada dua bulan lagi untuk habis tahun ni. Bagiku, selagi diberikan nafas, bermakna peluang itu sentiasa ada bagi merialisasikan  impian bergelar jutawan. Sejak aku mahir menjahit, aku sangat gembira , punya kebebasan masa, berbanding sebelum ni menjadi pekerja di bawah majikan. Terasa kekangan masa untuk diri sendiri melakukan aktiviti yang disukai terbatas.mungkin ini rezeki Allah yang aku kena gali dan kaji lagi untuk mencapai impian kerana mendapat kebebasan masa. Aku nekad menjadi seorang usahawan, mencapai taraf tukang jahit professional, dan memiliki butik sendiri, sebagai balasan nya, aku mencari seorang mentor yang berpengalaman, membaca lebih banyak buku yang berkaitan, pergi seminar, kemudian yang paling penting bertindak, insyaallah, sedang berusaha ke arah itu.

Hidup hanya sekali, biarlah jalan yang dipilih dalam menentukan kerjaya adalah betul berdasarkan minat. Dengan ini, laluan yang dipilih itu mudah kerana ia datang tanpa paksaan, masih ramai di luar sana yang masih lagi bekerja kerana terpaksa, bukan mudah nak tinggalkan kerja yang sedia ada, lebih lebih lagi duit perlu digunakan setiap hari, namun jika kita nekad berubah ke arah  impian, kita mampu mengubah haluan ke arah impian itu. Pilih lah jalan kerjaya yang serasi, yang sesuai mengikut naluri, agar tidak menyesal di kemudian hari, kerana hidup hanya sekali. Yang penting , kita gembira sentiasa dengan kehidupan yang hanya sementara ini dan bersyukur atas kurniaannya.

Sekian, semoga  bermanfaat.

Saturday, October 29, 2016

Kikay.. teman yang setia. : )

Teks : Arina Hussin.


Pada 5 bulan lepas lahirlah kikay, kikay sangat comel dan lincah, sesiapa yang memandangnya timbul rasa kagum  akan kelincahan nya. Kikay sangat memahami apabila dipanggil makan, tidur, semua dituruti dengan pantas sekali. Pulang kerja aku banyak habiskan masa dengan kikay. Dia comel dan seolah olah memahami ku. Penatku seharian hilang begitu saja, benarlah kata orang, bila kita pandang dan bersama dengan sesuatu yang disayangi, bahagianya rasa hati.

Kikay banyak meluangkan masa bersamaku ketika aku cuti, dia menemaniku hampir sepanjang waktu, terutama ketika menanam bunga di rumah, minatnya seakan ada juga bersamaku. Ketika aku bersedih , kikay tetap disampingku, seolah- olah mengerti apa masalah yang aku alami. Kalau dia boleh membantu, mungkin dah lama dia lakukan. Mungkin...

Aku tak tahu selama mana kikay disampingku, samada aku yang pergi dulu atau pun dia, apa pun aku sangat bahagia, bersyukur, walaupun kikay seekor kucing , keistimewaannya dia cukup memahami, dan melebihi nilai seorang manusia untuk ku jadikan teman suka dan duka. Syukran.

Sekadar coretan penghargaan buat kikay tersayang. : ) .. Sekian

Alatan Menjahit

Teks : Arina Hussin

Foto : 

Hari ini saya ingin kongsikan berkenaan alatan jahitan yang wajib ada ketika ingin menjahit selain mesin jahit dan kain. Rajah diatas adalah alatan jahitan tersebut. Ia terdiri daripada 

a) Alatan mendraf terbahagi kepada pembaris sesiku dan pembaris melengkung. Alatan ini sangat penting untuk semua jenis pakaian semasa mendraf, untuk mendapatkan garisan dan ukuran yang tepat. Ia wajib ada untuk  memulakan lukisan pola yang tepat dan cantik. Biasanya semasa mendraf kertas minyak digunakan, selain surat khabar yang saiznya besar dan panjang. Sila google image untuk mendapatkan gambar alatan tersebut.

b ) Alatan mengukur terdiri daripada pita ukur dan pembaris. Pita ukur banyak jenisnya di kedai - kedai. Setiap satu pita ukur sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Ada yang besar ada yang kecil. Bergantung kepada tukang jahit, pita ukur mana yang menjadi pilihan. biasanya saya menggunakan pita ukur yang sama setiap kali mengukur, walaupun dikedai acik ada tiga jenis pita ukur, kami diberi pita ukur masing- masing. Pembaris pula adalah pembaris lurus kayu. Biasanya ia digunakan bersama dengan alatan mendraf.

c) Alatan menekan terdiri daripada seterika dan bod seterika. Alat ini penting untuk menekan fabrik bagi memudahkan untuk dijahit , disamping mendapatkan pakaian siap yang kemas apabila pakaian siap dijahit. Ia juga digunakan untuk melekatkan  kertas gam tebal dan nipis pada fabrik.

d) Alatan menggunting pula terdiri daripada gunting dan sniper. Gunting terdiri daripada gunting kertas dan gunting fabrik. Gunting fabrik  yang mempunyai hujung tajam biasa menjadi pilihan kerana ia mudah untuk menggunting bahagian sempit contoh di bahagian hujung leher atau dibahagian fly seluar baju melayu. Sniper adalah sejenis  gunting kecil . Saya suka menggunakan sniper ketika menggunting lebihan benang ketika di mesin berbanding dengan gunting fabrik. Ini kerana saiznya yang kecil, mudah dan potongan benang  lancar dan kemas.

e) Alatan menanda terdiri daripada kertas karbon dan kapur. Kertas karbon terdiri daripada pelbagai warna. Biasa nya kertas karbon digunakan untuk menanda jubah, kurung moden, baju melayu dan pelbagai baju fesyen. Kertas karbon digunakan bersama roda surih.  Kapur pula digunakan untuk menanda bahagian yang ingin dijahit agar jahitan tepat, disamping memudahkan jahitan tepat mengikut ukuran.

f) Alatan lain seperti jarum peniti, treader, jidal dan peretas. Kegunaan jarum peniti adalah untuk melekatkan kepingan fabrik bagi memastikan jahitan kemas dan tidak kembung.ia  penting bagi memastikan  jahitan kemas dan cantik. Peretas pula digunakan untuk menetas benang yang salah di jahit, atau digunakan untuk membuka benang bagi ubahsuai pakaian. Menetas benang memerlukan kesabaran yang tinggi agar kain yang lembut tidak terkoyak dan menyukarkan jahitan semula pada fabrik.

Cukup untuk entri kali ini, moga bermanfaat,

Sekian.

Friday, October 28, 2016

Kenapa Jahitan Pakaian?

Teks : Arina Hussin

Salam sejahtera sahabat sekalian, entri kali ini saya ingin kongsikan mengapa saya memilih bidang jahitan pakaian berbanding jahitan beg dan langsir. Ya memang saya meminati semua bidang tersebut,memilih bidang pakaian menjadi pilihan utama kerana saya rasakan pakaian menjadi pilihan utama pada musim perayaan berbanding beg dan langsir. Pada musim perayaan, memang tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pakaian yang bertimbun. Selain tempahan juga biasanya pelanggan akan membuat banyak permintaan untuk ubahsuai pakaian seperti potong kaki seluar, potong labuh jubah, potong labuh tangan serta kecilkan atau besarkan pakaian. Melalui pengalaman inilah jahitan pakaian lebih luas dari beg dan langsir. Mungkin juga langsir mendapat sambutan hangat pada musim perayaan, namun bagi saya, jika tak tukar langsir pun tidak mengapa, pakaian lagi penting.

Jahitan beg juga mendapat tempat di hati saya, namun ketika ini saya menumpukan sepenuhnya pada jahitan pakaian, kalau ada pun jahitan beg, mungkin untuk kegunaan sendiri sahaja.Jika berpeluang ,saya juga berminat membuka bisnes dalam jahitan beg pula. Moga Allah permudahkan segalanya.

Menjahit pakaian adalah bermusim, kadangkala bila waktu tiada tempahan, ia adalah rezeki masa terluang untuk melakukan perkara lain yang bermanfaat. Di waktu terluang itulah saya banyak melayari Internet, membaca buku- buku motivasid an menghias rumah. Ia adalah aktiviti rutin sehingga sukar  saya meninggalkannya.

Masa yang terluang panjang adalah satu bonus untuk belajar perkara - perkara baru.Kadangkala saya gemar juga mencuba resepi masakan baru, gurunya adalah ibu sendiri, melalui pengalaman masakan ibu yang simple, tetapi sedap inilah saya berjaya memahirkan diri dalam hampir  semua jenis masakan. Terima kasih mak, jasamu dikenang, budimu disanjung.

Apapun jahitan adalah kerjaya utama, saya tidak pernah menyesal memilih kerjaya ini, bahkan ibu juga menyokong dan berbangga dengan kemahiran dan pencapaian saya hingga ke hari. Alhamdulillah. Cukup coretan kali ini, syukur Yaa Allah atas kurniaan rezeki yang kau berikan padaku. Aminn..


Pola kain susun tepi

Teks : Arina Hussin

Foto :


Salam jumaat yang mulia, seperti yang dijanjikan hari ini saya akan berkongsi mengenai pola kain susun tepi . Pola kain ini senang difahami dan dilakarkan kerana bentuk kain susun cuma segi empat. Pola ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya :

a ) Basi kain = 1 inchi @ 3/4 ukuran talitape

b) Ukuran punggung =Contoh disini saya menggunakan 21 inchi jika ukuran punggung seseorang itu adalah 42, ia tidaklah terlalu tepat, jika inginkan kelonggaran sila tambah 1 @ 1/2 inchi ikut keselesaan.

c) susun kain= minimum ukuran adalah 6 inchi, maximum 7, bergantung pada lebarnya lerang lain semasa menggunting. 

d) labuh kain = pola dilukis berdasarkan labuh dari ukuran pinggang ke buku lali.


Sekian, kita jumpa di entri seterusnya, cara menggunting kain susun tepi.

Terima kasih.


Thursday, October 27, 2016

Cara ukur kain susun tepi kiri

Teks : Arina Hussin

Foto :


Entri hari ni berkaitan cara ukur kain susun tepi kiri. Ia sama saja dengan susun tepi kanan namun yang membezakan cuma cara meletak zip. Bahagian ukur kain susun terbahagi kepada 3 iaitu.

a) pinggang ( ukur keliling pinggang dengan talitape) 
b ) punggung ( ukur keliling punggung kemudian bahagi 2)
c ) labuh kain ( ukur dari pinggang turun  hingga kebuku lali kaki) 

* sila rujuk gambar di atas.

Ukuran menjadi mudah jika ikut kain contoh. Kain susun tepi kiri atau kanan biasanya dipadankan dengan baju kurung tradisional . Ia menjadi pakaian formal untuk wanita yang berkerjaya, di samping ia merupakan pakaian kebangsaan. Ia sentiasa mendapat tempahan yang tinggi terutama menjelang musim perayaan dan pada majlis keraian , acara rasmi dan majlis - majlis lain. 

Kain susun tepi juga dipadankan dengan uniform sekolah. Dari sinilah sebenarnya pelajar dilatih untuk memakai pakaian formal hingga ke alam pekerjaan. Ia selesa, longgar , simple dan berstail. Kain susun kelihatan  kemas apabila tempat susun di jahit untuk memudahkan ia digosok dan ia menambahkan lagi kekemasan si pemakai.

Cukup untuk entri kali ini, entri akan datang saya akan kongsi kan pola kain susun , cara menggunting dan cara menjahit.

Sekian , moga bermanfaat.

Tuesday, October 25, 2016

Tempahan Majlis Pernikahan

Teks : Arina Hussin.


Berikut merupakan tempahan jahitan baju untuk nikah/ bertunang ( lelaki , wanita , kanak- kanak  ( 1 keluarga sedondon)

a ) Harga tempahan baju nikah / bertunang lelaki
     ( Jubah / baju melayu  cekak musang atau teluk belanga / kot )

* Yang biasa          = rm 250
* lining                   = rm 300
* Campur warna  = rm 250

b ) Harga tempahan baju nikah / bertunang wanita
      ( kurung moden, kebaya, maxi dress + ( butang tempah)

* Yang Biasa = rm 190
* Lining         = rm 200

c ) kanak - kanak perempuan

* Baju kurung ( rm 25.00 / rm 35.00)
*Gaun               ( rm 40.00)


* Harga akan berubah mengikut jenis material kain seperti kain lace biasa, kain              chiffon lace, manik dan sequin.

Sekian. Sebarang pertanyaan whapss sy di talian 0179476881.

Terima kasih.

Monday, October 24, 2016

Senarai harga baju berlining ( 2 kali Harga Tempahan )

Teks : Arina Hussin


Berikut adalah harga tempahan pakaian bagi baju berlining.


1) Baju kurung biasa (Lining penuh baju +kain)     = rm 80.00
                                       (Lining baju sahaja )                = rm 60.00

2) Kurung Pahang / kurung riau/ pesak gantung  
                                     ( Lining penuh baju + kain )  = rm 90.00
                                     ( Lining baju sahaja )              = rm 70.00

3) Baju kebaya / kurung moden / peplum
                                      ( Lining penuh baju + kain ) = rm 140.00
                                       ( Lining baju sahaja )            = rm 90.00

4 ) Blaus wanita         ( baju sahaja )                         = rm 80.00


* Tambahan harga akan dikenakan  untuk :


a ) Cuff tangan baju                                        = rm 12.00

b ) Leher  cheong Sam / mandarin              =  rm 12.00

c ) Tambah getah hujung tangan                 = rm 10.00

d ) Butang biasa                                              = rm 5.00

e ) Butang tempah                                          = rm 10.00

f ) Zip sorok ( jahit di hujung tangan )       = rm  10.00

g ) Zip besi ( jahit di hujung tangan )          = rm 12.00

h ) butang ketip                                               = rm 4.00


* Bayaran tambahan berdasarkan pada jenis kain, samada kain bermanik, bersequin    ( labuci), @ berbatu - batu  yang akan menyebabkan jarum tumpul @ patah.


* Untuk pelanggan yang menempah pakaian melalui pos laju , harga tempahan tidak    termasuk  Pengeposan & penghantaran.



Sekian , sebarang pertanyaan whatapps sy di talian 0179476881.
 

Terima Kasih.
                                 

Kain Pasang Bermanik.

Teks : Arina Hussin.

Foto :


Hari ini saya ingin kongsikan  berkaitan kain pasang bermanik yang ketika ini hangat di pasaran. Kain jenis ini boleh dikatakan ada di setiap kedai dan butik secara keseluruhannya. Manik terdiri daripada manik kecil atau besar. Ada juga manik keseluruhan pada kain.

Pengalaman saya menjahit kain manik keseluruhan adalah maxi dress anak sulung acik apabila ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas, lining dan bermanik, memakan masa empat hari . Terus terang saya katakan memang kain ini sangat mencabar, seingat saya empat jarum patah akibat terlanggar batu manik tersebut. Proses jahitan kain ini bermula ketika menggunting, ia memerlukan ketelitian ketika menggunting kain, takut terkena batu yang kita tak nampak dan gunting jadi tumpul akibat batu tersebut.

Selepas proses menggunting, batu kena ditanggalkan untuk proses jahit tepi , jika tak jarum jahit tepi juga akan patah, ini tidak melibatkan semua bahagian kain, cuma bahagian tepi , dan terdapat manik di tepi bahagian itu.

 Seterusnya, ketika menjahit perlu hati- hati, kita kena urut dan rasa kain bahagian laluan jarum untuk elakkan jarum patah akibat perlanggaran dengan batu tersebut. Ia memakan masa jika dibandingkan dengan kain biasa, dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab itulah kebanyakan tukang jahit mungkin akan letak harga yang tinggi, atas risiko pada jarum. Walaubagaimana pun, ia sangat cantik apabila siap, berbaloi atas kesabaran kita.

Kesimpulannya, kain bermanik cantik, namun ia memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi ketika  dijahit kerana risiko jarum patah. Kerana risiko ini, harga baju siap mungkin agak mahal sedikit berbanding kain biasa. Tambahan pula, ia tidaklah menguntungkan kerana manik dibuang awal - awal lagi untuk mengurangkan risiko gunting tumpul atau jarum patah.

Sekian,  jumpa di entri yang lain. Moga bermanfaat.

Sunday, October 23, 2016

Harga Tempahan Pakaian.

Teks : Arina Hussin


Berikut merupakan senarai dan harga tempahan di Eryna Tailor untuk pakaian wanita, Lelaki dan kanak- kanak.

1) Baju kurung biasa ( ada lapik leher, list, biasa ) = rm 40.00

2) Baju kurung biasa tindih kasih, dan kain susun ( jahit pada susun) =rm 50.00

3) Baju kurung sutera ( biasa ) = rm 50.00

4) Jubah Wanita , lelaki, maxi dress = rm 55.00

5) Baju kurung berpiping ( letak list untuk kemas) = rm 50.00

6. Pesak gantung , kurung pahang, kurung riau ( biasa) = rm 50.00

7. Pesak Gantung ,kurung riau, kurung pahang ( berpiping)= rm 55.00

8. Baju kurung Moden , kurung peplum ( tanpa kain ) =rm 50/ rm 35

9. Baju kebaya + kain duyung / apa sahaja fesyen kain = rm 70.00

10.Baju kurung Moden peplum = rm 70.00

11.Blaus perempuan =rm 45.00

12.Blaus lelaki  berkolar  = rm 60.00

13. Palazo / skirt labuh = rm 35.00

14. Segala jenis kain sahaja tanpa baju ( kain kipas belakang, kain susun tepi, kain selisih depan, duyung, dll = rm 30.00

15. Kurta ( Lelaki ) = rm 55.00

16. Kurta Wanita = rm 55.00

18. Baju Melayu lelaki cekak musang ( sepasang) rm rm 85.00

19.Kemeja lelaki dan perempuan rm 50.00

20. Seluar slek lelaki dan perempuan = rm 40.00

21. Gaun kanak - kanak perempuan = rm 40.00

22. Uniform sekolah kanak - kanak = rm 35.00

23.Baju kurung kanak- kanak perempuan = rm 30.00

24. Baju melayu teluk belanga rm 70.00

25. Baju melayu kanak -kanak lelaki = rm 30.00

26. Palazo @ skirt labuh =rm 30.00

27. Uniform sekolah remaja ( bergantung pada jenis tempahan ) = rm 40.00

28. Jubah riau lelaki = rm 80.00

29. Baju melayu moden = rm 85.00


 Bayaran tambahan berdasarkan pada jenis kain samada kain bermanik, bersequin @ berbatu- batu  yang akan menyebabkan jarum tumpul @ patah.


 Jika anda berminat untuk menempah di Eryna Tailor, whatapps , pm saya di 0179476881,  atau email : arina.hussin@ gmail.com.

Sekian entri kali ini.

Wassalam.

Jenis-jenis tapak mesin jahit industri.

Teks : Arina Hussin


Hari ni saya nak kongsikan berkaitan jenis tapak mesin industri yang biasa digunakan untuk menjahit. Ia terdiri daripada :

1) Tapak piping - untuk kemasan kun @ tali.
                             - Jahit tindih pada bahagian sambungan jahitan.

2) Tapak kedut  - buat jahitan kedut - Contoh : Ropol pada bantal atau skirt kanak-
                                kanak.

3) Tapak Teflon - Jahitan atas permukaan licin.Contoh : Lycra, t.shirt dan plastik.

4) Tapak zip -  jahitan kemasan zip untuk zip biasa.

5) Tapak zip sembunyi - Untuk kemasan zip sembunyi. Terdiri daripada tapak plastik                                              dan tapak besi.

6) Tapak lubang butang - untuk kegunaan lubang butang.

7 ) Tapak kelim - untuk memudahkan jahitan kelim pada kain.


Sekian , moga bermanfaat.


                                             

Saturday, October 22, 2016

Sabtu yang santai

Teks : Arina Hussin

Hujung minggu macam ni, aktiviti harian saya memang dirumah, hari ni saya ambil
kesempatan menggunting kain mak yang sekian lama tertangguh akibat terlalu sibuk dengan kain orang lain . Hanya baju kurung biasa, tetapi kain berkaki. Trend kain berkaki sekarang sangat popular. Kainnya cantik bermanik hanya bahagian depan. Oleh itu bagi saya kain seperti ini senang untuk diambil dan digunting. hanya ambil tegak dan tak perlu pening nak fikirkan cara ambil. Berbeza dengan kain corak tunggang  terbalik, kena teliti.

Pakaian kesukaan mak memang baju kurung, mungkin baginya ia bersifat bebas dan sopan,longgar dan tidak mengikut badan. Dia bebas dan selesa untuk bergerak . Hampir semua baju mak adalah baju kurung pesak buluh atau baju kurung tradisional.

 Mak sangat berbangga dengan kemahiran yang saya ada ni. Mungkin berkat doanya saya berjaya capai sampai ke tahap ini. Syukur alhamdullilah. Mungkin di lain entri, saya akan kongsikan cara buat baju kurung pula.

Sekian , wassalam.


Friday, October 21, 2016

Mesin Jahit High Speed

Teks : Arina Hussin.

Foto : Ihsan dari google ( contoh mesin jahit high speed JUKI )


Salam jumaat yang mulia , penghulu segala hari semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi berkah selalu. Hari ni saya nak bercerita tentang mesin jahit lurus high speed atau dikenali mesin jahit lurus industri.  Mesin ini menjadi pilihan kebanyakan di kedai - kedai jahit , butik dan kilang seluruh negara kerana ia sesuai untuk tempahan jahitan yang banyak. Ia sesuai untuk jahitan semua jenis kain cuma untuk kain yang agak tebal seperti jeans jarumnya perlu  ditukar. Ketika awal tahun 2012, saya tidak pernah memegang mesin ini kerana saranan acik untuk mahir dulu mesin goyang kaki. Namun setahun selepas itu saya mula cuba menggunakan mesin ini. Ternyata ia tidaklah susah mana, kita boleh dapatkan gerakan jahitan yang sederhana dengan menekan kaki di bawah dengan tidak terlalu kuat. Disamping itu, ia senang untuk mematikan jahitan untuk mengelakkan jahitan terbetas berbanding mesin goyang. Mesin high speed lurus industri ini tahan lasak berbanding portable. Harganya meningkat tahun demi tahun. Apapun ia sangat berbaloi dan tahan zaman- berzaman. Saya pun sangat menyukai mesin jahit ini berbanding portable, tak kiralah jenama apa sekali pun.

Sekian coretan dan perkongsian entri kali ini.  

Wassalam.

Wednesday, October 19, 2016

Beza tukang jahit melayu dan Cina.

Teks : Arina Hussin

Sejak dari dulu aktiviti menjahit banyak dipelopori oleh kebanyakan masyarakat cina . Di pekan dan bandar sekitar tempatku jua banyak kedai - kedai jahit kebanyakannya cina. Ada juga sepasang suami isteri bangsa cina membuka kedai dan sama - sama menjahit. Masyarakat kita pun lebih percaya pada kaum cina dalam hal bisnes dan jahit menjahit ni, bila difikirkan kenapa agaknya? Kita orang melayu ni tak boleh menjahit ke? Kita orang melayu tak boleh bangun berniaga?. ini yang membezakan kita melayu dengan kaum cina, sikap dan pemikiran.

Di deretan kedaiku menjahit ada juga satu kedai nyonya cina menjahit.. aku sering kali jua ke kedainya bersembang kosong.. dia sering menceritakan dia mula menjahit ketika berumur 18 tahun. Dia juga berkata  you bagus la pandai jahit..sekarang budak- budak muda tak pandai jahit, tak minat jahit.. saya punya anak pun tak mahu, Aku hanya tersenyum  mendengar kata - kata nyonya Chiew.. tetapi kata- katanya memang  betul , kebanyakan pelajar giat mara yang ambil kursus menjahit pun tak semestinya menjahit. Ramai yang buat kerja lain yang tidak ada kena mengena dengan latar belakang pengajian mereka. Mungkin minat hilang sewaktu berdepan dengan kain, patern atau karenah pelanggan sendiri.

Berbalik pada topik tukang jahit cina tadi, apa yang membezakan dengan tukang jahit melayu ialah sikap berani. Mereka sebenarnya tak ada kepakaran semulajadi, mereka belajar cara berniaga, disiplin layan pelanggan, ramah, menepati janji dan pandai mengambil hati. Disamping itu juga mereka berani letak harga, contoh baju kurung biasa saja nyonya tadi sudah ambil rm 60++ sepasang. Harga mati. Kalau kita orang melayu, kadang- kadang atas ihsan, akan kurangkan seringgit dua dari harga kita.

Selain itu, sikap tukang jahit cina juga dilihat berdisiplin layan pelanggan apabila pelanggan datang minta ubahsuai, seperti potong labuh  kaki seluar, kecilkan, besarkan, dan lain- lain perkara yang mungkin remeh tapi dia sanggup buat dalam masa 5 hingga 10 minit, walaupun jahitan tak kemas mana pun. Ini berbeza dengan melayu , apabila menghadap satu kain untuk gunting pada hari itu, maka jika pelanggan datang untuk potong kaki seluar biasanya ditolak atas alasan sibuk, sikap ini mungkin mengecilkan hati pelanggan, dan mungkin dia pun pergi ke tukang jahit cina. Siapa yang rugi disini?

Maka fokusnya disini, disiplin dan layanan mesra pelanggan sangat penting dalam berniaga, pelanggan nadi sesuatu bisnes. Kalau pelanggan tak puas hati atas layanan kita, mungkin mereka tak kan datang lagi untuk mendapatkan perkhidmatan kita. Apapun kita kena belajar ubah sikap. Pelanggan itu rezeki  Allah SWT. Jaga lah sebaiknya. Customer is always right !

Sekian , semoga bermanfaat.

Cara jahit plaket kurta kanak - kanak